sudah 10 tahun lamanya,pada tarikh 17 april 2000, buat pertama kalinya aku merasai perasaan kehilangan seseorang yang kita sayang dan rapat.pada tarikh ini, kawan sepermainan, merangkap kawan karib dan juga jiran sebelah rumahku, telah kembali menemui Pencipta Yang Maha Esa.Pergi takkan kembali.Fathi Auni bt Mohd Kamal.
Pada awal pagi 17 April,masa itu aku, mak dan adik aku tidur di rumah nenek aku,menemani nenek aku.kerana sehari sebelumnya, datukku mengalami strok dan berada dalam keadaan koma di Hospital Pakar Kuantan.tetiba mak aku mendapat panggilan telefon dari ayah aku.mak aku kelihatan terkejut dan sedih.mak aku memberitahu aku dan adikku bahawa Fathi sudah tiada.Aku terpaku dan termangu.Menangis.Ya Allah,betul ke berita yang aku terima ini.Aku seakan2 tak dapat menerima kenyataan.Kami pun bergegas pulang ke rumah.sepanjang perjalanan,dalam hati menyatakan semua ini dusta.orang lain yang meninggal.cuba untuk menenangkan perasaan.menidakkan suatu kebenaran.sampai di rumah, kelihatan ramai orang di rumah Fathi.ternyata berita itu betul.semakin deras air mata jatuh.aku masuk ke rumahnya.terkujur tubuh arwah.duduk di sisi arwah.tapi tak dapat membaca Yaasin untuknya.red zone.kelihatan mama Fathi di sebelah.Along (abang arwah) di kaki arwah.memicit-micit kaki arwah.sayu perasaan ketika itu.aku rasa sungguh ralat dan terkilan.kerana seminggu tak berjumpa arwah.arwah sibuk dengan latihan hoki.aku sempat melambai tangan ketika arwah keluar bersama keluarganya.titik.tiada lagi perjumpaan selepas itu.
tiada kata2 terakhir.tiada apa yang dapat menghalang jika ajal sudah tiba.tiada amaran terakhir.
aku hanya mampu menyedekahkan al-Fatihah dan Yaasin buat sahabat karibku,Fathi Auni bt Mohamed Kamal.semoga rohnya berada di kalangan orang-orang yang beriman.truthly, we miss u.Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment