cherish every moment we lived
be thankful of what we had and achieved

Sunday, April 25, 2010

terjah!!!!

sambung balik.sesi khas ketika dalam kereta.menuju ke felda tersang.sesi wawancara terjah ni dilakukan oleh wartawan terjah kita tak lain tak bukan cik ema.masuk2 kete jek, aku dh kena tanya soalan.soalan apa itu,rahsia.kena diskusi secara tertutup.takleh terbuka.kerana melibatkan individu2 yang amat berbahaya.haha.ema,ko ni mmg seswai btul jadi wartawan hiburan.soklan direct je kan.abis sume rahsia aku masa lampau diketahui korang.aku ingat korang tau.haha.my dirty little secret.hehe.korang tak tanya jadi aku takde la nk cerita.itu style aku.so nak tau rahsia lagi,rajin2 la tanya, sebab aku takkan buka mulut kalau tiada yang bertanya melainkan aku sendiri secara sukarelawati ingin bercerita.ok guys....roger n out.

cerita pada minggu ini.

assalamualaikum.wah2,skrg rajin betul update blog.yela,seminggu sekali update.kira rajin la tu dari sebulan sekali.hehe.apa cerita ek?haaa, minggu ni merupakan minggu yang agak tertekan bagi aku.labwork buat tak jadi.aiseh.kena troubleshoot balik.bertambah banyak la keje aku yang sedia byk tu.byk pulak faktor yang kena troubleshoot.lagi memang bertambah tekanan aku.huhuhu.rasa cm jatuh dari langit ke bumi je perasaan ini.kenapa timbul perasaan ni?sebab aku bandingkan nasib aku dengan kawan2 lab yang lain.yang buat keje@protokol@method samam seperti aku.mmg mereka ada yang kena troubleshoot, tapi rasanya tak seteruk aku.ada buat untuk pertama kali terus jadi.kadang2 aku rasa cm loser pun ada.buat kerja tak jadi.huhu.ini yang membuat jiwa aku merana.aiseh.jalan yang harus aku lalui berliku, cm ular kena pukul.aku sangat down.menangis.ALLAH menduga aku lagi sekali lagi.menurut kajian Dr Fadzillah Kamsah, orang yang yang bulan April ni, bermotivasi tinggi,pandai bagi motivasi kat orang (haha..yeke.aku pun kurang pasti).mengambil sifat tersebut,aku menpsiko diri aku dengan cara tersendiri.huhu.ALLAH nak aku pandai troubleshoot experiment ini.sbb itu DIA uji aku.aku pun ada teringat ayat al-Quran, tak sure dari surah mana.yang bermaksud 'ALLAH takkan menguji umatnya dengan sesuatu yang tak tertanggung oleh umat-NYA'.maksudnya,ALLAH sekarang uji aku dengan sesuatu yang boleh aku hadapi.InsyaALLAH,dengan keizinan dari-NYA.sedari itu.motivasi diri sudah kembali walaupun bukan 100%.alhamdulillah.sedang mengumpul semangat untuk bangkit kembali.or kena cari semangat lain ni?haha.

ok.enough about work.kita cite pasal jalan2 cari makan pula.pada selasa lepas,untuk pertama kalinya aku makan di Victoria Station.itupun atas kesudian sepupuku belanja aku.satu perkara yang seronok, aku dapat berjumpa ayah saudara yang sudah lama tidak ketemu.hmm,wow,pertama kali aku tengok menu dia,mak datuk bapak la mahal.since cousin aku yang belanja.aku pun order yang mahal.haha,sungguh kejam ko shiela.ala,sekali sekala kan.victoria station ni faymes dengan beef steak.aku ni bukan penggemar daging sgt tapi order jela nak merasa kehebatan beef steak Victoria Station.aku order sizzling beef steak.hmm, now makan time.mmg berasap la kan.nama pun sizzling.apa rasa?tawar.haha.daging pun agak kering.maybe kuah dia tak berapa nk byk sgt kot.sbb tu kering.jenuh jugak la nk abiskan.orang dh belanja.kena la abiskan.hikhik.lain kali tak nk tempah dah beef steak.mmg bukan taste aku.huh,abis diet aku.selama ni mmg avoid atau kurangkan makan daging merah.tapi sekali sekala,apa salahnya kan.hehe.

next?ok.cite psl hal semlm.pegi wedding farid di felda tersang,raub.raub?haha.selama hayat aku, aku tak penah smpi raub.seingat aku, aku just pass thru raub sbb nk ke kl dr kelantan.itu sahaja.bentong pun sama jugak.bdr yg sgt asing bg aku.smpi ada org kata, aku ni orang pahang ke bukan?haha.sedih je dengar pernyataan tersebut.aku ke bentong dengan menaiki bas di pekeliling.dh tak tau sgt perjalanan ni,kena ramah mulut bertanya orang.nasib baik akak konduktor tiket bas tu baik.ramah.hmm,orang phg mmg ramah tamah orangnya.hehe.aku naik bas pkl 1130.dijangkas smpi pkl 1230.sempat tido seround dlm bus.ni mmg jadi tabiat aku.masuk bas tido.haha.adeyh, ko ni takleh jadi co pilot ni.smpi kt bentong 1240 cmtu.jumpa dgn yamie n ema.pastu kami trus ke felda tersang.perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam dr bentong ke felda tersang.mak aii,jauh gile.takpe.demi kawan yg lama tak jumpa.smpi rumah pengantin lebih kurg pkl 230.tgk2 cm lengang je.kalo kat kg,pkl 230 tu mmg takde sgt org.kalau kat bdr, time ni la peak hour.hehe.yang menariknya, siap ada band tu lagik.tapi band bawa lagu rock.aiseh, tak seswai dengan tema kita pada hari ni.tapi takpe,janji semua happy.

aku rasa setakat itu sahaja.tammat suda.

Sunday, April 18, 2010

kehilangan yang pertama

sudah 10 tahun lamanya,pada tarikh 17 april 2000, buat pertama kalinya aku merasai perasaan kehilangan seseorang yang kita sayang dan rapat.pada tarikh ini, kawan sepermainan, merangkap kawan karib dan juga jiran sebelah rumahku, telah kembali menemui Pencipta Yang Maha Esa.Pergi takkan kembali.Fathi Auni bt Mohd Kamal.

Pada awal pagi 17 April,masa itu aku, mak dan adik aku tidur di rumah nenek aku,menemani nenek aku.kerana sehari sebelumnya, datukku mengalami strok dan berada dalam keadaan koma di Hospital Pakar Kuantan.tetiba mak aku mendapat panggilan telefon dari ayah aku.mak aku kelihatan terkejut dan sedih.mak aku memberitahu aku dan adikku bahawa Fathi sudah tiada.Aku terpaku dan termangu.Menangis.Ya Allah,betul ke berita yang aku terima ini.Aku seakan2 tak dapat menerima kenyataan.Kami pun bergegas pulang ke rumah.sepanjang perjalanan,dalam hati menyatakan semua ini dusta.orang lain yang meninggal.cuba untuk menenangkan perasaan.menidakkan suatu kebenaran.sampai di rumah, kelihatan ramai orang di rumah Fathi.ternyata berita itu betul.semakin deras air mata jatuh.aku masuk ke rumahnya.terkujur tubuh arwah.duduk di sisi arwah.tapi tak dapat membaca Yaasin untuknya.red zone.kelihatan mama Fathi di sebelah.Along (abang arwah) di kaki arwah.memicit-micit kaki arwah.sayu perasaan ketika itu.aku rasa sungguh ralat dan terkilan.kerana seminggu tak berjumpa arwah.arwah sibuk dengan latihan hoki.aku sempat melambai tangan ketika arwah keluar bersama keluarganya.titik.tiada lagi perjumpaan selepas itu.
tiada kata2 terakhir.tiada apa yang dapat menghalang jika ajal sudah tiba.tiada amaran terakhir.
aku hanya mampu menyedekahkan al-Fatihah dan Yaasin buat sahabat karibku,Fathi Auni bt Mohamed Kamal.semoga rohnya berada di kalangan orang-orang yang beriman.truthly, we miss u.Al-Fatihah.

Saturday, April 10, 2010

Cinta Bella dan Edward

Ohhhooo..saya baru menonton filem ini. Housemate memasang cerita tersebut. Disebabkan terlalu bosan, tiada mood nk buat kerja dan wireless yang senget ni buat hal, maka saya pun tumpang sekaki. Ramai yang memperkatakan tentang kehebatan saga twilight ini. Saya tidak tahu apa-apa. Cuma yang saya tahu heronya iaitu Edward Cullen handsome orangnya. Itu bukan saya yang cakap. Orang lain yang cakap. Hehe…filem yang pertama berjudul Twilight saya tak pernah tonton pun. Mesti anda kata saya ketinggalan bas kan.hehe. ada masa saya akan tonton jugak. Nak tau jugak apa kehebatan filem tersebut sampai orang menonton 2 3 kali. Ohhhooo..saya bukan nak tulis pasal filem tersebut. Saya nak sentuh pasal cinta Bella Swan dan Edward Cullen. Saya tersentuh melihat tahap kedalaman cinta mereka. Tapi saya agak bengang jugak dengan Bella sebab buat sesuatu benda itu tanpa berfikir. Bertindak bodoh semata – mata ingin menarik perhatian Edward. Ya, bagi kaca mata saya bodohla…tapi bagi Bella tidak. Perbuatan bodoh itu la yang membolehkan Edward menjelma dan Bella dapat menemuinya walau seketika Cuma….ohhhoo..ada banyak lagi perkara yang Bella sanggup lakukan demi menemui cinta Edward….



Realiti dalam hidup kita?adakah sebegitu?pendapat anda?jawapan saya YAAA. Secara mantiknya .Kita sanggup melakukan apa saja demi orang yang tercinta.berkorban apa saja. Saya sudah melihat banyak contoh di sekitar saya termasuk pengalaman diri sendiri.haha.Tapi jangan salah anggap pula k. kena tau jugak bentuk pengorbanan itu. Jangan terkorban maruah sudahla. No No No. Yes, manusia boleh jadi buta kerana cinta. Seperti Bella yang sanggup menjadi vampire supaya dapat hidup bersama dengan Edward. Kalau kita di tempat Bella, adakah kita akan melakukan perkara yang sama?hehe..

p/s: Owhh..entri yang sangat entah apa2.

Monday, April 5, 2010

My Wishlist...

hehe.saje je poyo tulis post ni.walaupun secara realitinya tak tau bile blh dapat..huhu.
1) saya nk ada orang hantar bunga lily plus coklat (pastikan ditanggung halal k) ke lab saya di HUKM.huhu.best tu.

2) nk candle light dinner kat restoran berputar di menara KL malam esok.pastu nk ada org jemput saya dengan limo.

3) nk hand bag.yang jarang orang pakai.

4) saya nk kasut jugak. dh lama usha wedges.tapi takut nk pakai.hahah

5) saya nak...saya nak...saya nak...saya nk jumpa bakal BF saya.huhu.agak2 dapat ke tahun ni?hm,hanya ALLAh yang tahu.

Sunday, April 4, 2010

sepanjang 25 tahun ini....

assalamualaikum.tgk pada tajuk tu cm seryes je kan.hikhik.seperti yang semua sedia maklum,esok adalah genap 26 tahun saya dilahirkan ke dunia ini (yakni Hospital Besar Kuantan).kehkeh,cm semua org tau je sok ari jadi ko kan shiela.hehe.apa salahnya,sekali sekala perasan glamorous gitu.

sepanjang 25 tahun ini.....
syukur alhamdulillah ke hadrat-MU ya ALLAH..kerana umur masih dipanjangkan oleh Allah s.w.t. belum cukup rasanya bekalan amalan di dunia untuk aku bawa ke alam akhirat yang kekal abadi.terlalu sedikit.InsyaAllah,akan kutingkatkan usaha, mendekatkan diri pada-MU, ya Rabbi,pemilik seluruh alam.

sepanjang 25 tahun ini.....
banyak pengalaman..suka-duka..tangis tawa bergembira.baru kenal siapa kawan siapa lawan.siapa yang akan ada di sisi anda ketika anda susah dan gembira.pengalaman hidup banyak mengajar aku.mengajar aku erti tabah.sentiasa perlu kuat.u gotta be strong.only the strong can live.agi idup agi ngelaban.

sepanjang 25 tahun ini....
terima kasih tak terhingga kepada famili ku yang tercinta, mak, abah, dan adik tersayang sentiasa memberi sokongan dan dorongan atas apa yang saya lakukan.sentiasa bersama saya ketika susah dan senang.
terima kasih kepada kwn2 yang tercinta.1)KAKIs 2)F7 3)Housemate Kondo.
Saya tidak merasa kesunyian kerana saya ada KAMU.selalu mendengar masalah merepek saya,memberi nasihat kaunseling tak bertauliah (kdg2 berguna jugak,hehe)..dan banyak lagi.

sesungguhnya saya tidak dapat membalas segala jasa kalian.hanya ALLAh sajalah yang dapat membalas jasa anda semua.