cherish every moment we lived
be thankful of what we had and achieved

Monday, November 8, 2010

Fakta yang kita tak tahu

Salam!!!!baru2 ini saya ada mengikuti forum kanser yang dianjurkan oleh UKM molecular medicine biology institute atau lebih dikenali sbg UMBI. Kalau korg nak tau,UMBI ni la tempat jatuh bangun saya,tempat saya buat labwork,tempat saya belajar, dari zero about molecular biology sehinggalah tahu serba sedikit mengenainya.saya masih budak baru belajar.dunia kanser dan molecular biology sememangnya begitu asing dgn diri saya.masa belajar dulu, saya sangat tidak suka subjek yang berkaitan dengan molecular biology.itulah, orang kata, kalau tak suka tu biarlah bersederhana..tgkla apa dh jadi dgn saya…kena buat benda yang saya menyampah..hahaha…tak kenal maka tak cinta..semakin hari semakin aku berminat dgn molecular biology ini..
Ok berhenti bercakap psl molecular biology.saya nk berkongsi dengan anda semua serba sedikit info berkenaan kanser yang saya perolehi semasa forum tersebut. Ada macam2 jenis kanser, payu dara, paru-paru,colon, endometrium,ovary dan bermacam2 lagi sebenarnya.  Tahukah anda….
1)                   1.38 juta kes baru kanser payudara setiap tahun di seluruh dunia.  Risk factor atau orang yang berisiko mendapat kanser payudara ini ialah dietary spt alcohol consumption, keturunan atau hereditary pun boleh menjadi salah satu faktor.misalannya, mak atau mak cik kita pernah disahkan kanser payudara, the chances to get breast cancer are significant. Lagi satu risk faktor ialah lifestyle eg breastfeeding dan brp kali kita melahirkan anak.  Bagi penduduk di Timur, majoriti pesakit kanser payudara ialah dalam lingkungan 48 tahun di mana pada masa ini wanita mengalami pra menapaus.  Manakala di Barat pula, majority penghidap kanser payudara ialah dalam lingkungan 64 – 65 tahun (post menopausal).oh ye..jangan igt lelaki boleh terlepas.lelaki pun boleh menghidapi breast cancer tau!!!!
2)                  Gynaecological cancers spt ovary dan endometrium (dinding rahim) cancer.  Di Malaysia, kaum Cina mendahului diikuti kaum India dan Melayu.Risk factor – nullparity (orang yang tak pernah mengandung) berisiko tinggi menghidap kanser ini.aku rasa sebab overproduction of estrogen nih.lagi satu risk factor late menopaus.so mana yang rasa mak dia dh patut menopaus tapi tak menopaus lagi,better check cause this cancer is asymptomatic,tak dapat dikesan secara lahiriah. Lainla mcm kanser payudara,boleh dikesan dgn kehadiran benjolan.
3)                  Lagi satu kanser yang mengancam populasi dunia ialah kanser paru-paru. About 1 mill cases/year.80% lelaki dan 75% perempuan menghidapi kanser ini ,semua disebabkan MEROKOK.yes,lung cancer is related to cigarette consumption.kadang2 kita yang slalu terdedah dgn persekitaran asap rokok pun boleh terkena kanser ni tau.sbb bahan kimia dalam asap yang perokok lepaskan lebih bahaya daripada yang perokok sedut.sungguh tak aci!!!!nak mati cepat pun,sila jangan libatkan orang lain k ( sorry teremo suda).even pesakit dh jalani chemotherapy dan sbgnya,cancer tersebut boleh relapse balik,maksudnya sel2 kanser boleh jadi aktif semula.

Saya rasa setakat itu aje info yang boleh dikongsi bersama.kita yang muda pun boleh trkena kanser.skrg ni umur 20an dan 30an pun dah diagnose kanser payudara dan gynaecology.apa yang penting,jaga pemakanan.eat lots of fruits and vegetables esp yang ada warna2 tu like grapes,berrys,carrot sbb itu adalah antioxidant.from the studies,antioxidant can prevent cancer from spreading.bolehla mengawal sel kanser tersebut dari membiak.ini pesan untuk diri saya jugak sbb saya susah nk makan buah.only once a while..ngeehheee..till the….adios!!! Salam.

      sila ambil kisah tentang kempen ni.apa yang best dgn rokok tu?aiseh..bakar duit jek..baik bagi kat aku
           Breast Cancer Awareness Campaign.mari bersama2 kita belajar cmne nk buat self examination.

No comments: