assalamualaikum.tgk pada tajuk tu cm seryes je kan.hikhik.seperti yang semua sedia maklum,esok adalah genap 26 tahun saya dilahirkan ke dunia ini (yakni Hospital Besar Kuantan).kehkeh,cm semua org tau je sok ari jadi ko kan shiela.hehe.apa salahnya,sekali sekala perasan glamorous gitu.
sepanjang 25 tahun ini.....
syukur alhamdulillah ke hadrat-MU ya ALLAH..kerana umur masih dipanjangkan oleh Allah s.w.t. belum cukup rasanya bekalan amalan di dunia untuk aku bawa ke alam akhirat yang kekal abadi.terlalu sedikit.InsyaAllah,akan kutingkatkan usaha, mendekatkan diri pada-MU, ya Rabbi,pemilik seluruh alam.
sepanjang 25 tahun ini.....
banyak pengalaman..suka-duka..tangis tawa bergembira.baru kenal siapa kawan siapa lawan.siapa yang akan ada di sisi anda ketika anda susah dan gembira.pengalaman hidup banyak mengajar aku.mengajar aku erti tabah.sentiasa perlu kuat.u gotta be strong.only the strong can live.agi idup agi ngelaban.
sepanjang 25 tahun ini....
terima kasih tak terhingga kepada famili ku yang tercinta, mak, abah, dan adik tersayang sentiasa memberi sokongan dan dorongan atas apa yang saya lakukan.sentiasa bersama saya ketika susah dan senang.
terima kasih kepada kwn2 yang tercinta.1)KAKIs 2)F7 3)Housemate Kondo.
Saya tidak merasa kesunyian kerana saya ada KAMU.selalu mendengar masalah merepek saya,memberi nasihat kaunseling tak bertauliah (kdg2 berguna jugak,hehe)..dan banyak lagi.
sesungguhnya saya tidak dapat membalas segala jasa kalian.hanya ALLAh sajalah yang dapat membalas jasa anda semua.
No comments:
Post a Comment