Pernah dengar rancangan yang bernama I’m Old Enough, sebuah rancangan terbitan Jepun yang disiarkan di Tv3 pada setiap hari Ahad tepat jam 6 petang.Aku cadang korang kena tengok walaupun sekali dalam seumur hidup.aku pun mula2 tak amik port sangat pasal siaran ni.last week, dah takde benda sgt nak buat, sambil wat keje download cite mentalist, aku bukak tv, tup2 kuar rancangan ni.senang jek konsep program ini.seorang ibu atau bapa akan meminta anak2 mereka yang kecil untuk membeli barang atau mendapatkan barang atau menghantar barang seorang diri.all by themselves.bayangkan kanak2 yang berusia 4 tahun kena buat semua itu seorang diri.naik bas dan mrt pun seorang diri tanpa ditemani orang dewasa.ada yang menangis bila dapat tahu kena pergi seorang diri.memang kelakar la tgk diorang menangis. Tapi aku kagum dgn diorang ni.dalam nangis2 pun depa buat jugak task yang diberi.dalam episode last week, dua beradik ni,aku igt lagi nama depa, Marin dan Yutta, kena pi beli ikan dan disket utk mak mereka kat supermarket.depa kena berjalan kaki.dari gelagat mereka, aku nampak Marin ni seorang kakak yang bertanggungjawab dan tahu la apa yang kena beli manakala Yutta byk main, adik la katakan.Marin tahu memilih ikan yang diingini, pilih yang ada diskaun plak tu, dasat2.Disket pun Marin pilih ikut spesikasi yang telah diberi oleh mak dia.Dia hanya membeli apa yang disuruh oleh ibunya sahaja.kalau aku, abis dah merembat choc, jajan dan sebagainya.hehe.Di kala adiknya Yutta keletihan sebab berjalan jauh, Marin sanggup menggendong adiknya.baik tak baik Marin ni.Marin jugak merajuk dengan adik die sbb Yutta ini degil, tak mau dengar cakap.tengok gelagat diorang ni memang kelakar.tapi apa yang aku nk utarakan di sini, sikap bertanggungjawab yang ada pada kanak-kanak Jepun.memang tabik spring la kat diorang ni.dan satu lagi, sikap kesopanan yang ada pada mereka.memang ucapan arigato gozaimasu tu tak lekang dari mulut depa.menghormati orang tua pulak tu.aku rasa aku tak macam tu dulu.huhu…
Camne orang Jepun didik anak mereka jadi camtu?ini yang kita kena belajar.pada zaman sekarang ni, bukan mudah nak didik anak dengan segala cabaran yang wujud pada alaf 21 ni.kalau kamu semua ada masa, sila tengok rancangan nie k.tak rugi.n u will see why.=)).
p/s: kat Malaysia budak2 takleh jalan keseorangan.nnti kene culik.
No comments:
Post a Comment