cherish every moment we lived
be thankful of what we had and achieved

Thursday, December 31, 2009

Sayonara 2009...Ahlan wasahlan 2010

Assalamualaikum.hye there.hanya tinggal 8 jam 15 minit sebelum kita melangkah ke dekad yg baru,2010.pejam celik tidur bangun dh smpi ke penghujung tahun.sekejap je masa berlalu.sesungguhnya, kita berada di akhir zaman.salah satu petanda akhir zaman.sbb tu terasa ms cam bullet train je.kita je lalai yg masa.sesungguhnya org yg lalai dgn masa termasuk dlm golongan yg rugi.tujuan menulis ni just nk recap kenangan, momen terindah, manis, pahit dan masin yg berlaku sepanjang 2009.

1. 14 februari 2009.kedtgn KAKIs ke KL.menonton Puteri Gunung Ledang The Musical.Lepak.makan.camwhore.amik gambar.gossiping,tu paling penting.haha.memang best lepak dgn korg.

2. 15 februari 2009.keluar dengan seseorang yang aku baru 2 bulan aku kenali.setelah 2 tahun tidak keluar date dgn guy.aku gelar Mr Os.hehe.well,a good start actually.

3. 5 april 2009.my 25th birthday.got cuppies from my dearest sis.also got secret recipe cake from my mum.yummy!!!

4. 26 april 2009.again going out with Mr Os.he asked me out.watched movies 'he;s not just that into you'.great movie.totally i have a great day!!!

5. 8 mei 2009.the moment of truth has come.KAKIs going to Pulau Perhentian.alhamdulillah.setelah dirancang, akhirnya menjadi.memang best.cant describe by words.really2 bond us together.i love snorkeling.i love beach scenery.i love everything about island.yeah!!!

6. sepanjang mei sampaila julai-i think i should forget him but i cant.pastu ada plak mainan politik pejabat.lagi aku tensi.emotional moment.very bad moment.

7. 29 mei 2009.off to pasir mas with syud,dengan menaiki tren.14 jam tu.cool.kenduri kawen one of our best fren, sema.

8. 7 julai sampai 10 julai 2009.penantian selama setahun.yeah,shop till u drop at bandung.best bangat.ilang sekejap stress tesis.

9. end of july.tak igt tarikh.doing something out of my mind.haha.confessed my feelings to somebody.rejected.how i felt during that moment?of course la sedih but life must go on.perasaan bukan sesuatu yg boleh dipaksa.

10. 15 ogos 2009.keluar dengan Mr Os.workshop fotografi di midvalley.degil aku ni.kepala batu.end up aku yg sakit hati.

11. 22 ogos 2009.mula berpuasa di bulan ramadhan.alhamdulillah.aku diberi kesempatan bertemu ramadhan.semoga segala amal yg telah dilakukan diterima Allah.Amin.

12. 13 september 2009.berbuka puasa dengan Mr Os.sekali lagi.natijahnya harus aku hadapi.but i have a great weekend!!!

13. oktober.struggle with my tesis,my project.terdapat perubahan.have to start all over again.penat.bulan ni jugak la aku start ajar tuisyen.pun penat jugak.penat mental.cmne nk handle budak,nk pastikan die faham.susah2.juga terpaksa berhempas pulas dgn perasaan sendiri.i must let him go.otherwise, aku yg merana.kita tak semestinya selalu dapat apa yg kita inginkan.

14. 22 november -24 november 2009.off to Kota Kinabalu.attend Seminar mikrograviti kali kedua di UMS.sepatutnya prof aku yang pergi, tapi atas sbb tertentu,aku jadi wakil.kena present result.satu pengalaman baru utk aku.

15. 28 november 2009.Lina kawen.she is one of my best fren during my uni year.

16. 5 disember.saat2 yg ditunggu.lepak with KAKIs.tonton Natrah.lepak kt Chocolate.best!!!!

17. 12 disember.ina kawen.aku jadi pengapit.siap nk kenenkan dgn pengapit lelaki.lawak tul.haha.

17. disember until nexy year.still struggling with my tesis.hehe.

demikianlah, antara peristiwa2 penting yang berlaku sepanjang 2009.adatla tu,ada gembira,sedih.barulah 'sedap' hidup kita ni.hidup kita tak selalu berada di atas.kadang2 kita perlu berada di bawah juga.untuk proses muhasabah diri.to become a better person.itu apa yg aku pelajari sepanjang 2009.apa yang aku harapkan pada 2010?
finish my study, cari SOULMATE..haha.,cari ilmu dunia dan akhirat, dan jadi insan yg terbaik.insya ALLAH.cherish every moment...LIVE LIFE TO THE FULLEST!!!!

Saturday, December 19, 2009

Harimau malaya, ia tidak pupus...


-hm,aku rasa ni ni bukan gambar team yg main baru2 ni.penjaga gol dia nmpk cm lain je.yg aku kenal ni yg kembar tu je.hehe

-kesian encik belang ni.sudah pupus kat bumi malaysia ni.-

yeah, syabbas bete( bayangkan disebut dalam bahasa urdu..hindustan le tu ). syabas untuk pasukan malaysia atas kejayaan menggondol pingat emas dengan mengalahkan vietnam 1-0. walaupun gol tu bukan hasil dari tendangan kaki pemain malaysia, hasil dari sedekah pemain pihak lawan.haha.walaupun ada yg berkata "eleh,nasib je tu gol".well,goal is goal, rite?asalkan masuk gawang suda.itulah prinsip permainan.aku rasa pemain dh memberikan yang terbaik.serangan demi serangan dilancakan.so they deserved the goal.

aku dengan housemate bersemangat tgk match kelmarin.aku balik agak lewat.balik je tgk depa dah terpacak depan tv.aku pun join skali.tak penah2 aku tgk match team malaysia dengan begitu semangat.selama ni aku bo layan la bola sepak malaysia.dah tau la cmne diorg main.tapi team malaysia pada kali ni, agak lain.maybe ada pemain yg aku suka tgk.haha.perempuan oh perempuan.dari pandangan mata kasar, aku tgk peluang nk dptkan gol tersangatla banyak tapi tiada penyudah yang baik.such a waste.haha.camla ko tu pandai sgt bab bola.hey, jgn pandang perempuan sebelah mata tau.kami pun tau menilai perlawanan cmne.

papepun, sekali lagi syabas dan tahniah.anda berjaya membuktikan anda boleh walaupun bukan pasukan pilihan utk mendptkan pingat emas.pasukan underdog.ternyata semangat harimau malaya masih membara, wujud dalam setiap diri pemain.walaupun dalam alam realiti, harimau malaya mengalami kepupusan yang serius akibat pemburauan haram uyk dptkan daging,yang dikatakan ada khasiat tertentu (penyakit batin.hehe).anda membuktikan sebaliknya.keep up the good work!!!Semoga semangat Harimau Malaya sentiasa bersama anda!!!

Hijrahku.....

Salam Maal Hijrah 1431H kepada semua.
Hari ini bukan sekadar cuti umum sahaja tetapi lebih dari itu.
Marilah sama-sama kita menghayati makna hijrah. Bukan sekadar penghijrahan dari suatu tempat ke tempat lain. Hijrah memerlukan pengorbanan.
Apakah hijrahku pada tahun ini?
Berusaha untuk menjadi manusia yang lebih baik.
Berusaha untuk merapatkan diri dengan Maha Pencipta.
Berusaha untuk gigih mendapatkan ilmu dunia dan juga akhirat.
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Thursday, December 17, 2009

untuk pertama kalinya...



-gambar di atas atas belas kasihan google image-

setelah berkali-kali diajak oleh teman2 untuk menyertai aktiviti di atas, akhirnya aku bersetuju. bukan sebab takut tinggi tapi ada komitmen lain.haha.alasan semata-mata.untuk pertama kalinya aku join wall climbing.so semalam, aku n shida ( rakan lab cum driver aku.haha.jgn mare ek shida ) bersiap2 menuju ke Putrajaya Challenge Centre.hmm,aku pun kurang pasti nama penuh pusat climbing tersebut,lebih kurang tambah tolak la nama nya.pusat tersebut terletak berdekatan dgn PICC.nak tau kat mana..better google map la.jgn tanya saya di mana tempat tersebut sebab saya ni sgtla lemah kalo bab2 jalan2 ni.harap ampun.hehe.

perasaan aku?of course la nervous beb.aku ni bukan jenis orang yg bersukan.dari sekolah menengah lagik.yg main pun petanque.haha.tak caya tanyala famili n kwn2 aku.mesti tergelak kalo diorg tau aku join sukan.hehe.

masuk je pusat tersebut, tgk ramai org yg sedang climb.kagum dgn diorg.tapi biasala, ramai lelaki dari pompuan ( pe lagi, cuci matala..hehe ).tgk cara diorg panjat, dalam hati aku terdetik,'i can do this'.kene bagi semangat kat diri sendiri.hehe.oh lupa nak perkenalkan dua watak yg amat penting.tanpa diorg, takdenya kami climb.hanis and her cik abe, nas.hanis nila yg intro kat aku psl wall climbing nie.

so tanpa berlengah masa.kami pun amik tpt.first,shida yg naik dulu.tgk org naik mmg la senang.huhu.tiba turn aku, nas yg bilayer aku.oh ye,bilayer ni org yang akan hold tali utk kita.maksudnya akan jaga kita dari terjatuh dan juga bertanggungjawab memberikan arahan semata kita tgh climb.ok.sambung cite.dimulakan dgn lafaz mulia,aku mula mendaki(erm, blh consider mendaki ke?belasahla).huhu.mula2 okla,smooth.tapi sebenarnya susah.tpt kita berpaut tu jauh antara satu sama lain.huhu.aku dhla tahap kekuatan tangan yang amat lemah ditambah pula berat bahagian bwh (paham2 jela),aku tewas.huhu.tapi takpela.at least aku try.4 kali aku climb, 4 kali jugakla aku tewas.huhu.sedih?tak jugak.maybe aku tak tau teknik yg btul.so takleh nk climb dgn cara yg betul.satu lagi,kena yakin.aku tak brp yakin.lagi satu stamina kurg.tu pun antara sebab la tak dpt smpi atas.but im very proud of myself.

wall climbing ni mengajar kekuatan mental dan sudah semestinya fizikal.batu2 yg ada kat dinding tu menggambarkan jalan2 atau dugaan2 dalam hidup.harus tabah menghadapi kesemuanya.harus tentukan jalan hidup kita sendiri.sama cm wall climbing.kita yyg tentukan sendiri batu mana yg kita nk berpaut or pijak.amboi shiela,sempat lagi berfalsafah di saat2 wall climbing.haha

kalau ada yang bertanya "nak join tak wall climbing?".dengan pantas aku menjawab "sure tapi setelah sume kesakitan yang aku alami skrg akibat wall climbing ilang."haha.

-tammat suda-

Monday, December 14, 2009

hujung minggu yang menggembirakan!!! Episod 2

kita sambung kembali.

725 mlm: situasi dalam kereta.terasa dlm kete f1.anis cuba utk smpi di IB sblm pkl 8 mlm.nak kejar solat maghrib.kalo tak jamak 'takyah' la aku since aku penduduk tetap di KL.huhu.dalam keadaan yg penuh thrill,sempat lagi kami sesat.nasib baik ada GPS yang baik punya.haha.dapat jugak carik jalan kuar.

757 mlm: smpi di IB.trus aku memecut menuju ke surau.wat apa yg penting.alhamdulillah.nasib baik sempat.

830 mlm: masuk dlm panggung sari.tak sabar mahu melihat wajah mansur adabi.(ko jgn nk kelentongla shiela,cm ko nmpk muka dia.ko tu dhla duk seat yg paling tinggi..nmpk bayang jela..haha)

900 mlm: masih menghayati teater natrah walaupun agak blur pada awalnya.

1040 mlm: teater abis.

1050 mlm : sesi bergambar yg tak igt.hehe.

1115 mlm : bergegas pulang ke PD.cik anis ingin segera pulang ke bentong.

1200 mlm : kakis yg lain ingin melepak lagi.kita makan lagi char kuey teow di tepi jalan berdekatan stesen universiti.

100 pagi : kakis pulang ke pangkuan jalan(balik rumah daa).masing2 kepenatan.tidur zzzzzz....

begitu;a cerita hujung minggu saya.walaupun pada korg agak cliche bosan or so watever,sekurang2nya dapat menghiburkan hati saya.terima kasih pada kengkawan yg sudi datang ke KL, dari Utara, Timur dan Barat.walaupun sekejap cuma, ia amat bermakna. LUV U GUYS!!!!
p/s: still dont have pics.sorry guys.

-tammat suda-

Thursday, December 10, 2009

hujung minggu yang menggembirakan!!! Episod 1



bergaya dengan beg yang baru dibeli..aik, pesal senyuman aku ni lain macam..isk2..

assalamualaikum.yeah,sekali lagi hujung mingguku terisi dengan aktiviti yang berfaedah.takdela terasa 'loneliness killing me'.haha.kakis mengunjungi KL!!!saat2 yang dinantikan.sebab pe ek diorg nk dtg.mesti bersebab.semuanya sebab NATRAH.yeah,teater arahan pengarah yang disegani,Erma Fatima.pelakon2nya Maya Karin, Remy Ishak( I heart Adam..haha ), Umie Aida, Sofea Jane dan ramai lagi.alhamdulillah, setelah lama merancang, akhirnya menjadi juga.Thanx to Datin Nina atas usaha keras anda untuk memastikan tiket teater berada dalam genggaman kami.hehe.

rombongan dari kuantan bertolak awal pagi sabtu.so sampai KL dalam pkl 1 ptg.so rombongan dari KL (aku dan nina le tu), merancang utk ke OU.yeah, shopping spree.shop till u drop bebeh.takdela shopping sgt.setakat menjamu mata je.ekonomi tgh meleset skrg.so kene bijak dalam berbelanja.tapi aku sempat merembat beg yang tersgt la besar kat Cotton On.hehe.berbaloi2 wei.sgtla besar.blh sumbat semua benda dlm beg.nina pun beli beg yg sama.hm, siapa tiru siapa nie?hehe.


so,nak pendek kan ceritera,mari kita lihat kronologi perjalanan kakis.

2:30 pm : rombongan cik anis dari kuantan sudah tiba.masing2 kelaparan tahap gaban.terus menuju ke simply penang seperti yang telah dicadangkan oleh nina.dalam perjalanan,sempat singgah booth benefit.oh ya, cik yamie kita peminat setia benefit.produk dia cute.tapi nak beli tunggu aku keje dulu la kan.tak mampu.huhu.

3:00 pm : sampai di simply penang.tanpa melengahkan waktu, order mknn.ada kod mknn beb.senang sket.tak perlu berbelit lidah nk sebut nama makanan yang kadang2 agak payah untuk diucapkan.huhu.

3:30 pm : rehat.solat.

5:10 pm : ketua rombongan kata, kita kene segera ke KJ ( kelana jaya putra lrt ).amik org jauh dari utara.sian ema.pemanduku jutawan aka cik anis bersiap sedia dgn gaya ala2 f1 driver.kecil2 cili padi tau cik anis nie.msti korg tak sangka pemanduan ganas tapi still mematuhi peraturan lalu lintas.betul tak cik anis?

5:40 pm : ema berjaya diselamatkan.ema lapar (kiteorg pun).hehe.nina cadang ke bangsar village.makan kat chocolate.makanan berasaskan coklat.yummy...my fevret.haa, jgn tak tau..kat sini ada menyajikan buah2an yg dicelup dgn coklat.ada strawberi,pisang,kiwi,oren dan marshmallow.my fevret pisang yg dicelup dgn coklat.lagi sedap tau dari strawberi coklat.blh buat hantaran kawen ni.haha.pastu yamie tempah pancake yg dalamnya ada kismis, dan dilitupi coklat bi bahagian luarnya.sedap tak terhingga.aku plak tempah 'little jane'.sejenis minuman.seswai dgn nama yg diberi, gelasnya amatla kecil.sekali teguk dah abis.huahua.alamak,jam menghampiri 710pm.kene cepat ni terbang ke IB.

----intermission-----

Monday, November 30, 2009

lagi sebulan...

lagi sebulan kita akan mengakhiri tahin 2009.....sungguh cepat masa berlalu..aduh..aku sendiri tidak menyedari...sungguh aku lalai dgn masa...Manfaatkan masa yang ada...masa itu emas.

setelah berminggu-minggu

assalamualaikum.hye there. Im back again.hehe.sorry lama tak update story.cam biskut plak.sekejap ada sekejap tiada.rasanya belum terlambat nak ucapkan SALAM AIDILADHA.sempat lagi ni kan.sebelum maghrib blh wish lagi.blh bertakbir bertahmid lagi.

kisah aku.agak bz kebelakangan ini.mggu lepas pada 23 dan 24 november, aku terbang ke Kota Kinabalu.ada seminar mikrograviti kali kedua di UMS.semua ini bukan kemahuanku.aku bidan terjun.sepatutnya prof aku yang presnt but then dia ke mekah menunaikan haji.nak tak nak akula yg kena present.so outcome?alhamdulillah.semua berjalan lancar walaupun presentation aku taklah sehebat mana.masih dapat control stage fright(betul ke eje nie).ni sume gara2 aktiviti presentation research progress yang diadakan di tempat aku blajar.dan tak lupa, pertolongan dari senior aku,kak hasmy.aku berbangga dgn diri aku.still proud of myself.tapi masih byk lagi ruang yg perlu diperbaiki lagi.

malamnya spt biasa ada dinner.persembahan mmg best.tarian yg sebelum ni aku tak penah tgk.tarian daling2.tarian nona manis...(sebenarnya nama nya pjg, tp besela tak ingat)..ada unsur2 integrasi tarian nona masin portugis dan sepanyol.ni sume ada kaitan dgn sejarah dahulu kala.tak perlu la aku nk cite sbb aku sndr pun tak igt.just dgr dari mulut org je.pastu msti ada tarian sumazau.adala jemput para audiens untuk menari bersama.nasib baik tak jemput aku.hehe.

aku di KK tak sempat berjalan.jadual padat.huhu.sedih.nak beli kuih cincin dan amplang pun tak sempat.nasib baik la ada org sudi nak post kan.thanx terrence.=).aku berjanji akan kembali ke sabah.amacam kakis?kita ke sabah ba tahun depan?

-tammat suda-
sorry guys.no picsla.teda kamera.haha

Saturday, November 14, 2009

aku..setelah dua minggu.....

salam.dah lama tak mengupdate blog.nak kata sibuk, takdela sibuk sgt, nak kata ketandusan idea, ada...tapi MALAS nak menaip dan tiada feel nak tulis(blh plak cmtu)..hahaha

apa ek nak tulis?hm,haa..satu kejadian tergempar telah berlaku di tpt kerja aku.memang tak penah terjadi selama aku berada di situ.big boss turun padang.masuk lab.amukan besar telah berlaku.huhu.scary babe.abis sume org terkena tempias amarah big boss.masing-masing kecut perut.pascasiswazah duduk senyap dalam makmal.buatla pape yang patut.bilik bioinfo lengang.suatu perkara yang tak pernah terjadi.kejadian amukan big boss ni membuatkan kiteorg lebih berhati-hati and try to behave ourselves.trying to be the person he want us to be.kejadian ini ada hikmahnya.membuatkan masing2 bersemangat nak abiskan study.chaiyok shiela!!!

perasaan?bercampur baur.macam rojak pasembor atau rojak buah(yummyy!!!).rasa depressed seketika dan down gile dengan projek MSc.tetiba rasa nak berehat jap.tak pun berenti trus.eh, ko gile ke shiela.ko dh byk terhutang dgn projek nie.hehe.rasa terkilan dengan seseorang.betul la kata pepatah Inggeris 'don't judge a book by its cover'.tak semestinya penampilan luaran tampak baik, hatinya akan baik juga.tak sangka plak boleh terjadi camni.memang terkilan dengan perlakuan si fulan.sememangnya aku seorang yang naif.mempercayai dasar fizikal sahaja.tak bagus macam tu.selepas apa yang terjadi,aku akan lebih berhati-hati.

nothing much happened..now concentrating on my study..huhu..byk gile nak study.tapi sempat plak menaip di blog.haha.next week ada seminar kat Kota Kinabalu.tapi of course la bukan aku yang kene present.seminar mikrograviti.nak update pasal result projek sains mikrograviti.kena make a story line from the result.hm, ni pun satu yang membuatkan kepala aku sentiasa berangin.semua asyik tanya, bile nak siap?bila boleh dapat result?lambatla.projek gagal la yang membuatkan aku nak naik angin je.guys, pls be in my shoes k.then u will know how hard to do the whole experiment.analysis dah la pelik.lain dari yang lain.jangan asyik nak kutuk je.nak result cepat.nak result cepat, blh je.amik raw data aku ni, then analyse sendiri.dan di saat itu, taulah korg cmne.haha.sorry teremo plak.memang dh takleh tahan dah ni.tak blah.orang kutuk mcm2.kata projek ni useless la.gagal la.ni lagi la aku naik bengang.kalau nak maju, kenala korbankan sesuatu.dari segi sains dan teknologi, malaysia jauh tertinggal ke belakang.s'pore lagi advance.even israel yang negara tak penah wujud tu pun lagi advanced dari kita.amacam, tercabar tak?so untuk sesuatu yang baik, tiada salahnya kita berkorban wang ringgit.jangan asyik kutuk je sedangkan outcome tidak kita nampak lagi.maybe outcome bukan untuk jangka masa pendek, tapi untuk jangka masa pjg.ni pikir membazirla, tak payahla.cuba think ahead k.fikirkan ini untuk ilmu pengetahuan.kita dapat banyak ilmu dari program ini.orang zaman dulu, pada zaman emas Tamadun Islam, zaman pertengahan kegemilangan Islam, sanggup belanja berpuluh ribu dirham semata2 untuk sehelai manuskrip.betapa berharganya ilmu pada zaman itu.skrg, peluang di depan mata.tak salah kita merebut peluang tersebut.marilah sama2 kita fikirkan....

lagi...selalu fikir aku the loneliness (haha..betul ke ejaan aku nie,cikgu BI, sila betulkan ek.) person on earth.tiada tempat mengadu.haha.sadis btul dengarnya.slalu la layan blues(gara2 tiada BF).haha.but nevermind.aku masih ada famili dan kawan2 yang masih mengambil berat tentang aku.thank u for always being with me.make me walk thru the rain...thru the hardship of life...

ok.tak nak berserabutkan dalam jirim kelabu dan putih aku dengan masalah.LIVE LIFE TO THE FULLEST.Enjoy every moment of your life,every second, every minute, every hour and every day....Syukuri rahmat dan nikmat yang ALLAH berikan kepada kita..rahmat dan nikmat yang tiada tolok bandingan..sebagai balasan, hendaklah kita menunaikan segala kewajipan yang diperintahkan ALLAH.

-tammat suda-

Saturday, October 31, 2009

Kisah-ku

Warkah oleh Bau

Takkan lagi aku menunggu
Kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
Puasku mengharapkan dirimu
Seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
Kau tempuhi penuh bahagia
Diriku mahu kau tahu
Pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
Seperti yang aku kenali dulu
Setiaku menantikan dirimu
Seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
Melangkah namun tak berdaya
Terusku terus menunggu
Cinta yang takkan pernah ada

-lagu ni ada kaitan sket2 dgn apa yg pernah berlaku dalam sejarah hidup aku..memang pedih nak menghadapi semua ini....aku telah berusaha sedaya upaya aku...namun usaha itu hanya sia-sia...hidup harus diteruskan..tidak perlu lagi untuk menunggu...
-tammat suda-

Wednesday, October 28, 2009

30 things to do before I hit 30....Part One

ok ema, this are my answers to your question. Gosh, its very hard to identify what are 30 things that I wanna do before 30...agaknya aku ni kurang imaginasi or impian...so aku wat part by part la ek..selebihnya aku bagi next time..hehe

1. Nak main ice-skating.sebelum anda terkena osteoporosis (sbb dlm iklan radio cakap wanita blh terkena osteoporosis apabila memasuki umur 30.huhu.dah lama mengidam nak main ice-skating ni, cuma geng takde nak diajak.so, amacam?ada bran tak nak main?hehe.

2. Disebabkan aku nie masih belajar, so aku teringin nak abis cepat2 study aku ni.doakan aku semoga tabah menghabiskan pengajian aku nie.

3. Nak cari kerja.tapi tak sure nak keje apa nie.huhu.still konpius.

4. Teringin nak jadi usahawan blog cam Yamie. Asik membeli dari blogshop orang je.hehe.I always dream to own a business.maybe nak jual muslimah clothes.hehe.

5. Lagi, saya teringin memandu dengan sangat laju di litar lumba, bukan di jalanan yek adik2.Saya dapat merasakan tekanan akan hilang jika dapat memandu dengan lajunya.kalo dapat bawak kete F1 lagi syok.memang teringin sangat.

6. Nak pi main semua permainan yang ada kat amusement@theme park.yela, takkanla umur 30 lebih, still nak main semua benda alah tu kan.so, before 30, msti nak main wat kali terakhir.so yamie, aku boleh teman ko naik roller coaster.hehe

7. Nak pi melancong selagi boleh.selagi ada duit.mak aku kata, pergila jenjalan sebelum terikat dengan komitmen.lagipun, duit boleh dicari.I like!!!

8. Nak pi umrah.

9. Nak beli rumah.sebagai aset.

10. Nak beli kereta idaman.setakat ni yang berkenan di mata ialah Latio Sport Nissan warna putih dan Honda City design baru.entah bile blh beli nie.huhu

11. Of coursela, nak kawen sebelum 30.tapi sebelum tu kena cari bakal suami la dulu.haha

12. Setelah kawen, mesti impikan cahaya mata. so before 30, aku nak sepasang anak.after 30 lain cite.hehe

13. Nak tgk match MU kat Old Trafford.saat2 yang kuidamkan selama ini.

14. Nak sambung belajar.jika diizinkan.

15. Nak main roller-blade.teringat zaman kanak2 dulu.hehe

-tammat suda-

Sunday, October 25, 2009

suatu hari....

suatu petang 24 oktober 2009, waktu kejadian antara 4-430 petang..ketika itu, aku sedang khusyuk menonton cite hindustan kat tv3...best wei cite die..cite psl along aka ceti di India..mmg lawak habis...mak aku sedang memperkatakan tentang keadaan rumah aku (kpd sesiapa yg pernah berziarah ke rumah aku, korg tau la cmne keadaannya, still under construction...yela, pekerjanya sorg je..aka MY FATHER...diala pekerja..diala mandur..hehe)...tetiba mak aku bersuara

Mak : Along kawenla cepat. Carila calon. Biar cepat sket abah siapkan rumah.(lebih kurang tambah camtula perbualan)

Aku : Dalam hati. Apakah?Kawen cepat?Cari calon.Oh no!!Bersuara.Hehe.Tergelak je.Calon takde lagi mak.

Abah : Entah maknye. Ingat nak cari bakal suami senang agaknya. even nak beli sawi kat pasar pun kena pilih btul.kene tengok fresh ke tak (lebih kurang tambah cmtula perbualan)

Aku : btul tu mak. LELAKI ZAMAN SEKARANG NI TAKLEH PERCAYA SGT.SUME CAM HAMPEH JE.biarla adik yang kawen dulu.


apa konklusi yang dapat anda simpulkan di atas?
a)mak yang tak sabar nak menerima menantu, menjadikan alasan nk rumah siap cepat untuk menerima menantu
b)abah yang tak bersedia untuk melepaskan anak dara kesayangan
c)tuan empunya badan yang seolah2 berputus asa untuk memulakan perhubungan semula

-tammat suda-

kini kembali!!!!

Assalamualaikum..apa khabar semua? diharapkan sihat sejahtera di samping insan yang tersayang..huish, sudah lama ku tak mengupdate blog ku..dh hampir 3 minggu lamanya...bukannya tiada isu yang ingin dinukilkan atau dibangkitkan..tapi tuan punya blog nie dihimpitkan dengan pelbagai tanggungjawab dan tugasan yang tiada akhirnya...huhu...aiseh..tambah2 plak dgn kerja part time yang aku ambil.lagila bertambah tak cukup masa nk update blog..bile balik rumah tu, just nak rehat sambil bermain FARMVILLE dalam FACEBOOK ( dah kene jangkitan virus FARMVILLE..aish..haha )..dlm entri kali ni, aku akan bebel serba sedikit kerja yang telah menyebabkan aku tiada masa nk update (haha.alasan semata2..pi shopping blh je..)

Kisah 1 : 29 september 2009

ada apa dengan tarikh nie? huh, mstila ada apa2..haha.okla, pd tarikh tersebut, adik aku berangkat ke Hiroshima, Japan untuk menyertai Program Pertukaran Pelajar antara UTM dgn Universiti Hiroshima dan akan berada di sana selama 5 bulan..lama tu...so lucky..saat2 yang ditunggu oleh adikku.yela, once in a blue moon..bukan senang nk dpt..yang paling aku kagum, dia pi sana sorg2..hebat tu..kalo aku, susah jugak nk survive sorg2 tanpa ditemani sesape..yela, first time kat negara org...salute la dgn die nie, dh survey awal2 dh dlm tenet ttg airport narita tu, kat mana nk amik luggage, kat mana room service, kat mana shower room dan mcm2 lg la...kalo aku, tak terpikir pun nak survey..hehe ( ok adik, jgn kembang semangkuk plak k )..parent pun risau jugak, sbb sorg2 kat sana...tp terbukti she can survive...skrg, dia pun telah slmt smpi di Hiroshima...sdg bersuka suki di sana...dh plan dh nk pi mana..arghh,TIDAAKK...nk ikut!!!!

Beliau berlatarbelakangkan saat2 Hiroshima digegarkan dgn bom atom ( bagus tul pi muzium.hehe )

Kisah 2 : 10 Oktober 2009

Ada apa dengan tarikh nie? Apa signifikan tarikh ini dengan sejarah Malaysia?Well, kalo korang masih ingat lagi, pada tarikh keramat inilah, seorang rakyat Malaysia telah selamat diterbangkan ke angkasa, tepat pada pukul 723 ptg waktu Baikonur, 3 hari sblm umat Islam di Malaysia menyabut Aidilfitri. Beliau yang saya maksudkan Dr Sheikh Muszaphar. Walaupun byk kontroversi yang melanda akibat projek mega yang satu nie, saya tetap berbangga dengan pencapaian kita. Sesuatu harus dikorbankan (fulusla apa lagi) untuk bergerak seiring dengan kemajuan sains dan teknologi negara2 maju. We are far away behind. Even Israel mengatasi kita (aik, ada ke negara Israel?)..ok Shiela, stop membebel.Now we back to business.Bersempena dengan ini, pihak MOSTI dan ANGKASA telah bersepakat untuk mengadakan sambutan ulangtahun program angkasawan yang kedua. Secara tidak langsung, aku pn terlibat. bukan aku sorg je, rakan2 yg lain yg terlibat dlm penyelidikan sains angkasa. aku telah ditugaskan untuk menyediakan poster berkaitan dengan research aku. hm, ni first time aku wat poster.baru aku tau betapa susahnay membuat poster ni.haha.owh, lupa, sambutan ini diadakan di Pusat Angkasa Negara, Sg Lang Tengah, Banting Selangor. Mak aii, jauh gila tempatnya.satu jam setengah baru smpi.huhu.spt biasala, nama pun sambutan, adala acara2 untuk menarik minat penduduk tempatan untuk datang beramai2 meriahkan majlis.antara yg best, hot air balloon..mmg aku tak lepaskan peluang naik hot air balloon ni.tapi bila aku naik, alih2 terasa cm pening.huhu.adakah itu tanda high-phobia?haha.pastu ada perlawanan futsal antara penduduk kampung dgn angkasawan.fuh, ni kalau aku join ni, best gile...hehe..nasib baik tak pandai main futsal.pastu ada wayang pacak, cite upin dan ipin, ada sesi pencerapan planet, tak ingt plak planet mana.pendek kata, acara yg disediakan mmg best.tapi ada satu part yang best..aku dapat berjumpa dgn BEKAS BAKAL KEKASIH aka MEJAR DR FAIZ (kiteorg ada skandal tau dulu..haha..perasan sendiri)...haha..mesti nak muntah korg dengar ni..just berborak2 dgn dia..even dia tak tau nama aku, tapi dia still ingat aku involve dgn this project..ngeh2....saat2 yang tak dpt kulupakan....



Me wit Mejar Dr Faiz (awat muka aku cmtu...isk2)

Kisah 3 : Tarikh kurang pasti..apa yg pasti dlm bulan 10

Dalam bulan nie jugak, aku dilanda emosi yang tak stabil...mcm2 hal yg berlaku..aku tak nak cakap byk2..yg lepas tu biarla lepas..aku malas nk amik port..lagi aku igt, lagi la tersangat sakit hati..luka berdarah kembali beb...apa2pun, skrg nie, just think ahead..jgn fikirkan ttg ms lampau..amik aura +ve...think positive!!!!

aku rs setakat tu je coretan...hm, sket je aktiviti aku rupanya..haha...sibuk tang mana pun aku tak tau....

-tammat suda-

Sunday, September 27, 2009

Salam Lebaran

Assalamualaikum. Salam lebaran untuk semua. Ampun dan maaf dipinta jika ada terkasar bahasa dan tersalah perlakuan. Harap dimaafkan. So?Camne raya korang?Ada bagus, kureng, or suam-suam kuku?Still dapat duit raya tak?Hehe....
Raya aku tahun ni sama seperti tahun-tahun lepas. Tiada byk bezanya. Raya di Kuantan sahaja. Di situlah kampung aku, di situlah rumah aku. Raya di bandar. Hari pertama seperti biasa, berkumpul di rumah Mak Anjang aku, setia menanti laksa johor yang menjadi juadah wajib di hari lebaran. Dan hari seterusnya, aku hanya duduk di rumah menghabiskan kuih2 berbalang2 tu. Haha. Ada juga kwn2 dtg beraya dan aku pun akan ikut diorg berkonvoi raya.
Oh, sungguh bosan ketiadaan kampung ni. Bukan bermaksud untuk menidakkan nikmat yang Allah berikan, jauh di sudut hati aku, terdetik ingin merasai suasana gotong royong persiapan menjelang Aidilfitri. Ingin merasai bagaimana membakar lemang, menganyam ketupat nasi, mengacau dodol, membakar kuih, buat kuih baulu, merendang dan macam2 lagi dalam suasana kampung. Oh, drama televisyen sewaktu raya memang benar memberi pengaruh terhadap aku. Memangla kat rumah aku ada jugak buat perkara2 yang telah disebutkan di atas tapi suasananya amat berbeza. Terasa seperti ada kekosongan. Aku nak merasai cmne pengalaman semua tu. Mesti best. Semua pakat gotong royong.Time ni la nak mengeratkan silaturrahim antara sedara mara. Btul tak? Patut or tak patut perasaan aku ni? Adakah aku patut mencari bakal suami yang betul2 berasal dari kampung, untuk merasai suasana menjelang hari raya yang amat aku impikan?Hehe...Eh, tak boleh la plak nak cari orang jauh, sian plak kat parent aku..huhu..( berangan betul )
Walaubagaimanapun, aku tetap mensyukuri apa yang aku ada skrg. Ada famili yang sentiasa menyokong aku dalam apa jua yang aku lakukan ( selagi tak bertentangan dgn ajaran Islam la kan ). Setidaknya aku masih mempunyai keluarga yang masih menyayangi aku.Yela, bandingkan diri aku dengan yang mereka yang kurang bernasib baik. Tiada ibu bapa, tiada keluarga, etc. Biasala kita, tak pernah cukup dengan apa yang ada. Sebaiknya, hargai mereka yang ada di depan mata kita dengan sepenuhnya, sementara mereka masih ada.
PS: Haha. Entri yang agak bercelaru
-Tamat sudah-

Friday, September 25, 2009

Suatu permulaan....

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...akhirnya hasratku yang tertunda begitu lama, tertunai jua akhirnya.Senang je rupanya nak create blog nie. Ingatkan payah benor.Haha.
Keinginan untuk berblog (wujud ke perkataan nie, maaf ek DBP..perosak bahasa btul) sudah lama timbul since aku suka meluah perasaan yang terpendam, kertas la yang menjadi mangsa.Lega betul rasanya.So disebabkan sekarang kempen 'Go Green',nak save kertas, blog menjadi pilihan.Bukan bermaksud ingin menjual kisah hidup aku atau menjadikan aku popular(hmm..jadi popular? blh jgk) tapi sekadar ingin berkongsi kisah, masalah, pendapat etc.
Okla, tak mau membebel panjang, dengan lafaz yang mulia, Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan blog saya ini.
Sekian, terima kasih.