mesti kamu semua pernah mendengar tajuk lagu di atas kan?hehe.aku pernah menangis sambil menyanyi lagu ini.punyala sengal.ingatkan nyanyi nak hiburkan hati yang sedang berduka lara berpuasa dan beraya di tempat orang.sedar2 jek air panas mengalir keluar dari mata.haa, sah la tu aku nangis.aku pun silap, pi pilih lagu sedih, mestilah sedih.cuba nyanyi lagu Jalil Hamid, sure happy go lucky jek.haha.
kejadian ini berlaku 3 tahun lepas.sewaktu di Moscow.sedihla kena beraya di tempat orang, tempat yang asing.tapi semua itu aku anggap dugaan dan pengalaman.yela, bila lagi nak merasa berpuasa dan beraya di tempat orang.kami di Moscow beraya sehari lebih awal dari Malaysia.hehe.best2.aku dari awal lagi dah tau kene beraya kat sana, awal2 dah angkut 2 pasang baju raya..(ooppss, baju konvo tak jadi sebenarnya) ke sana.penting tu nak amik mood raya kt sana.hmm, awal pagi raya, kami menuju ke Kedutaan Besar Russia utk solat hari raya aidilfitri.ramai sungguh student malaysia kat Moscow ni.so takdela terasa berada di tempat asing sgt.tiba part yang paling syahdu, apabila takbir raya bergema, automatik air mata bergenang.terkenang kat mak ayah adik di tanah air.felo aku pun sama jugak menangis, ingat kat husband dia.tiba part yang paling best iaitu MAKAN!!!! mestilah best wei, duk kt perantauan, mana nk jumpa sgt nasik, daging ayam dan sebagainya.asyik makan ikan jek.tapi ALHAMDULILLAH.at least tak lapar kebuluran.hehe.masa kat sana, ada macam2 hidangan, sama seperti di Malaysia.at least terubat sket kerinduan kt makanan tanah air.kat sini la jugak first time aku makan kambing golek.soodaaappp!!!tak pening kepala pun makan.hahaha.
hari raya kedua kami menyerang kedutaan lagik.makan lagik.hmm, seswai la dgn musim yang menjelma, nk masuk winter.kena makan byk2.hehe.aku kt sana tak lama.raya ke 3 dah berangkat pulang ke tanah air.tiba pada hari berikutnya.famili menyambut ketibaan aku di kuantan.sampai di rumah, soto sedia terhidang.yummy!!terima kasih mak dan adik!!!
No comments:
Post a Comment