cherish every moment we lived
be thankful of what we had and achieved

Sunday, December 19, 2010

insecure

salam.kala ini hormon keyakinan rendah.pasal pe?ni semua sbb job hunt.baca kriteria2 yang mereka inginkan.buatkan aku terkelu seketika.nak apply, tapi pikir, aku ni memenuhi kriteria yang diinginkan ke?pangg..sudah wujud perasaan tak yakin dgn diri sendiri.huhuhu..sedih2...keje dalam bidang sains ni bukannye byk sgt.kalau adapun keje kena buat sales.ooohh, itu bukan sesuatu yang aku suka.cmne ni?huaaaaa..susahnya la nk cari keje yg kita minat nih.ke nk keje dalam bidang tak brp nk ngam, then dgn harapan minat akan muncul tak lama kemudian.

di kala ini juga, tgh struggle siapkan tesis dan manuskrip.tesis bab keputusan dan perbincangan yang tak siap lagi.adoilaaa...pening sei nk buat perbincangan...nk pikir sebab musabab kenapa terjadi, kenapa tak jadi, kenapa jadi cm tu, apa justifikasi kamu..kenapa awak tak jatuh cinta dgn saya..ehh salah topik plaks..ahakss....huhuhu..kena byk kan lagi membaca...chaiyyyoookk Shiela!!!!

ptg td, pergi kenduri kawen rakan biotek um, yati kat dewan sejarah kat depan IJN.jumpa la kwn2 lama biotek.kalau jumpa ni, tak sah kalau tak update cite.kesimpulan yang dapat disimpulkan hasil perjumpaan ptg tadi:  hidup ini memang tak lari dari masalah. walaupun kita tgk org tu ceria dan happy sentiasa, tapi sebenarnya org tu ada masalah.cuma tak tunjuk jek.orang yg keje pun ada masalah.kena tingkat kan prestasi, kalau tak bos kata u r fired (tp org keje best ada duit tika ujung bulan compare dgn student..huhu)..so live life to the fullest..bahagiakan diri anda walaupun ada mslh yang berat...yezzaa...till then salam...

Wednesday, December 15, 2010

update cepat

apa yang berlaku dalam hidup saya?
1.  nothing much.sekarang hidup saya hanya berkisar tentang tesis.tidur dan bangun hanya untuk tesis.makan tesis, minum tessi hidup tesis.sampai satu tahap, nk muntah tgk tesis yang agak lambat progressnya.maish tersangkut bahagian keputusan dan perbincangan.pening gue mikirin apa yang nak dibincangkan..aiseh..memerah jisim kelabu dan putih otak..mmg menggunakan sepenuh otak ni.bukan 1% seperti yang kita semua sedia maklum.huhu.harap saya dapat bertahan dan terus bertahan seperti tertegaknya Gunung Tahan..hehe

2.  saya rasa seronok baru2 ini.sebab ada sorg hamba ALLAH bertanya kabar ttg kita, ingin mengetahui perkembangan cerita dan hidup kita.lalu memberi kata2 semangat dan nasihat kepada kita.agar jangan berputus asa.mula2 mmg pahit lama2 akan manis jua.ini kata2 daripada dia.but he's already taken.

3.  tadi marathon wayang dgn partner in crime.rakan lab.cerita narnia.wah, Edmund makin handsome.I like!!!!hehe.Lucy pula sudah membesar.sudah tidak comel spt dulu tapi semakin cantik.pantas sungguh masa berlalu.sorang lagi hero, Caspian,memang tak dinafikan kacak.I like!!! cerita kedua, hantu kak limah balik rumah.uish, tak tau nk cakap pe.memang gelak sampai tahap mengalir air mata.huhu..sape yang tengok, maka tahulah apa maknanya.

oklah.itu aje kot.saya rasa hidup saya sangat bosan skrg.tiada apa2 yang menarik.

Saturday, November 20, 2010

new old story

cerita saya.....
minggu lepas, 13 November 2010, aku gagahkan diri dan kaki melangkah ke KLCC.watpe?haa, ada BIOCAREER FAIR la beb.pergi menjenguk peluang pekerjaan yang ada walaupun hati kecil saya berkata 'Boleh ke percaya career fair camni?Ntah2 tak panggil pun interview.'maka hati  besar saya berkata 'Pergila, tidak rugi pun pergi.at least ko dh berusaha.yang lain terserah kepada ALLAH.banyakkan berdoa dan tawakkal'.hasilnya, adala beberapa keping resume telah aku bagi kepada pihak yang berkenaan.so, tunggu aje la panggilan temuduga.harap rezeki saya ada di situ.aminnn...

minggu lepas juga, 14 november 2010, aku menjejakkan kaki di tanah Kuantan.haha.awal betul  balik raya.atas arahan ibunda yang menyuruh aku mengemas rumah disebabkan kesibukan adik aku bekerja siang dan malam mencari rezeki..hehehe..

minggu ini, 17 november 2010 hari lahir ayah aku yang ke 54.selamat hari lahir, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.hadiah??/haha..anakmu ini tiada fulus untuk menghulur hadiah.maybe next year..insyaALLAH.=))

minggu ini juga, baru aku sedar..ada tesis yang perlu aku siapkan..UWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!
GANBATTE SHIELA-SAN!!!!

Thursday, November 11, 2010

ting-tong-ting

sudikah anda menyempurnakan hidup saya?

when u tell me that you love me

you are the only exception



loneliness is killing me now....
saya sunyi di KL
saya tidak ramai kawan di sini
ada tapi masing-masing sibuk
ada famili,ada hati orang lain yang perlu dijaga
famili pun jauh

perasaan sunyi datang sekali sekala
di kala saya melihat orang lain dengan pasangan masing-masing
di kala itu saya sedih
oh mengapa saya tidak bertemu lagi
acap kali bertemu dengan orang yang salah
saya tidak larat untuk membedah hati dan membetulkan balik seperti sedia kala
tapi tidak mengapa
ALLAH ada rancangan yang paling baik untuk saya
Saya redha dan pada masa yang sama perlu berusaha
Semoga ketemu apa yang saya perlukan

p/s: terima kasih pada Amnina kerana sudi memenuhi hujung minggu saya.Thanks dear.=))


Monday, November 8, 2010

Fakta yang kita tak tahu

Salam!!!!baru2 ini saya ada mengikuti forum kanser yang dianjurkan oleh UKM molecular medicine biology institute atau lebih dikenali sbg UMBI. Kalau korg nak tau,UMBI ni la tempat jatuh bangun saya,tempat saya buat labwork,tempat saya belajar, dari zero about molecular biology sehinggalah tahu serba sedikit mengenainya.saya masih budak baru belajar.dunia kanser dan molecular biology sememangnya begitu asing dgn diri saya.masa belajar dulu, saya sangat tidak suka subjek yang berkaitan dengan molecular biology.itulah, orang kata, kalau tak suka tu biarlah bersederhana..tgkla apa dh jadi dgn saya…kena buat benda yang saya menyampah..hahaha…tak kenal maka tak cinta..semakin hari semakin aku berminat dgn molecular biology ini..
Ok berhenti bercakap psl molecular biology.saya nk berkongsi dengan anda semua serba sedikit info berkenaan kanser yang saya perolehi semasa forum tersebut. Ada macam2 jenis kanser, payu dara, paru-paru,colon, endometrium,ovary dan bermacam2 lagi sebenarnya.  Tahukah anda….
1)                   1.38 juta kes baru kanser payudara setiap tahun di seluruh dunia.  Risk factor atau orang yang berisiko mendapat kanser payudara ini ialah dietary spt alcohol consumption, keturunan atau hereditary pun boleh menjadi salah satu faktor.misalannya, mak atau mak cik kita pernah disahkan kanser payudara, the chances to get breast cancer are significant. Lagi satu risk faktor ialah lifestyle eg breastfeeding dan brp kali kita melahirkan anak.  Bagi penduduk di Timur, majoriti pesakit kanser payudara ialah dalam lingkungan 48 tahun di mana pada masa ini wanita mengalami pra menapaus.  Manakala di Barat pula, majority penghidap kanser payudara ialah dalam lingkungan 64 – 65 tahun (post menopausal).oh ye..jangan igt lelaki boleh terlepas.lelaki pun boleh menghidapi breast cancer tau!!!!
2)                  Gynaecological cancers spt ovary dan endometrium (dinding rahim) cancer.  Di Malaysia, kaum Cina mendahului diikuti kaum India dan Melayu.Risk factor – nullparity (orang yang tak pernah mengandung) berisiko tinggi menghidap kanser ini.aku rasa sebab overproduction of estrogen nih.lagi satu risk factor late menopaus.so mana yang rasa mak dia dh patut menopaus tapi tak menopaus lagi,better check cause this cancer is asymptomatic,tak dapat dikesan secara lahiriah. Lainla mcm kanser payudara,boleh dikesan dgn kehadiran benjolan.
3)                  Lagi satu kanser yang mengancam populasi dunia ialah kanser paru-paru. About 1 mill cases/year.80% lelaki dan 75% perempuan menghidapi kanser ini ,semua disebabkan MEROKOK.yes,lung cancer is related to cigarette consumption.kadang2 kita yang slalu terdedah dgn persekitaran asap rokok pun boleh terkena kanser ni tau.sbb bahan kimia dalam asap yang perokok lepaskan lebih bahaya daripada yang perokok sedut.sungguh tak aci!!!!nak mati cepat pun,sila jangan libatkan orang lain k ( sorry teremo suda).even pesakit dh jalani chemotherapy dan sbgnya,cancer tersebut boleh relapse balik,maksudnya sel2 kanser boleh jadi aktif semula.

Saya rasa setakat itu aje info yang boleh dikongsi bersama.kita yang muda pun boleh trkena kanser.skrg ni umur 20an dan 30an pun dah diagnose kanser payudara dan gynaecology.apa yang penting,jaga pemakanan.eat lots of fruits and vegetables esp yang ada warna2 tu like grapes,berrys,carrot sbb itu adalah antioxidant.from the studies,antioxidant can prevent cancer from spreading.bolehla mengawal sel kanser tersebut dari membiak.ini pesan untuk diri saya jugak sbb saya susah nk makan buah.only once a while..ngeehheee..till the….adios!!! Salam.

      sila ambil kisah tentang kempen ni.apa yang best dgn rokok tu?aiseh..bakar duit jek..baik bagi kat aku
           Breast Cancer Awareness Campaign.mari bersama2 kita belajar cmne nk buat self examination.

Friday, October 29, 2010

suatu persinggahan

dunia fana
hanya persinggahan semata-mata
singgahsana untuk memungut harta yang tidak ternilai
sebagai  bekalan di Akhirat yang kekal abadi
selagi kita bernafas
kita sering singgah dan menyinggah dalam kehidupan manusia lain
jadi terpulanglah kepada kita
hendak menjadikan setiap persinggahan itu bermakna atau sebaliknya
sama ada meninggalkan kesan baik atau sebaliknya
terima kasih diucapkan kerana hadir dalam hidup saya
kerana andalah hidup saya berwarna-warni
kerana andalah hati saya berbunga-bunga
kerana anda jugalah hati saya hancur remuk redam
apa yang berlaku, jadikan iktibar, jadikan pengalaman
segala apa yang berlaku
pasti ada hikmah di sebaliknya



Tuesday, October 26, 2010

be grateful

Nukilan ini khas untuk diriku,
seringkali aku mengharapkan lebih daripada apa yang aku ada
jelas sekali aku tidak bersyukur dengan nikmatNYA
seringkali aku lupa akan kasih sayang orang di sekeliling aku
kenapa harus ditagih kasih dari orang yang tak sudi mencurah kasih
jelas sekali aku tidak bersyukur dengan kasih sayang dan rahmatNYA
Hargailah apa yang ada di depan mata kita sebelum ia menghilang.
Seringkali lupa menghargai orang dan harta di sekeliling kita
Seringkali mengharapkan lebih, tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada
Ucaplah Alhamdulillah
Kerana sesungguhnya ALLAH amat menyukai hambaNYA yang tahu erti bersyukur