cherish every moment we lived
be thankful of what we had and achieved

Saturday, October 31, 2009

Kisah-ku

Warkah oleh Bau

Takkan lagi aku menunggu
Kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
Puasku mengharapkan dirimu
Seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
Kau tempuhi penuh bahagia
Diriku mahu kau tahu
Pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
Seperti yang aku kenali dulu
Setiaku menantikan dirimu
Seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
Melangkah namun tak berdaya
Terusku terus menunggu
Cinta yang takkan pernah ada

-lagu ni ada kaitan sket2 dgn apa yg pernah berlaku dalam sejarah hidup aku..memang pedih nak menghadapi semua ini....aku telah berusaha sedaya upaya aku...namun usaha itu hanya sia-sia...hidup harus diteruskan..tidak perlu lagi untuk menunggu...
-tammat suda-

Wednesday, October 28, 2009

30 things to do before I hit 30....Part One

ok ema, this are my answers to your question. Gosh, its very hard to identify what are 30 things that I wanna do before 30...agaknya aku ni kurang imaginasi or impian...so aku wat part by part la ek..selebihnya aku bagi next time..hehe

1. Nak main ice-skating.sebelum anda terkena osteoporosis (sbb dlm iklan radio cakap wanita blh terkena osteoporosis apabila memasuki umur 30.huhu.dah lama mengidam nak main ice-skating ni, cuma geng takde nak diajak.so, amacam?ada bran tak nak main?hehe.

2. Disebabkan aku nie masih belajar, so aku teringin nak abis cepat2 study aku ni.doakan aku semoga tabah menghabiskan pengajian aku nie.

3. Nak cari kerja.tapi tak sure nak keje apa nie.huhu.still konpius.

4. Teringin nak jadi usahawan blog cam Yamie. Asik membeli dari blogshop orang je.hehe.I always dream to own a business.maybe nak jual muslimah clothes.hehe.

5. Lagi, saya teringin memandu dengan sangat laju di litar lumba, bukan di jalanan yek adik2.Saya dapat merasakan tekanan akan hilang jika dapat memandu dengan lajunya.kalo dapat bawak kete F1 lagi syok.memang teringin sangat.

6. Nak pi main semua permainan yang ada kat amusement@theme park.yela, takkanla umur 30 lebih, still nak main semua benda alah tu kan.so, before 30, msti nak main wat kali terakhir.so yamie, aku boleh teman ko naik roller coaster.hehe

7. Nak pi melancong selagi boleh.selagi ada duit.mak aku kata, pergila jenjalan sebelum terikat dengan komitmen.lagipun, duit boleh dicari.I like!!!

8. Nak pi umrah.

9. Nak beli rumah.sebagai aset.

10. Nak beli kereta idaman.setakat ni yang berkenan di mata ialah Latio Sport Nissan warna putih dan Honda City design baru.entah bile blh beli nie.huhu

11. Of coursela, nak kawen sebelum 30.tapi sebelum tu kena cari bakal suami la dulu.haha

12. Setelah kawen, mesti impikan cahaya mata. so before 30, aku nak sepasang anak.after 30 lain cite.hehe

13. Nak tgk match MU kat Old Trafford.saat2 yang kuidamkan selama ini.

14. Nak sambung belajar.jika diizinkan.

15. Nak main roller-blade.teringat zaman kanak2 dulu.hehe

-tammat suda-

Sunday, October 25, 2009

suatu hari....

suatu petang 24 oktober 2009, waktu kejadian antara 4-430 petang..ketika itu, aku sedang khusyuk menonton cite hindustan kat tv3...best wei cite die..cite psl along aka ceti di India..mmg lawak habis...mak aku sedang memperkatakan tentang keadaan rumah aku (kpd sesiapa yg pernah berziarah ke rumah aku, korg tau la cmne keadaannya, still under construction...yela, pekerjanya sorg je..aka MY FATHER...diala pekerja..diala mandur..hehe)...tetiba mak aku bersuara

Mak : Along kawenla cepat. Carila calon. Biar cepat sket abah siapkan rumah.(lebih kurang tambah camtula perbualan)

Aku : Dalam hati. Apakah?Kawen cepat?Cari calon.Oh no!!Bersuara.Hehe.Tergelak je.Calon takde lagi mak.

Abah : Entah maknye. Ingat nak cari bakal suami senang agaknya. even nak beli sawi kat pasar pun kena pilih btul.kene tengok fresh ke tak (lebih kurang tambah cmtula perbualan)

Aku : btul tu mak. LELAKI ZAMAN SEKARANG NI TAKLEH PERCAYA SGT.SUME CAM HAMPEH JE.biarla adik yang kawen dulu.


apa konklusi yang dapat anda simpulkan di atas?
a)mak yang tak sabar nak menerima menantu, menjadikan alasan nk rumah siap cepat untuk menerima menantu
b)abah yang tak bersedia untuk melepaskan anak dara kesayangan
c)tuan empunya badan yang seolah2 berputus asa untuk memulakan perhubungan semula

-tammat suda-

kini kembali!!!!

Assalamualaikum..apa khabar semua? diharapkan sihat sejahtera di samping insan yang tersayang..huish, sudah lama ku tak mengupdate blog ku..dh hampir 3 minggu lamanya...bukannya tiada isu yang ingin dinukilkan atau dibangkitkan..tapi tuan punya blog nie dihimpitkan dengan pelbagai tanggungjawab dan tugasan yang tiada akhirnya...huhu...aiseh..tambah2 plak dgn kerja part time yang aku ambil.lagila bertambah tak cukup masa nk update blog..bile balik rumah tu, just nak rehat sambil bermain FARMVILLE dalam FACEBOOK ( dah kene jangkitan virus FARMVILLE..aish..haha )..dlm entri kali ni, aku akan bebel serba sedikit kerja yang telah menyebabkan aku tiada masa nk update (haha.alasan semata2..pi shopping blh je..)

Kisah 1 : 29 september 2009

ada apa dengan tarikh nie? huh, mstila ada apa2..haha.okla, pd tarikh tersebut, adik aku berangkat ke Hiroshima, Japan untuk menyertai Program Pertukaran Pelajar antara UTM dgn Universiti Hiroshima dan akan berada di sana selama 5 bulan..lama tu...so lucky..saat2 yang ditunggu oleh adikku.yela, once in a blue moon..bukan senang nk dpt..yang paling aku kagum, dia pi sana sorg2..hebat tu..kalo aku, susah jugak nk survive sorg2 tanpa ditemani sesape..yela, first time kat negara org...salute la dgn die nie, dh survey awal2 dh dlm tenet ttg airport narita tu, kat mana nk amik luggage, kat mana room service, kat mana shower room dan mcm2 lg la...kalo aku, tak terpikir pun nak survey..hehe ( ok adik, jgn kembang semangkuk plak k )..parent pun risau jugak, sbb sorg2 kat sana...tp terbukti she can survive...skrg, dia pun telah slmt smpi di Hiroshima...sdg bersuka suki di sana...dh plan dh nk pi mana..arghh,TIDAAKK...nk ikut!!!!

Beliau berlatarbelakangkan saat2 Hiroshima digegarkan dgn bom atom ( bagus tul pi muzium.hehe )

Kisah 2 : 10 Oktober 2009

Ada apa dengan tarikh nie? Apa signifikan tarikh ini dengan sejarah Malaysia?Well, kalo korang masih ingat lagi, pada tarikh keramat inilah, seorang rakyat Malaysia telah selamat diterbangkan ke angkasa, tepat pada pukul 723 ptg waktu Baikonur, 3 hari sblm umat Islam di Malaysia menyabut Aidilfitri. Beliau yang saya maksudkan Dr Sheikh Muszaphar. Walaupun byk kontroversi yang melanda akibat projek mega yang satu nie, saya tetap berbangga dengan pencapaian kita. Sesuatu harus dikorbankan (fulusla apa lagi) untuk bergerak seiring dengan kemajuan sains dan teknologi negara2 maju. We are far away behind. Even Israel mengatasi kita (aik, ada ke negara Israel?)..ok Shiela, stop membebel.Now we back to business.Bersempena dengan ini, pihak MOSTI dan ANGKASA telah bersepakat untuk mengadakan sambutan ulangtahun program angkasawan yang kedua. Secara tidak langsung, aku pn terlibat. bukan aku sorg je, rakan2 yg lain yg terlibat dlm penyelidikan sains angkasa. aku telah ditugaskan untuk menyediakan poster berkaitan dengan research aku. hm, ni first time aku wat poster.baru aku tau betapa susahnay membuat poster ni.haha.owh, lupa, sambutan ini diadakan di Pusat Angkasa Negara, Sg Lang Tengah, Banting Selangor. Mak aii, jauh gila tempatnya.satu jam setengah baru smpi.huhu.spt biasala, nama pun sambutan, adala acara2 untuk menarik minat penduduk tempatan untuk datang beramai2 meriahkan majlis.antara yg best, hot air balloon..mmg aku tak lepaskan peluang naik hot air balloon ni.tapi bila aku naik, alih2 terasa cm pening.huhu.adakah itu tanda high-phobia?haha.pastu ada perlawanan futsal antara penduduk kampung dgn angkasawan.fuh, ni kalau aku join ni, best gile...hehe..nasib baik tak pandai main futsal.pastu ada wayang pacak, cite upin dan ipin, ada sesi pencerapan planet, tak ingt plak planet mana.pendek kata, acara yg disediakan mmg best.tapi ada satu part yang best..aku dapat berjumpa dgn BEKAS BAKAL KEKASIH aka MEJAR DR FAIZ (kiteorg ada skandal tau dulu..haha..perasan sendiri)...haha..mesti nak muntah korg dengar ni..just berborak2 dgn dia..even dia tak tau nama aku, tapi dia still ingat aku involve dgn this project..ngeh2....saat2 yang tak dpt kulupakan....



Me wit Mejar Dr Faiz (awat muka aku cmtu...isk2)

Kisah 3 : Tarikh kurang pasti..apa yg pasti dlm bulan 10

Dalam bulan nie jugak, aku dilanda emosi yang tak stabil...mcm2 hal yg berlaku..aku tak nak cakap byk2..yg lepas tu biarla lepas..aku malas nk amik port..lagi aku igt, lagi la tersangat sakit hati..luka berdarah kembali beb...apa2pun, skrg nie, just think ahead..jgn fikirkan ttg ms lampau..amik aura +ve...think positive!!!!

aku rs setakat tu je coretan...hm, sket je aktiviti aku rupanya..haha...sibuk tang mana pun aku tak tau....

-tammat suda-