cherish every moment we lived
be thankful of what we had and achieved

Wednesday, September 29, 2010

Pendiam itu sifatku

Bagi sesiapa yang baru bertemu saya buat pertama kali, memang mereka akan cop saya sebagai pendiam yang amat. Bagi mereka yang  dah jemu bertemu dengan saya, mereka akan berkata ‘ Ko pendiam?’ dan akan disusuli dengan gelak tawa sinis.hehe.
Kalau anda berjumpa saya dengan adik saya, we are like 2 different species.adik saya suka bercakap.saya pula sebaliknya.
Saya masih ingat lagi, masa darjah dua, bersekolah di Assunta, cikgu pernah bagi anugerah budak yang pendiam pada saya.maksudnya saya budak baik la tu.haha.perasan btul.masuk bakul angkat sendiri.masa darjah enam plak, rakan sekelas pernah cakap kat saya ‘dalam mulut saya ada emas’ sebab jarang bercakap.
Kalau saya berjumpa dengan orang yang saya kurang rapat atau pertama kali berjumpa, saya lebih suka mendengar dari bercakap.bercakap pun bila perlu bagi pandangan sahaja.
Saya jadi nervous, jantung berdegup laju bila jumpa orang baru sebab perlu fikir nak cakap topic pe.tak keruan saya.hehe.(macam la byk kawan baru ko jumpa.haha).sebabnya saya ni pendiam orangnya bila dengan orang yang kurang dikenali.
Even dengan cousins dan pak cik, mak cik pun saya kurang bercakap.kronik betul penyakit saya nie.bagus ke tak pendiam ni?bagaimana harus diubah sifat ini?could anyone please help me?
kalau diam camni blh jadik gile aku.hahahah

Angan-angan dalam mencari pasangan

Bagi sesiapa yang lahir tahun 80an dan suka sangat tengok tv dan berangan mcm saya, anda pasti penah dengar  tajuk lagu di atas.lagu nyanyian Raja Ema di kala waktu kegemilangan beliau pada kahir 80an.kalau dengar lirik tersebut, tentulah disebut ciri2 yang perlu ada pada pasangan pilihan.ok, apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam pasangan hidup saya?ecehh.macam buat iklan plak kan.hehe.sekadar berkongsi pendapat dan hasil pembacaan dan pemerhatian saya.kat tv pun ada banyak membincangkan pasal hal ini.bagi saya, proses pemilihan bakal pasangan hidup adalah penting bagi perempuan.PERLU MEMILIH .memilih yang terbaik untuk diri kita.oleh itu, sila buang tanggapan perempuan itu memilih k.antara ciri2 yang perlu ada :
1)      
  1.     Pegangan agama.yang ini memang amat penting.Dalam Islam, pegangan agama adalah amat penting dalam memilih pasangan sehidup semati.apabila calon kita ada pegangan yang kukuh dalam agama, insyaALLAH bahtera perkahwinan yang dibina akan bahagia.saya tidaklah bermaksud seseorang lelaki tersebut kena menjadi ustaz baru boleh kahwin, cukupla tahu apa yang halal dan haram dan menjalankan segala perintah-NYA.agama ini kita boleh belajar dan boleh tambah ilmu sedikit demi sedikit tapi kena berguru la.guru pun kena pilih yang betul , mengajar ilmu menepati syariat, jangan pi ikut Rasul Melayu pulak, memang sesat sepanjang jalan.jangan pula hanya belajar melalui buku sebabnya ada guru lain yang mengajar iaitu syaitan.
  2.       Bertanggungjawab.sifat ini mesti dan perlu ada.boleh tengok hubungan bakal suami dengan family.kalau hubungan dengan family ok dan mantap, insyaALLAH teruna idaman boleh menjadi peneraju rumah tangga yang baik.
  3.     .      Baik akhlak.penting ini.panas baran dan suka naik tangan harus dielakkan.
  4.          Terima kamu seadanya.he love u for who u r.
  5.      .Komunikasi yang berkesan.penting ini.kebanyakan kes penceraian skrg berlaku sebab kurang berkomunikasi.cari yang boleh ngam dgn korang.you can talk almost about everything to him.and of course, kena juga cari pendengar yang setia dan sedia member feedback yang bagus dan bernas.
  6.      Dan sifat2 lain yang dirasakan perlu.lain orang lain kriteria yang dicari.hehe
apcerewet tak wishlist sifat2 bakal suami saya?haha.mak saya pernah berkata 'kalau jumpa yang menepati satu atau dua ciri tu, dah cukup.tak perlu nk cari yang perfecto'.-wink-wink-

Sunday, September 19, 2010

RAYA wrap up!!!!

arini dah masuk 10 syawal dah.sekejap jek masa berlalu.rasa baru semalam melalui 1 syawal.ooo, sangat merindukan saat2 berkumpul bersama-sama saudara mara dan sahabat handai.bagi aku, raya kali ini sangat luar biasa.
1. pertamanya sebab aku masih dapat duit raya lagik.muahahaha.yela, secara logik memang aku layak lagi dapat duit raya sebab tak bekerja lagi.hehe

2. hampir semua pak cik dan mak cik berkumpul secara serentak di rumah mak cik aku kat Tok Sira.seingat aku, raya sebelum ni, tak penah la plak dtg secara serentak cmni.meriah weiii.sampai nk makan pun kene tggu turn.hehe...sejak kematian arwah Tok dan To'ki aku, kami semua secara wajib akan berkumpul di Tok Sira iaitu rumah Mak Anjang aku ni (gelaran diberi). hidangan wajib yang mesti ada Laksa Johor.memang tu yang kiterorg serbu.ooo, pada raya pertama, aku tak menang tangan kot.tolong Mak Anjang aku di dapur.amacam, boleh tercalon menantu pilihan tak aku ni?muahahaha.

3. untuk pertama kalinya, ada sesi fotografi keluarga.ada OP lagik tu.dont play play...tapi free jek.hahaha.sape lagi kalau bukan adik ku.

4. buat BBQ Edisi Khas Raya di TC.hehe.lain daripada yang lain.masing2 ada tugasan memasak.aku kena buat pemanis mulut, ema kena marinate ayam, aswa kene goreng makaroni, yamie kena ambil alih mak cik jual naget dan hot dog.hehe.ecah beli jajan.walaupun kehadiran hanya 5 orang tetapi meriah.len kali kita boleh  anjur edisi lebih besar lagik.boleh ajak orang lain.wink-wink.

5. raya ke 8, aku ikut mak aku pulang ke kampung iaitu di Bukit Pasir, Muar, Johor.tak penah aku tau mak aku ada kampung.tetiba declare ada kampung.isk-isk.pergi sana pun sbbb ada kenduri kawen sepupu mak aku.tak sangka aku ni berasal dari MUAR.tapi aku bukan orang JAWA, aku keturunan BUGIS tau.hahaha.(beria nk deny Im not JAWA..haha).hmm, setibanya di sana, terasa macam dalam program JEJAK KASIH plak.perjumpaan keluarga TOK JAIS.serius aku tak kenal sesape pun except mak aku, mak cik aku, dan adala bbrp org cousin mak aku yang pernah aku jumpa sebelum ni.dan jangan korang tak tau, buat pertama kalinya aku dapat berjumpa TO'KI SEDARA aku yang umurnya lebih muda dari mak aku.haha.tak pelik kan?dapat jugak jumpa TOK SEDARA aku yang bermastautin di Spore dan KL.first time kot aku jumpa.huhu.sabar jek la.aku rasa patutnya kena buat famili reunion.barula boleh kenal sedara mara dgn lebih dekat dan merapatkan silaturrahim.dan aku juga merasa sebak.alangkah bagusnya jika arwah To'Ki dan Tok aku masih ada lagi.oo, tetiba perasaan rindu melanda.  

aku rasa itu sajala kesimpulan yang dapat dinukilkan hasil pengembaraan raya aku kali ini.gambar???korang tengok jek la kat blog adik aku ini http://sha-suka-latte.blogspot.com/.ada banyakkkkkk gambar.chooww!!wassalam.

Sunday, September 12, 2010

dari jauh kupohon kemaafan

mesti kamu semua pernah mendengar tajuk lagu di atas kan?hehe.aku pernah menangis sambil menyanyi lagu ini.punyala sengal.ingatkan nyanyi nak hiburkan hati yang sedang berduka lara berpuasa dan beraya di tempat orang.sedar2 jek air panas mengalir keluar dari mata.haa, sah la tu aku nangis.aku pun silap, pi pilih lagu sedih, mestilah sedih.cuba nyanyi lagu Jalil Hamid, sure happy go lucky jek.haha.
kejadian ini berlaku 3 tahun lepas.sewaktu di Moscow.sedihla kena beraya di tempat orang, tempat yang asing.tapi semua itu aku anggap dugaan dan pengalaman.yela, bila lagi nak merasa berpuasa dan beraya di tempat orang.kami di Moscow beraya sehari lebih awal dari Malaysia.hehe.best2.aku dari awal lagi dah tau kene beraya kat sana, awal2 dah angkut 2 pasang baju raya..(ooppss, baju konvo tak jadi sebenarnya) ke sana.penting tu nak amik mood raya kt sana.hmm, awal pagi raya, kami menuju ke Kedutaan Besar Russia utk solat hari raya aidilfitri.ramai sungguh student malaysia kat Moscow ni.so takdela terasa berada di tempat asing sgt.tiba part yang paling syahdu, apabila takbir raya bergema, automatik air mata bergenang.terkenang kat mak ayah adik di tanah air.felo aku pun sama jugak menangis, ingat kat husband dia.tiba part yang paling best iaitu MAKAN!!!! mestilah best wei, duk kt perantauan, mana nk jumpa sgt nasik, daging ayam dan sebagainya.asyik makan ikan jek.tapi ALHAMDULILLAH.at least tak lapar kebuluran.hehe.masa kat sana, ada macam2 hidangan, sama seperti di Malaysia.at least terubat sket kerinduan kt makanan tanah air.kat sini la jugak first time aku makan kambing golek.soodaaappp!!!tak pening kepala pun makan.hahaha.
hari raya kedua kami menyerang kedutaan lagik.makan lagik.hmm, seswai la dgn musim yang menjelma, nk masuk winter.kena makan byk2.hehe.aku kt sana tak lama.raya ke 3 dah berangkat pulang ke tanah air.tiba pada hari berikutnya.famili menyambut ketibaan aku di kuantan.sampai di rumah, soto sedia terhidang.yummy!!terima kasih mak dan adik!!!

                                   

minal aidil wal faizin




Salam Lebaran.

Ampun dan maaf dipinta jika ada terkasar bahasa dan perlakuan.Harap dimaafkan.
Semoga Aidilfitri kali ini membawa pengertian yang bermakna kepada kita semua.