cherish every moment we lived
be thankful of what we had and achieved

Saturday, July 31, 2010

kejadian minggu terakhir Julai

Salam semua.Hmm, apa aktiviti saya sepanjang minggu terakhir Julai?hehe.tiada apa2 yang menarik sebenarnya.saje jek nk buat gempak.sepanjang minggu ini, saya tidak menjengah ke lab.bertapa di rumah.bertungkus lumus menyiapkan bab 2 tesis master saya iaitu kajian perpustakaan atau lebih dikenali sbg literature review.pheww...penat sebenarnya sebab saya kena translate to BM.Allah je yang tahu perasaan saya menterjemah ayat2 tersebut ke BM.mencari bahasa atau perkataan yang seswai.menyambung ayat,menyesuaikan ayat.adoiiiiii......kadang2 sejam ngadap perenggan yang sama.tak gerak2.saya ni yang byk berangan atau saya agak lambat membuat keje atau saya byk berfikir semasa menaip?saya pun tak pasti.kawan saya kata saya ni banyak berfikir benda lain.sbb tu lambat sket.hehe.tapi alhamdulillah.sekarang bab 2 80% dah siap.nk kena touch up sket2 sebelum bg kat supervisor untuk disemak.pastu kita beralih ke bab pengenalan dan menulis artikel jurnal.huuuu..banyak lagik ni perjalanan saya...berusaha SHIELA!!!!!

Oh ye, hari Khamis lepas.berlaku gangguan teknikal PUTRA LRT.adeyh, ni kali ke berapa dah ni rosak.tensen gua.dahla rosak time peak hour.orang baru balik keje.ramai la orang.huhu.dahla pose kan.berkurang agaknya pahala pose sebab sumpah seranah.marah dekat RapidKL sbb tak efisyen menghadapi situasi.buat pengumuman tu biar terang sket.setiap orang lain intrepretasi.haisshhh.nasib baik ada akak sorang ni, bagitau apa yang patut kiteorg buat.aku pun follow dia jek la.lagik satu aku marah btul kalau ada org potong line.ingat dia sorg je ke nk cepat.tak nampak ke orang lain tgh beratur.ko tak blh sabar ke hah????dahla potong depan aku.mmg tak beradap btul.no manners!!!!!sedap sungguh nampaknya.aku sound secara perlahan jek.tak reti nk beratur ke kak.mmg mencabar tahap kesabaran aku ni.ni keje orang asing.iskkk..aku sempat memberi jelingan maut kat dia.sepatutnya aku sound kuat kat dia.tp aku ni bukan berani sgt pun.marah dalam hati jek.isk..kurang pahala pose.huhu.

ok.semalam.jumaat.aku pergi ke umbi.rindu plak tetiba.hahaha.plan nk cabut awal sbb takde keje nk buat.so aku balik masa org solat Jumaat.sesampai aku kat stesen komuter, ternampak beberapa orang lelaki yang pada telahan aku ialah orang melayu Islam, berada di stesen komuter Bandar Tasik Selatan.jam aku menghampiri pukul 2.huhu.depa ni tak pi solat jumaat ke?aku sanggggattttt benci pada golongan lelaki yang tak pergi solat jumaat.ke diorang ni uzur syariee????adoiii.abis tu cmne.lelaki cmni ke yang perempuan nk jadikan calon suami?tak berupaya nk menunaikan perintah Islam.kalau ini pun tak mampu, apatah lagi membimbing keluarga kelak.aku rasa kekurangan pendidikan agama menjadi salah satu faktor penceraian semakin meningkat.nakhoda tanpa ilmu yang cukup maka kapal yang dibawa akan terpesong entah ke mana.aku bukanlah inginkan seseorang yang perlu serba-serbi tahu hal agama from A to Z.aku tidak meminta yang sempurna.tidak.cukuplah sekadar mengetahui apa yang halal dan haram.serta ,mengikut ajaran dan perintah YANG MAHA ESA.aku pun seorg insan biasa, yang punya kekurangan ilmu agama jugak.ada buat salah jugak.aku mengaku aku pun jahil.kita saling melengkapi.ilmu itu kita blh cari.berguru dengan orang yang betul ajarannya berlandaskan AL-Quran dan Hadith.itu sajalah peninggalan Rasullullah SAW kepada umatnya.setiap pengakhiran doa, aku selalu berdoa, semoga aku dipertemukan dengan seseorang yang mampu membimbing aku ke jalan yang diredhai oleh-NYA.semoga dimakbulkan.amin.
dalam hadis ada menyebut, jika kita memilih seseorang itu disebabkan agama yang dimiliki, insyaALLAH, kita akan terselamat.=)

No comments: