cherish every moment we lived
be thankful of what we had and achieved

Saturday, July 31, 2010

berjimba-jimba di Bukit Cerakah

Salam semua.Apakah maksud berjimba-jimba ni sebenarnya?Saya pun kurang pasti apakah maksud tersebut.huhu.Pakat tiru orang jek.Nampaknya bermaksud berseronok-seronok.hehe.Last week, saya dan housemate saya, Neny berjimba-jimba di Bukit Cerakah bersama2 dengan Na iaitu bekas housemate kami serta kawan se'arkitek'( maksudnya satu kursus masa zaman belajar dolu2 ) Neny dan Na iaitu Mar. Camne blh timbul idea nak ke Bukit Cerakah?Semuanya idea Neny. Saya hanya menurut perintah.Memandangkan saya tidak pernah lagi sampai ke situ maka saya bersetuju dengan cadangan Neny.Kami sungguh bersemangat ingin meneroka Bukit Cerakah.Maka pada hari kejadian iaitu bersamaan 25 Julai 2010, selepas Subuh, kami bertungkus lumus menyiapkan bekalan makanan untuk dibawa ke Bukit Cerakah.Neny menyediakan Makaroni Goreng manakala saya pula menyiapkan Roti Bersalut Telur dengan Kacang Panggang dengan Sos Tomato.Tepat pada pukul 930 pagi, kami menaiki kereta Myvi Mar berwarna kelabu, terus menuju ke Shah Alam dan mengambil Na di Seksyen 7.Malang tidak berbau bagi kami tersesat hampir sejam walaupun mengikut peta yang telah di'google' dari Google Map.Berpandukan kepada 'back up map', alhamdulillah, akhirnya kami sampai juga di Bukit Cerakah Shah Alam. Kami sangat teruja. Tidak sabar rasanya ingin menikmati keindahan alam panorama yang sungguh mendamaikan hati. Bayaran masuk ke taman rekreasi ini ialah RM3. Perkhidmatan basikal juga disediakan.Sewa amat berpatutan, bagi basikal lama RM3/jam dan basikal baru RM5/jam dan RM1 akan dicaj untuk pertambahan satu jam yang berikutnya.Kami tidak ketinggalan menyewa basikal. Rasa seperti kembali ke zaman kanak-kanak.Seronok tidak terkata.Di bawah ini saya lampirkan gambar-gambar yang sempat kami ambil.Biarkan gambar-gambar ini berkata-kata.
p/s: entri yang mengikut bahasa melayu betul.akibat mengadap tesis.ahhahahaa

Sawah padi pun ada.Malangnya belum menguning.


Di dalam Rumah 4 Musim. Sekarang musim panas.



Kami dengan basikal yang disewa 



Semasa menunggu ketibaan bas yang disediakan oleh pihak pengurusan

Bergambar di Rumah Perlis

tasik yang mendamaikan






No comments: