Bagi sesiapa yang lahir tahun 80an dan suka sangat tengok tv dan berangan mcm saya, anda pasti penah dengar tajuk lagu di atas.lagu nyanyian Raja Ema di kala waktu kegemilangan beliau pada kahir 80an.kalau dengar lirik tersebut, tentulah disebut ciri2 yang perlu ada pada pasangan pilihan.ok, apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam pasangan hidup saya?ecehh.macam buat iklan plak kan.hehe.sekadar berkongsi pendapat dan hasil pembacaan dan pemerhatian saya.kat tv pun ada banyak membincangkan pasal hal ini.bagi saya, proses pemilihan bakal pasangan hidup adalah penting bagi perempuan.PERLU MEMILIH .memilih yang terbaik untuk diri kita.oleh itu, sila buang tanggapan perempuan itu memilih k.antara ciri2 yang perlu ada :
1)
- Pegangan agama.yang ini memang amat penting.Dalam Islam, pegangan agama adalah amat penting dalam memilih pasangan sehidup semati.apabila calon kita ada pegangan yang kukuh dalam agama, insyaALLAH bahtera perkahwinan yang dibina akan bahagia.saya tidaklah bermaksud seseorang lelaki tersebut kena menjadi ustaz baru boleh kahwin, cukupla tahu apa yang halal dan haram dan menjalankan segala perintah-NYA.agama ini kita boleh belajar dan boleh tambah ilmu sedikit demi sedikit tapi kena berguru la.guru pun kena pilih yang betul , mengajar ilmu menepati syariat, jangan pi ikut Rasul Melayu pulak, memang sesat sepanjang jalan.jangan pula hanya belajar melalui buku sebabnya ada guru lain yang mengajar iaitu syaitan.
- Bertanggungjawab.sifat ini mesti dan perlu ada.boleh tengok hubungan bakal suami dengan family.kalau hubungan dengan family ok dan mantap, insyaALLAH teruna idaman boleh menjadi peneraju rumah tangga yang baik.
- . Baik akhlak.penting ini.panas baran dan suka naik tangan harus dielakkan.
- Terima kamu seadanya.he love u for who u r.
- .Komunikasi yang berkesan.penting ini.kebanyakan kes penceraian skrg berlaku sebab kurang berkomunikasi.cari yang boleh ngam dgn korang.you can talk almost about everything to him.and of course, kena juga cari pendengar yang setia dan sedia member feedback yang bagus dan bernas.
- Dan sifat2 lain yang dirasakan perlu.lain orang lain kriteria yang dicari.hehe
apcerewet tak wishlist sifat2 bakal suami saya?haha.mak saya pernah berkata 'kalau jumpa yang menepati satu atau dua ciri tu, dah cukup.tak perlu nk cari yang perfecto'.-wink-wink-
1 comment:
aduh, sila abaikan susunan yang terabai.haha
Post a Comment