cherish every moment we lived
be thankful of what we had and achieved

Monday, November 30, 2009

lagi sebulan...

lagi sebulan kita akan mengakhiri tahin 2009.....sungguh cepat masa berlalu..aduh..aku sendiri tidak menyedari...sungguh aku lalai dgn masa...Manfaatkan masa yang ada...masa itu emas.

setelah berminggu-minggu

assalamualaikum.hye there. Im back again.hehe.sorry lama tak update story.cam biskut plak.sekejap ada sekejap tiada.rasanya belum terlambat nak ucapkan SALAM AIDILADHA.sempat lagi ni kan.sebelum maghrib blh wish lagi.blh bertakbir bertahmid lagi.

kisah aku.agak bz kebelakangan ini.mggu lepas pada 23 dan 24 november, aku terbang ke Kota Kinabalu.ada seminar mikrograviti kali kedua di UMS.semua ini bukan kemahuanku.aku bidan terjun.sepatutnya prof aku yang presnt but then dia ke mekah menunaikan haji.nak tak nak akula yg kena present.so outcome?alhamdulillah.semua berjalan lancar walaupun presentation aku taklah sehebat mana.masih dapat control stage fright(betul ke eje nie).ni sume gara2 aktiviti presentation research progress yang diadakan di tempat aku blajar.dan tak lupa, pertolongan dari senior aku,kak hasmy.aku berbangga dgn diri aku.still proud of myself.tapi masih byk lagi ruang yg perlu diperbaiki lagi.

malamnya spt biasa ada dinner.persembahan mmg best.tarian yg sebelum ni aku tak penah tgk.tarian daling2.tarian nona manis...(sebenarnya nama nya pjg, tp besela tak ingat)..ada unsur2 integrasi tarian nona masin portugis dan sepanyol.ni sume ada kaitan dgn sejarah dahulu kala.tak perlu la aku nk cite sbb aku sndr pun tak igt.just dgr dari mulut org je.pastu msti ada tarian sumazau.adala jemput para audiens untuk menari bersama.nasib baik tak jemput aku.hehe.

aku di KK tak sempat berjalan.jadual padat.huhu.sedih.nak beli kuih cincin dan amplang pun tak sempat.nasib baik la ada org sudi nak post kan.thanx terrence.=).aku berjanji akan kembali ke sabah.amacam kakis?kita ke sabah ba tahun depan?

-tammat suda-
sorry guys.no picsla.teda kamera.haha

Saturday, November 14, 2009

aku..setelah dua minggu.....

salam.dah lama tak mengupdate blog.nak kata sibuk, takdela sibuk sgt, nak kata ketandusan idea, ada...tapi MALAS nak menaip dan tiada feel nak tulis(blh plak cmtu)..hahaha

apa ek nak tulis?hm,haa..satu kejadian tergempar telah berlaku di tpt kerja aku.memang tak penah terjadi selama aku berada di situ.big boss turun padang.masuk lab.amukan besar telah berlaku.huhu.scary babe.abis sume org terkena tempias amarah big boss.masing-masing kecut perut.pascasiswazah duduk senyap dalam makmal.buatla pape yang patut.bilik bioinfo lengang.suatu perkara yang tak pernah terjadi.kejadian amukan big boss ni membuatkan kiteorg lebih berhati-hati and try to behave ourselves.trying to be the person he want us to be.kejadian ini ada hikmahnya.membuatkan masing2 bersemangat nak abiskan study.chaiyok shiela!!!

perasaan?bercampur baur.macam rojak pasembor atau rojak buah(yummyy!!!).rasa depressed seketika dan down gile dengan projek MSc.tetiba rasa nak berehat jap.tak pun berenti trus.eh, ko gile ke shiela.ko dh byk terhutang dgn projek nie.hehe.rasa terkilan dengan seseorang.betul la kata pepatah Inggeris 'don't judge a book by its cover'.tak semestinya penampilan luaran tampak baik, hatinya akan baik juga.tak sangka plak boleh terjadi camni.memang terkilan dengan perlakuan si fulan.sememangnya aku seorang yang naif.mempercayai dasar fizikal sahaja.tak bagus macam tu.selepas apa yang terjadi,aku akan lebih berhati-hati.

nothing much happened..now concentrating on my study..huhu..byk gile nak study.tapi sempat plak menaip di blog.haha.next week ada seminar kat Kota Kinabalu.tapi of course la bukan aku yang kene present.seminar mikrograviti.nak update pasal result projek sains mikrograviti.kena make a story line from the result.hm, ni pun satu yang membuatkan kepala aku sentiasa berangin.semua asyik tanya, bile nak siap?bila boleh dapat result?lambatla.projek gagal la yang membuatkan aku nak naik angin je.guys, pls be in my shoes k.then u will know how hard to do the whole experiment.analysis dah la pelik.lain dari yang lain.jangan asyik nak kutuk je.nak result cepat.nak result cepat, blh je.amik raw data aku ni, then analyse sendiri.dan di saat itu, taulah korg cmne.haha.sorry teremo plak.memang dh takleh tahan dah ni.tak blah.orang kutuk mcm2.kata projek ni useless la.gagal la.ni lagi la aku naik bengang.kalau nak maju, kenala korbankan sesuatu.dari segi sains dan teknologi, malaysia jauh tertinggal ke belakang.s'pore lagi advance.even israel yang negara tak penah wujud tu pun lagi advanced dari kita.amacam, tercabar tak?so untuk sesuatu yang baik, tiada salahnya kita berkorban wang ringgit.jangan asyik kutuk je sedangkan outcome tidak kita nampak lagi.maybe outcome bukan untuk jangka masa pendek, tapi untuk jangka masa pjg.ni pikir membazirla, tak payahla.cuba think ahead k.fikirkan ini untuk ilmu pengetahuan.kita dapat banyak ilmu dari program ini.orang zaman dulu, pada zaman emas Tamadun Islam, zaman pertengahan kegemilangan Islam, sanggup belanja berpuluh ribu dirham semata2 untuk sehelai manuskrip.betapa berharganya ilmu pada zaman itu.skrg, peluang di depan mata.tak salah kita merebut peluang tersebut.marilah sama2 kita fikirkan....

lagi...selalu fikir aku the loneliness (haha..betul ke ejaan aku nie,cikgu BI, sila betulkan ek.) person on earth.tiada tempat mengadu.haha.sadis btul dengarnya.slalu la layan blues(gara2 tiada BF).haha.but nevermind.aku masih ada famili dan kawan2 yang masih mengambil berat tentang aku.thank u for always being with me.make me walk thru the rain...thru the hardship of life...

ok.tak nak berserabutkan dalam jirim kelabu dan putih aku dengan masalah.LIVE LIFE TO THE FULLEST.Enjoy every moment of your life,every second, every minute, every hour and every day....Syukuri rahmat dan nikmat yang ALLAH berikan kepada kita..rahmat dan nikmat yang tiada tolok bandingan..sebagai balasan, hendaklah kita menunaikan segala kewajipan yang diperintahkan ALLAH.

-tammat suda-

Saturday, October 31, 2009

Kisah-ku

Warkah oleh Bau

Takkan lagi aku menunggu
Kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
Puasku mengharapkan dirimu
Seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
Kau tempuhi penuh bahagia
Diriku mahu kau tahu
Pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
Seperti yang aku kenali dulu
Setiaku menantikan dirimu
Seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
Melangkah namun tak berdaya
Terusku terus menunggu
Cinta yang takkan pernah ada

-lagu ni ada kaitan sket2 dgn apa yg pernah berlaku dalam sejarah hidup aku..memang pedih nak menghadapi semua ini....aku telah berusaha sedaya upaya aku...namun usaha itu hanya sia-sia...hidup harus diteruskan..tidak perlu lagi untuk menunggu...
-tammat suda-

Wednesday, October 28, 2009

30 things to do before I hit 30....Part One

ok ema, this are my answers to your question. Gosh, its very hard to identify what are 30 things that I wanna do before 30...agaknya aku ni kurang imaginasi or impian...so aku wat part by part la ek..selebihnya aku bagi next time..hehe

1. Nak main ice-skating.sebelum anda terkena osteoporosis (sbb dlm iklan radio cakap wanita blh terkena osteoporosis apabila memasuki umur 30.huhu.dah lama mengidam nak main ice-skating ni, cuma geng takde nak diajak.so, amacam?ada bran tak nak main?hehe.

2. Disebabkan aku nie masih belajar, so aku teringin nak abis cepat2 study aku ni.doakan aku semoga tabah menghabiskan pengajian aku nie.

3. Nak cari kerja.tapi tak sure nak keje apa nie.huhu.still konpius.

4. Teringin nak jadi usahawan blog cam Yamie. Asik membeli dari blogshop orang je.hehe.I always dream to own a business.maybe nak jual muslimah clothes.hehe.

5. Lagi, saya teringin memandu dengan sangat laju di litar lumba, bukan di jalanan yek adik2.Saya dapat merasakan tekanan akan hilang jika dapat memandu dengan lajunya.kalo dapat bawak kete F1 lagi syok.memang teringin sangat.

6. Nak pi main semua permainan yang ada kat amusement@theme park.yela, takkanla umur 30 lebih, still nak main semua benda alah tu kan.so, before 30, msti nak main wat kali terakhir.so yamie, aku boleh teman ko naik roller coaster.hehe

7. Nak pi melancong selagi boleh.selagi ada duit.mak aku kata, pergila jenjalan sebelum terikat dengan komitmen.lagipun, duit boleh dicari.I like!!!

8. Nak pi umrah.

9. Nak beli rumah.sebagai aset.

10. Nak beli kereta idaman.setakat ni yang berkenan di mata ialah Latio Sport Nissan warna putih dan Honda City design baru.entah bile blh beli nie.huhu

11. Of coursela, nak kawen sebelum 30.tapi sebelum tu kena cari bakal suami la dulu.haha

12. Setelah kawen, mesti impikan cahaya mata. so before 30, aku nak sepasang anak.after 30 lain cite.hehe

13. Nak tgk match MU kat Old Trafford.saat2 yang kuidamkan selama ini.

14. Nak sambung belajar.jika diizinkan.

15. Nak main roller-blade.teringat zaman kanak2 dulu.hehe

-tammat suda-

Sunday, October 25, 2009

suatu hari....

suatu petang 24 oktober 2009, waktu kejadian antara 4-430 petang..ketika itu, aku sedang khusyuk menonton cite hindustan kat tv3...best wei cite die..cite psl along aka ceti di India..mmg lawak habis...mak aku sedang memperkatakan tentang keadaan rumah aku (kpd sesiapa yg pernah berziarah ke rumah aku, korg tau la cmne keadaannya, still under construction...yela, pekerjanya sorg je..aka MY FATHER...diala pekerja..diala mandur..hehe)...tetiba mak aku bersuara

Mak : Along kawenla cepat. Carila calon. Biar cepat sket abah siapkan rumah.(lebih kurang tambah camtula perbualan)

Aku : Dalam hati. Apakah?Kawen cepat?Cari calon.Oh no!!Bersuara.Hehe.Tergelak je.Calon takde lagi mak.

Abah : Entah maknye. Ingat nak cari bakal suami senang agaknya. even nak beli sawi kat pasar pun kena pilih btul.kene tengok fresh ke tak (lebih kurang tambah cmtula perbualan)

Aku : btul tu mak. LELAKI ZAMAN SEKARANG NI TAKLEH PERCAYA SGT.SUME CAM HAMPEH JE.biarla adik yang kawen dulu.


apa konklusi yang dapat anda simpulkan di atas?
a)mak yang tak sabar nak menerima menantu, menjadikan alasan nk rumah siap cepat untuk menerima menantu
b)abah yang tak bersedia untuk melepaskan anak dara kesayangan
c)tuan empunya badan yang seolah2 berputus asa untuk memulakan perhubungan semula

-tammat suda-

kini kembali!!!!

Assalamualaikum..apa khabar semua? diharapkan sihat sejahtera di samping insan yang tersayang..huish, sudah lama ku tak mengupdate blog ku..dh hampir 3 minggu lamanya...bukannya tiada isu yang ingin dinukilkan atau dibangkitkan..tapi tuan punya blog nie dihimpitkan dengan pelbagai tanggungjawab dan tugasan yang tiada akhirnya...huhu...aiseh..tambah2 plak dgn kerja part time yang aku ambil.lagila bertambah tak cukup masa nk update blog..bile balik rumah tu, just nak rehat sambil bermain FARMVILLE dalam FACEBOOK ( dah kene jangkitan virus FARMVILLE..aish..haha )..dlm entri kali ni, aku akan bebel serba sedikit kerja yang telah menyebabkan aku tiada masa nk update (haha.alasan semata2..pi shopping blh je..)

Kisah 1 : 29 september 2009

ada apa dengan tarikh nie? huh, mstila ada apa2..haha.okla, pd tarikh tersebut, adik aku berangkat ke Hiroshima, Japan untuk menyertai Program Pertukaran Pelajar antara UTM dgn Universiti Hiroshima dan akan berada di sana selama 5 bulan..lama tu...so lucky..saat2 yang ditunggu oleh adikku.yela, once in a blue moon..bukan senang nk dpt..yang paling aku kagum, dia pi sana sorg2..hebat tu..kalo aku, susah jugak nk survive sorg2 tanpa ditemani sesape..yela, first time kat negara org...salute la dgn die nie, dh survey awal2 dh dlm tenet ttg airport narita tu, kat mana nk amik luggage, kat mana room service, kat mana shower room dan mcm2 lg la...kalo aku, tak terpikir pun nak survey..hehe ( ok adik, jgn kembang semangkuk plak k )..parent pun risau jugak, sbb sorg2 kat sana...tp terbukti she can survive...skrg, dia pun telah slmt smpi di Hiroshima...sdg bersuka suki di sana...dh plan dh nk pi mana..arghh,TIDAAKK...nk ikut!!!!

Beliau berlatarbelakangkan saat2 Hiroshima digegarkan dgn bom atom ( bagus tul pi muzium.hehe )

Kisah 2 : 10 Oktober 2009

Ada apa dengan tarikh nie? Apa signifikan tarikh ini dengan sejarah Malaysia?Well, kalo korang masih ingat lagi, pada tarikh keramat inilah, seorang rakyat Malaysia telah selamat diterbangkan ke angkasa, tepat pada pukul 723 ptg waktu Baikonur, 3 hari sblm umat Islam di Malaysia menyabut Aidilfitri. Beliau yang saya maksudkan Dr Sheikh Muszaphar. Walaupun byk kontroversi yang melanda akibat projek mega yang satu nie, saya tetap berbangga dengan pencapaian kita. Sesuatu harus dikorbankan (fulusla apa lagi) untuk bergerak seiring dengan kemajuan sains dan teknologi negara2 maju. We are far away behind. Even Israel mengatasi kita (aik, ada ke negara Israel?)..ok Shiela, stop membebel.Now we back to business.Bersempena dengan ini, pihak MOSTI dan ANGKASA telah bersepakat untuk mengadakan sambutan ulangtahun program angkasawan yang kedua. Secara tidak langsung, aku pn terlibat. bukan aku sorg je, rakan2 yg lain yg terlibat dlm penyelidikan sains angkasa. aku telah ditugaskan untuk menyediakan poster berkaitan dengan research aku. hm, ni first time aku wat poster.baru aku tau betapa susahnay membuat poster ni.haha.owh, lupa, sambutan ini diadakan di Pusat Angkasa Negara, Sg Lang Tengah, Banting Selangor. Mak aii, jauh gila tempatnya.satu jam setengah baru smpi.huhu.spt biasala, nama pun sambutan, adala acara2 untuk menarik minat penduduk tempatan untuk datang beramai2 meriahkan majlis.antara yg best, hot air balloon..mmg aku tak lepaskan peluang naik hot air balloon ni.tapi bila aku naik, alih2 terasa cm pening.huhu.adakah itu tanda high-phobia?haha.pastu ada perlawanan futsal antara penduduk kampung dgn angkasawan.fuh, ni kalau aku join ni, best gile...hehe..nasib baik tak pandai main futsal.pastu ada wayang pacak, cite upin dan ipin, ada sesi pencerapan planet, tak ingt plak planet mana.pendek kata, acara yg disediakan mmg best.tapi ada satu part yang best..aku dapat berjumpa dgn BEKAS BAKAL KEKASIH aka MEJAR DR FAIZ (kiteorg ada skandal tau dulu..haha..perasan sendiri)...haha..mesti nak muntah korg dengar ni..just berborak2 dgn dia..even dia tak tau nama aku, tapi dia still ingat aku involve dgn this project..ngeh2....saat2 yang tak dpt kulupakan....



Me wit Mejar Dr Faiz (awat muka aku cmtu...isk2)

Kisah 3 : Tarikh kurang pasti..apa yg pasti dlm bulan 10

Dalam bulan nie jugak, aku dilanda emosi yang tak stabil...mcm2 hal yg berlaku..aku tak nak cakap byk2..yg lepas tu biarla lepas..aku malas nk amik port..lagi aku igt, lagi la tersangat sakit hati..luka berdarah kembali beb...apa2pun, skrg nie, just think ahead..jgn fikirkan ttg ms lampau..amik aura +ve...think positive!!!!

aku rs setakat tu je coretan...hm, sket je aktiviti aku rupanya..haha...sibuk tang mana pun aku tak tau....

-tammat suda-