cherish every moment we lived
be thankful of what we had and achieved

Saturday, January 23, 2010

kelu lidahku membisu...

22 Januari 2010. waktu kejadian sekitar 2205-2230. perbualan dengan ibunda terchenta.aku bercerita tentang pemergianku ke skudai johor,menghadiri majlis perkahwinan kawan baik sewaktu di 5th college pada 14 feb ini.aku juga menyatakan hasrat ingin ke alor star,menghadiri walimatulurus juga,sejurus selepas kenduri di johor.wow,dari selatan ke utara.memang aku bersemangat.tetiba terpacul soalan dari ibunda.

Ibunda : semangat awk ek pergi kenduri kawan.dari selatan ke utara. kawan awk sume
kawen. kamu bile lagi? cuba maniskan muka.banyak kan senyuman.jangan masam
je.jangan jadi so reserved. ( aku simpulkan perbualan ibunda dalam ayat
ringkas ).

Aku : ??? (sebenarnya dah bergenang air mata ni)

tiada siapa menolak perasaan ingin menyayangi dan disayangi.fitrah manusia.Allah cipta fitrah tersebut.aku agak malang dalam hubungan dua hala berlainan jenis ni.taktau la sebab pe.kenal orang yang salah.kenal perisik negara yang aku tak tau di mana dia berada.kenal dengan non muslim yang pastinya aku menolak secara baik kerana aku tidak mampu membimbing dengan sempurna ke jalan Islam.kenal dengan seseorang yg hanya menjadikan aku sebagai tempat berlabuh,sebelum menuju ke destinasi yang seterusnya(wah,,hebat betul metafora).aku ada terfikir,apa ciri2 perempuan yang lelaki inginkan?apa sebenarnya yang mereka mahukan?kesempurnaan ke?
aku hanya mampu memujuk hatiku,belum tiba masanya untuk aku berjumpa dengan my soulmate.Allah tak izinkan lagi.adakalanya aku putus asa.tapi Allah benci pada orang yang cepat berputus asa.perlu usaha.tapi usaha macam mana yang perlu aku lakukan?kehidupan seharian amatlah jarang berjumpa lelaki kecuali rakan sekerja.tolong berikan panduan.ke nak ke buat seperti ini :

'pengumuman,pengumuman siapa yang punya anak bilang aku
aku yang tengah malu, sama teman-temanku
kerna cuma diriku yang tak laku-laku'

-tammat suda-