cherish every moment we lived
be thankful of what we had and achieved

Sunday, September 19, 2010

RAYA wrap up!!!!

arini dah masuk 10 syawal dah.sekejap jek masa berlalu.rasa baru semalam melalui 1 syawal.ooo, sangat merindukan saat2 berkumpul bersama-sama saudara mara dan sahabat handai.bagi aku, raya kali ini sangat luar biasa.
1. pertamanya sebab aku masih dapat duit raya lagik.muahahaha.yela, secara logik memang aku layak lagi dapat duit raya sebab tak bekerja lagi.hehe

2. hampir semua pak cik dan mak cik berkumpul secara serentak di rumah mak cik aku kat Tok Sira.seingat aku, raya sebelum ni, tak penah la plak dtg secara serentak cmni.meriah weiii.sampai nk makan pun kene tggu turn.hehe...sejak kematian arwah Tok dan To'ki aku, kami semua secara wajib akan berkumpul di Tok Sira iaitu rumah Mak Anjang aku ni (gelaran diberi). hidangan wajib yang mesti ada Laksa Johor.memang tu yang kiterorg serbu.ooo, pada raya pertama, aku tak menang tangan kot.tolong Mak Anjang aku di dapur.amacam, boleh tercalon menantu pilihan tak aku ni?muahahaha.

3. untuk pertama kalinya, ada sesi fotografi keluarga.ada OP lagik tu.dont play play...tapi free jek.hahaha.sape lagi kalau bukan adik ku.

4. buat BBQ Edisi Khas Raya di TC.hehe.lain daripada yang lain.masing2 ada tugasan memasak.aku kena buat pemanis mulut, ema kena marinate ayam, aswa kene goreng makaroni, yamie kena ambil alih mak cik jual naget dan hot dog.hehe.ecah beli jajan.walaupun kehadiran hanya 5 orang tetapi meriah.len kali kita boleh  anjur edisi lebih besar lagik.boleh ajak orang lain.wink-wink.

5. raya ke 8, aku ikut mak aku pulang ke kampung iaitu di Bukit Pasir, Muar, Johor.tak penah aku tau mak aku ada kampung.tetiba declare ada kampung.isk-isk.pergi sana pun sbbb ada kenduri kawen sepupu mak aku.tak sangka aku ni berasal dari MUAR.tapi aku bukan orang JAWA, aku keturunan BUGIS tau.hahaha.(beria nk deny Im not JAWA..haha).hmm, setibanya di sana, terasa macam dalam program JEJAK KASIH plak.perjumpaan keluarga TOK JAIS.serius aku tak kenal sesape pun except mak aku, mak cik aku, dan adala bbrp org cousin mak aku yang pernah aku jumpa sebelum ni.dan jangan korang tak tau, buat pertama kalinya aku dapat berjumpa TO'KI SEDARA aku yang umurnya lebih muda dari mak aku.haha.tak pelik kan?dapat jugak jumpa TOK SEDARA aku yang bermastautin di Spore dan KL.first time kot aku jumpa.huhu.sabar jek la.aku rasa patutnya kena buat famili reunion.barula boleh kenal sedara mara dgn lebih dekat dan merapatkan silaturrahim.dan aku juga merasa sebak.alangkah bagusnya jika arwah To'Ki dan Tok aku masih ada lagi.oo, tetiba perasaan rindu melanda.  

aku rasa itu sajala kesimpulan yang dapat dinukilkan hasil pengembaraan raya aku kali ini.gambar???korang tengok jek la kat blog adik aku ini http://sha-suka-latte.blogspot.com/.ada banyakkkkkk gambar.chooww!!wassalam.

2 comments:

Unknown said...

huhu...entry raya tu...percaya x cakap aku....kadang2 sedara mara sendiri pun kita tak kenal sbb nyer generasi skrg xnak attend kenduri kendara..sok lusa nak kawin atau dah kawin, barulah sebuk tunjuk muka....btul x?

shiela-suka-suki said...

betul sgt la tu.aku setuju!!!