Ohhhooo..saya baru menonton filem ini. Housemate memasang cerita tersebut. Disebabkan terlalu bosan, tiada mood nk buat kerja dan wireless yang senget ni buat hal, maka saya pun tumpang sekaki. Ramai yang memperkatakan tentang kehebatan saga twilight ini. Saya tidak tahu apa-apa. Cuma yang saya tahu heronya iaitu Edward Cullen handsome orangnya. Itu bukan saya yang cakap. Orang lain yang cakap. Hehe…filem yang pertama berjudul Twilight saya tak pernah tonton pun. Mesti anda kata saya ketinggalan bas kan.hehe. ada masa saya akan tonton jugak. Nak tau jugak apa kehebatan filem tersebut sampai orang menonton 2 3 kali. Ohhhooo..saya bukan nak tulis pasal filem tersebut. Saya nak sentuh pasal cinta Bella Swan dan Edward Cullen. Saya tersentuh melihat tahap kedalaman cinta mereka. Tapi saya agak bengang jugak dengan Bella sebab buat sesuatu benda itu tanpa berfikir. Bertindak bodoh semata – mata ingin menarik perhatian Edward. Ya, bagi kaca mata saya bodohla…tapi bagi Bella tidak. Perbuatan bodoh itu la yang membolehkan Edward menjelma dan Bella dapat menemuinya walau seketika Cuma….ohhhoo..ada banyak lagi perkara yang Bella sanggup lakukan demi menemui cinta Edward….
Realiti dalam hidup kita?adakah sebegitu?pendapat anda?jawapan saya YAAA. Secara mantiknya .Kita sanggup melakukan apa saja demi orang yang tercinta.berkorban apa saja. Saya sudah melihat banyak contoh di sekitar saya termasuk pengalaman diri sendiri.haha.Tapi jangan salah anggap pula k. kena tau jugak bentuk pengorbanan itu. Jangan terkorban maruah sudahla. No No No. Yes, manusia boleh jadi buta kerana cinta. Seperti Bella yang sanggup menjadi vampire supaya dapat hidup bersama dengan Edward. Kalau kita di tempat Bella, adakah kita akan melakukan perkara yang sama?hehe..
p/s: Owhh..entri yang sangat entah apa2.
No comments:
Post a Comment