cherish every moment we lived
be thankful of what we had and achieved

Sunday, September 27, 2009

Salam Lebaran

Assalamualaikum. Salam lebaran untuk semua. Ampun dan maaf dipinta jika ada terkasar bahasa dan tersalah perlakuan. Harap dimaafkan. So?Camne raya korang?Ada bagus, kureng, or suam-suam kuku?Still dapat duit raya tak?Hehe....
Raya aku tahun ni sama seperti tahun-tahun lepas. Tiada byk bezanya. Raya di Kuantan sahaja. Di situlah kampung aku, di situlah rumah aku. Raya di bandar. Hari pertama seperti biasa, berkumpul di rumah Mak Anjang aku, setia menanti laksa johor yang menjadi juadah wajib di hari lebaran. Dan hari seterusnya, aku hanya duduk di rumah menghabiskan kuih2 berbalang2 tu. Haha. Ada juga kwn2 dtg beraya dan aku pun akan ikut diorg berkonvoi raya.
Oh, sungguh bosan ketiadaan kampung ni. Bukan bermaksud untuk menidakkan nikmat yang Allah berikan, jauh di sudut hati aku, terdetik ingin merasai suasana gotong royong persiapan menjelang Aidilfitri. Ingin merasai bagaimana membakar lemang, menganyam ketupat nasi, mengacau dodol, membakar kuih, buat kuih baulu, merendang dan macam2 lagi dalam suasana kampung. Oh, drama televisyen sewaktu raya memang benar memberi pengaruh terhadap aku. Memangla kat rumah aku ada jugak buat perkara2 yang telah disebutkan di atas tapi suasananya amat berbeza. Terasa seperti ada kekosongan. Aku nak merasai cmne pengalaman semua tu. Mesti best. Semua pakat gotong royong.Time ni la nak mengeratkan silaturrahim antara sedara mara. Btul tak? Patut or tak patut perasaan aku ni? Adakah aku patut mencari bakal suami yang betul2 berasal dari kampung, untuk merasai suasana menjelang hari raya yang amat aku impikan?Hehe...Eh, tak boleh la plak nak cari orang jauh, sian plak kat parent aku..huhu..( berangan betul )
Walaubagaimanapun, aku tetap mensyukuri apa yang aku ada skrg. Ada famili yang sentiasa menyokong aku dalam apa jua yang aku lakukan ( selagi tak bertentangan dgn ajaran Islam la kan ). Setidaknya aku masih mempunyai keluarga yang masih menyayangi aku.Yela, bandingkan diri aku dengan yang mereka yang kurang bernasib baik. Tiada ibu bapa, tiada keluarga, etc. Biasala kita, tak pernah cukup dengan apa yang ada. Sebaiknya, hargai mereka yang ada di depan mata kita dengan sepenuhnya, sementara mereka masih ada.
PS: Haha. Entri yang agak bercelaru
-Tamat sudah-

5 comments:

a.m.n.i.n.a said...

yuhuuuu...tahniah tahniah =D

Unknown said...

hmm...ok gak idea cari bakal suami dr kg..aku setuju...hehe

YaMie said...

ape lagan, sambar la sorg shila hehehe

SIKAKITULIS said...

satu lorong boleh hahaha

shiela-suka-suki said...

satu lorong pun dh disambat orang.yakni kekasih masa kecik..haha