cherish every moment we lived
be thankful of what we had and achieved

Saturday, July 31, 2010

kejadian minggu terakhir Julai

Salam semua.Hmm, apa aktiviti saya sepanjang minggu terakhir Julai?hehe.tiada apa2 yang menarik sebenarnya.saje jek nk buat gempak.sepanjang minggu ini, saya tidak menjengah ke lab.bertapa di rumah.bertungkus lumus menyiapkan bab 2 tesis master saya iaitu kajian perpustakaan atau lebih dikenali sbg literature review.pheww...penat sebenarnya sebab saya kena translate to BM.Allah je yang tahu perasaan saya menterjemah ayat2 tersebut ke BM.mencari bahasa atau perkataan yang seswai.menyambung ayat,menyesuaikan ayat.adoiiiiii......kadang2 sejam ngadap perenggan yang sama.tak gerak2.saya ni yang byk berangan atau saya agak lambat membuat keje atau saya byk berfikir semasa menaip?saya pun tak pasti.kawan saya kata saya ni banyak berfikir benda lain.sbb tu lambat sket.hehe.tapi alhamdulillah.sekarang bab 2 80% dah siap.nk kena touch up sket2 sebelum bg kat supervisor untuk disemak.pastu kita beralih ke bab pengenalan dan menulis artikel jurnal.huuuu..banyak lagik ni perjalanan saya...berusaha SHIELA!!!!!

Oh ye, hari Khamis lepas.berlaku gangguan teknikal PUTRA LRT.adeyh, ni kali ke berapa dah ni rosak.tensen gua.dahla rosak time peak hour.orang baru balik keje.ramai la orang.huhu.dahla pose kan.berkurang agaknya pahala pose sebab sumpah seranah.marah dekat RapidKL sbb tak efisyen menghadapi situasi.buat pengumuman tu biar terang sket.setiap orang lain intrepretasi.haisshhh.nasib baik ada akak sorang ni, bagitau apa yang patut kiteorg buat.aku pun follow dia jek la.lagik satu aku marah btul kalau ada org potong line.ingat dia sorg je ke nk cepat.tak nampak ke orang lain tgh beratur.ko tak blh sabar ke hah????dahla potong depan aku.mmg tak beradap btul.no manners!!!!!sedap sungguh nampaknya.aku sound secara perlahan jek.tak reti nk beratur ke kak.mmg mencabar tahap kesabaran aku ni.ni keje orang asing.iskkk..aku sempat memberi jelingan maut kat dia.sepatutnya aku sound kuat kat dia.tp aku ni bukan berani sgt pun.marah dalam hati jek.isk..kurang pahala pose.huhu.

ok.semalam.jumaat.aku pergi ke umbi.rindu plak tetiba.hahaha.plan nk cabut awal sbb takde keje nk buat.so aku balik masa org solat Jumaat.sesampai aku kat stesen komuter, ternampak beberapa orang lelaki yang pada telahan aku ialah orang melayu Islam, berada di stesen komuter Bandar Tasik Selatan.jam aku menghampiri pukul 2.huhu.depa ni tak pi solat jumaat ke?aku sanggggattttt benci pada golongan lelaki yang tak pergi solat jumaat.ke diorang ni uzur syariee????adoiii.abis tu cmne.lelaki cmni ke yang perempuan nk jadikan calon suami?tak berupaya nk menunaikan perintah Islam.kalau ini pun tak mampu, apatah lagi membimbing keluarga kelak.aku rasa kekurangan pendidikan agama menjadi salah satu faktor penceraian semakin meningkat.nakhoda tanpa ilmu yang cukup maka kapal yang dibawa akan terpesong entah ke mana.aku bukanlah inginkan seseorang yang perlu serba-serbi tahu hal agama from A to Z.aku tidak meminta yang sempurna.tidak.cukuplah sekadar mengetahui apa yang halal dan haram.serta ,mengikut ajaran dan perintah YANG MAHA ESA.aku pun seorg insan biasa, yang punya kekurangan ilmu agama jugak.ada buat salah jugak.aku mengaku aku pun jahil.kita saling melengkapi.ilmu itu kita blh cari.berguru dengan orang yang betul ajarannya berlandaskan AL-Quran dan Hadith.itu sajalah peninggalan Rasullullah SAW kepada umatnya.setiap pengakhiran doa, aku selalu berdoa, semoga aku dipertemukan dengan seseorang yang mampu membimbing aku ke jalan yang diredhai oleh-NYA.semoga dimakbulkan.amin.
dalam hadis ada menyebut, jika kita memilih seseorang itu disebabkan agama yang dimiliki, insyaALLAH, kita akan terselamat.=)

berjimba-jimba di Bukit Cerakah

Salam semua.Apakah maksud berjimba-jimba ni sebenarnya?Saya pun kurang pasti apakah maksud tersebut.huhu.Pakat tiru orang jek.Nampaknya bermaksud berseronok-seronok.hehe.Last week, saya dan housemate saya, Neny berjimba-jimba di Bukit Cerakah bersama2 dengan Na iaitu bekas housemate kami serta kawan se'arkitek'( maksudnya satu kursus masa zaman belajar dolu2 ) Neny dan Na iaitu Mar. Camne blh timbul idea nak ke Bukit Cerakah?Semuanya idea Neny. Saya hanya menurut perintah.Memandangkan saya tidak pernah lagi sampai ke situ maka saya bersetuju dengan cadangan Neny.Kami sungguh bersemangat ingin meneroka Bukit Cerakah.Maka pada hari kejadian iaitu bersamaan 25 Julai 2010, selepas Subuh, kami bertungkus lumus menyiapkan bekalan makanan untuk dibawa ke Bukit Cerakah.Neny menyediakan Makaroni Goreng manakala saya pula menyiapkan Roti Bersalut Telur dengan Kacang Panggang dengan Sos Tomato.Tepat pada pukul 930 pagi, kami menaiki kereta Myvi Mar berwarna kelabu, terus menuju ke Shah Alam dan mengambil Na di Seksyen 7.Malang tidak berbau bagi kami tersesat hampir sejam walaupun mengikut peta yang telah di'google' dari Google Map.Berpandukan kepada 'back up map', alhamdulillah, akhirnya kami sampai juga di Bukit Cerakah Shah Alam. Kami sangat teruja. Tidak sabar rasanya ingin menikmati keindahan alam panorama yang sungguh mendamaikan hati. Bayaran masuk ke taman rekreasi ini ialah RM3. Perkhidmatan basikal juga disediakan.Sewa amat berpatutan, bagi basikal lama RM3/jam dan basikal baru RM5/jam dan RM1 akan dicaj untuk pertambahan satu jam yang berikutnya.Kami tidak ketinggalan menyewa basikal. Rasa seperti kembali ke zaman kanak-kanak.Seronok tidak terkata.Di bawah ini saya lampirkan gambar-gambar yang sempat kami ambil.Biarkan gambar-gambar ini berkata-kata.
p/s: entri yang mengikut bahasa melayu betul.akibat mengadap tesis.ahhahahaa

Sawah padi pun ada.Malangnya belum menguning.


Di dalam Rumah 4 Musim. Sekarang musim panas.



Kami dengan basikal yang disewa 



Semasa menunggu ketibaan bas yang disediakan oleh pihak pengurusan

Bergambar di Rumah Perlis

tasik yang mendamaikan






Thursday, July 22, 2010

P.L.E.A.S.E

Dear determination, motivation, spirit and soul,

Please bear and stay put with me for the next 5 months.Sebab saya amat memerlukan sokongan dan semangat daripada anda semua untuk menjayakan tesis saya.saya mudah fragile sekarang.mudah lemah.nampak luaran macam kental, tapi sebenarnya tidak.Ya ALLAH, kuatkan semangatku untuk mengharungi hari2 yang mendatang.Tabahkan hatiku mengharungi segala ujian yang KAU berikan.

Jangan berhenti berharap.Setiap sesuatu yang berlaku, ada hikmahnya.ALLAH know what is the best for you.DIA Maha Mengetahui.Bergantung haraplah kepada-NYA, dengan banyakkan berdoa.

Wayang Hari Rabu



semalam hari rabu.hari ini hari khamis.lusa hari jumaat.tulat hari sabtu.yahooo!!!weekend menjelma.hahaha.apa aku melalut ni.ok, apa istimewa hari rabu ni?ohhoo, bagi kaki wayang ( untuk wayang berjenama Golden Screen Cinema sahaja.harap  maklum ), hari rabu sangat istimewa kerana harga tiket wayang yang ditawarkan sangatlah berpatutan bagi orang yang tiada pendapatan tetap macam aku.hehe.murah.tengok weekend mau RM12 tu.kerja lab belum start lagik.malas nk ke lab.ada urusan yang perlu disetelkan di midvalley.so apa lagi.wayang seround.kali ni menonton wayang tidak keseorangan kerana ditemani rakan serumah.ohhh, apa cerita yang mau ditonton?dari awal lagi aku dah target nak tengok INCEPTION, lakonan Abg Leo.aku bukanlah peminat setia beliau.serius.memandangkan beliau pernah tersenarai dalam pelakon lelaki terbaik dalam Oscar, so teringin nk tengok lakonan beliau.best ke tak best ke suam2 kuku.selama 2 jam setengah menonton dalam bilik gelap yang sejuk beku dingin tu,apa yang dapat aku katakan filem ini memang SUPERB BEB.gua cakap sama lu.hehe.Lakonan Abg Leo dan yang lain memang hebat.mula2 dah memeningkan kepala otak aku.sape masuk mimpi sape ni?macam2 soalan bermain dlm fikiran.mcm kene guna formula 1H4W jek.haha.memang lain daripada yang lain.membawa kita ke suatu dimensi yang berbeza.malas nk komen banyak2.sila tonton.fully recommended.moral of the film, tak salah nak bermimpi, menikmati alam mimpi, asalkan kita tau yang mana realiti dan fantasi.(haha.takde modal nk tulis pe).

p/s:saya suka eames.boleh menyamar watak orang lain.super duper cool.=))