cherish every moment we lived
be thankful of what we had and achieved

Sunday, December 19, 2010

insecure

salam.kala ini hormon keyakinan rendah.pasal pe?ni semua sbb job hunt.baca kriteria2 yang mereka inginkan.buatkan aku terkelu seketika.nak apply, tapi pikir, aku ni memenuhi kriteria yang diinginkan ke?pangg..sudah wujud perasaan tak yakin dgn diri sendiri.huhuhu..sedih2...keje dalam bidang sains ni bukannye byk sgt.kalau adapun keje kena buat sales.ooohh, itu bukan sesuatu yang aku suka.cmne ni?huaaaaa..susahnya la nk cari keje yg kita minat nih.ke nk keje dalam bidang tak brp nk ngam, then dgn harapan minat akan muncul tak lama kemudian.

di kala ini juga, tgh struggle siapkan tesis dan manuskrip.tesis bab keputusan dan perbincangan yang tak siap lagi.adoilaaa...pening sei nk buat perbincangan...nk pikir sebab musabab kenapa terjadi, kenapa tak jadi, kenapa jadi cm tu, apa justifikasi kamu..kenapa awak tak jatuh cinta dgn saya..ehh salah topik plaks..ahakss....huhuhu..kena byk kan lagi membaca...chaiyyyoookk Shiela!!!!

ptg td, pergi kenduri kawen rakan biotek um, yati kat dewan sejarah kat depan IJN.jumpa la kwn2 lama biotek.kalau jumpa ni, tak sah kalau tak update cite.kesimpulan yang dapat disimpulkan hasil perjumpaan ptg tadi:  hidup ini memang tak lari dari masalah. walaupun kita tgk org tu ceria dan happy sentiasa, tapi sebenarnya org tu ada masalah.cuma tak tunjuk jek.orang yg keje pun ada masalah.kena tingkat kan prestasi, kalau tak bos kata u r fired (tp org keje best ada duit tika ujung bulan compare dgn student..huhu)..so live life to the fullest..bahagiakan diri anda walaupun ada mslh yang berat...yezzaa...till then salam...

Wednesday, December 15, 2010

update cepat

apa yang berlaku dalam hidup saya?
1.  nothing much.sekarang hidup saya hanya berkisar tentang tesis.tidur dan bangun hanya untuk tesis.makan tesis, minum tessi hidup tesis.sampai satu tahap, nk muntah tgk tesis yang agak lambat progressnya.maish tersangkut bahagian keputusan dan perbincangan.pening gue mikirin apa yang nak dibincangkan..aiseh..memerah jisim kelabu dan putih otak..mmg menggunakan sepenuh otak ni.bukan 1% seperti yang kita semua sedia maklum.huhu.harap saya dapat bertahan dan terus bertahan seperti tertegaknya Gunung Tahan..hehe

2.  saya rasa seronok baru2 ini.sebab ada sorg hamba ALLAH bertanya kabar ttg kita, ingin mengetahui perkembangan cerita dan hidup kita.lalu memberi kata2 semangat dan nasihat kepada kita.agar jangan berputus asa.mula2 mmg pahit lama2 akan manis jua.ini kata2 daripada dia.but he's already taken.

3.  tadi marathon wayang dgn partner in crime.rakan lab.cerita narnia.wah, Edmund makin handsome.I like!!!!hehe.Lucy pula sudah membesar.sudah tidak comel spt dulu tapi semakin cantik.pantas sungguh masa berlalu.sorang lagi hero, Caspian,memang tak dinafikan kacak.I like!!! cerita kedua, hantu kak limah balik rumah.uish, tak tau nk cakap pe.memang gelak sampai tahap mengalir air mata.huhu..sape yang tengok, maka tahulah apa maknanya.

oklah.itu aje kot.saya rasa hidup saya sangat bosan skrg.tiada apa2 yang menarik.

Saturday, November 20, 2010

new old story

cerita saya.....
minggu lepas, 13 November 2010, aku gagahkan diri dan kaki melangkah ke KLCC.watpe?haa, ada BIOCAREER FAIR la beb.pergi menjenguk peluang pekerjaan yang ada walaupun hati kecil saya berkata 'Boleh ke percaya career fair camni?Ntah2 tak panggil pun interview.'maka hati  besar saya berkata 'Pergila, tidak rugi pun pergi.at least ko dh berusaha.yang lain terserah kepada ALLAH.banyakkan berdoa dan tawakkal'.hasilnya, adala beberapa keping resume telah aku bagi kepada pihak yang berkenaan.so, tunggu aje la panggilan temuduga.harap rezeki saya ada di situ.aminnn...

minggu lepas juga, 14 november 2010, aku menjejakkan kaki di tanah Kuantan.haha.awal betul  balik raya.atas arahan ibunda yang menyuruh aku mengemas rumah disebabkan kesibukan adik aku bekerja siang dan malam mencari rezeki..hehehe..

minggu ini, 17 november 2010 hari lahir ayah aku yang ke 54.selamat hari lahir, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.hadiah??/haha..anakmu ini tiada fulus untuk menghulur hadiah.maybe next year..insyaALLAH.=))

minggu ini juga, baru aku sedar..ada tesis yang perlu aku siapkan..UWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!
GANBATTE SHIELA-SAN!!!!

Thursday, November 11, 2010

ting-tong-ting

sudikah anda menyempurnakan hidup saya?

when u tell me that you love me

you are the only exception



loneliness is killing me now....
saya sunyi di KL
saya tidak ramai kawan di sini
ada tapi masing-masing sibuk
ada famili,ada hati orang lain yang perlu dijaga
famili pun jauh

perasaan sunyi datang sekali sekala
di kala saya melihat orang lain dengan pasangan masing-masing
di kala itu saya sedih
oh mengapa saya tidak bertemu lagi
acap kali bertemu dengan orang yang salah
saya tidak larat untuk membedah hati dan membetulkan balik seperti sedia kala
tapi tidak mengapa
ALLAH ada rancangan yang paling baik untuk saya
Saya redha dan pada masa yang sama perlu berusaha
Semoga ketemu apa yang saya perlukan

p/s: terima kasih pada Amnina kerana sudi memenuhi hujung minggu saya.Thanks dear.=))


Monday, November 8, 2010

Fakta yang kita tak tahu

Salam!!!!baru2 ini saya ada mengikuti forum kanser yang dianjurkan oleh UKM molecular medicine biology institute atau lebih dikenali sbg UMBI. Kalau korg nak tau,UMBI ni la tempat jatuh bangun saya,tempat saya buat labwork,tempat saya belajar, dari zero about molecular biology sehinggalah tahu serba sedikit mengenainya.saya masih budak baru belajar.dunia kanser dan molecular biology sememangnya begitu asing dgn diri saya.masa belajar dulu, saya sangat tidak suka subjek yang berkaitan dengan molecular biology.itulah, orang kata, kalau tak suka tu biarlah bersederhana..tgkla apa dh jadi dgn saya…kena buat benda yang saya menyampah..hahaha…tak kenal maka tak cinta..semakin hari semakin aku berminat dgn molecular biology ini..
Ok berhenti bercakap psl molecular biology.saya nk berkongsi dengan anda semua serba sedikit info berkenaan kanser yang saya perolehi semasa forum tersebut. Ada macam2 jenis kanser, payu dara, paru-paru,colon, endometrium,ovary dan bermacam2 lagi sebenarnya.  Tahukah anda….
1)                   1.38 juta kes baru kanser payudara setiap tahun di seluruh dunia.  Risk factor atau orang yang berisiko mendapat kanser payudara ini ialah dietary spt alcohol consumption, keturunan atau hereditary pun boleh menjadi salah satu faktor.misalannya, mak atau mak cik kita pernah disahkan kanser payudara, the chances to get breast cancer are significant. Lagi satu risk faktor ialah lifestyle eg breastfeeding dan brp kali kita melahirkan anak.  Bagi penduduk di Timur, majoriti pesakit kanser payudara ialah dalam lingkungan 48 tahun di mana pada masa ini wanita mengalami pra menapaus.  Manakala di Barat pula, majority penghidap kanser payudara ialah dalam lingkungan 64 – 65 tahun (post menopausal).oh ye..jangan igt lelaki boleh terlepas.lelaki pun boleh menghidapi breast cancer tau!!!!
2)                  Gynaecological cancers spt ovary dan endometrium (dinding rahim) cancer.  Di Malaysia, kaum Cina mendahului diikuti kaum India dan Melayu.Risk factor – nullparity (orang yang tak pernah mengandung) berisiko tinggi menghidap kanser ini.aku rasa sebab overproduction of estrogen nih.lagi satu risk factor late menopaus.so mana yang rasa mak dia dh patut menopaus tapi tak menopaus lagi,better check cause this cancer is asymptomatic,tak dapat dikesan secara lahiriah. Lainla mcm kanser payudara,boleh dikesan dgn kehadiran benjolan.
3)                  Lagi satu kanser yang mengancam populasi dunia ialah kanser paru-paru. About 1 mill cases/year.80% lelaki dan 75% perempuan menghidapi kanser ini ,semua disebabkan MEROKOK.yes,lung cancer is related to cigarette consumption.kadang2 kita yang slalu terdedah dgn persekitaran asap rokok pun boleh terkena kanser ni tau.sbb bahan kimia dalam asap yang perokok lepaskan lebih bahaya daripada yang perokok sedut.sungguh tak aci!!!!nak mati cepat pun,sila jangan libatkan orang lain k ( sorry teremo suda).even pesakit dh jalani chemotherapy dan sbgnya,cancer tersebut boleh relapse balik,maksudnya sel2 kanser boleh jadi aktif semula.

Saya rasa setakat itu aje info yang boleh dikongsi bersama.kita yang muda pun boleh trkena kanser.skrg ni umur 20an dan 30an pun dah diagnose kanser payudara dan gynaecology.apa yang penting,jaga pemakanan.eat lots of fruits and vegetables esp yang ada warna2 tu like grapes,berrys,carrot sbb itu adalah antioxidant.from the studies,antioxidant can prevent cancer from spreading.bolehla mengawal sel kanser tersebut dari membiak.ini pesan untuk diri saya jugak sbb saya susah nk makan buah.only once a while..ngeehheee..till the….adios!!! Salam.

      sila ambil kisah tentang kempen ni.apa yang best dgn rokok tu?aiseh..bakar duit jek..baik bagi kat aku
           Breast Cancer Awareness Campaign.mari bersama2 kita belajar cmne nk buat self examination.

Friday, October 29, 2010

suatu persinggahan

dunia fana
hanya persinggahan semata-mata
singgahsana untuk memungut harta yang tidak ternilai
sebagai  bekalan di Akhirat yang kekal abadi
selagi kita bernafas
kita sering singgah dan menyinggah dalam kehidupan manusia lain
jadi terpulanglah kepada kita
hendak menjadikan setiap persinggahan itu bermakna atau sebaliknya
sama ada meninggalkan kesan baik atau sebaliknya
terima kasih diucapkan kerana hadir dalam hidup saya
kerana andalah hidup saya berwarna-warni
kerana andalah hati saya berbunga-bunga
kerana anda jugalah hati saya hancur remuk redam
apa yang berlaku, jadikan iktibar, jadikan pengalaman
segala apa yang berlaku
pasti ada hikmah di sebaliknya



Tuesday, October 26, 2010

be grateful

Nukilan ini khas untuk diriku,
seringkali aku mengharapkan lebih daripada apa yang aku ada
jelas sekali aku tidak bersyukur dengan nikmatNYA
seringkali aku lupa akan kasih sayang orang di sekeliling aku
kenapa harus ditagih kasih dari orang yang tak sudi mencurah kasih
jelas sekali aku tidak bersyukur dengan kasih sayang dan rahmatNYA
Hargailah apa yang ada di depan mata kita sebelum ia menghilang.
Seringkali lupa menghargai orang dan harta di sekeliling kita
Seringkali mengharapkan lebih, tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada
Ucaplah Alhamdulillah
Kerana sesungguhnya ALLAH amat menyukai hambaNYA yang tahu erti bersyukur

yang patut-patut

Pernah dengar rancangan yang bernama I’m Old Enough, sebuah rancangan terbitan Jepun yang disiarkan di Tv3 pada setiap hari Ahad tepat jam 6 petang.Aku cadang korang kena tengok walaupun sekali dalam seumur hidup.aku pun mula2 tak amik port sangat pasal siaran ni.last week, dah takde benda sgt nak buat, sambil wat keje download cite mentalist, aku bukak tv, tup2 kuar rancangan ni.senang jek konsep program ini.seorang ibu atau bapa akan meminta anak2 mereka yang kecil untuk membeli barang atau mendapatkan barang atau menghantar barang seorang diri.all by themselves.bayangkan kanak2 yang berusia 4 tahun kena buat semua itu seorang diri.naik bas dan mrt pun seorang diri tanpa ditemani orang dewasa.ada yang menangis bila dapat tahu kena pergi seorang diri.memang kelakar la tgk diorang menangis. Tapi aku kagum dgn diorang ni.dalam nangis2 pun depa buat jugak task yang diberi.dalam episode last week, dua beradik ni,aku igt lagi nama depa, Marin dan Yutta, kena pi beli ikan dan disket utk mak mereka kat supermarket.depa kena berjalan kaki.dari gelagat mereka, aku nampak Marin ni seorang kakak yang bertanggungjawab dan tahu la apa yang kena beli manakala Yutta byk main, adik la katakan.Marin tahu memilih ikan yang diingini, pilih yang ada diskaun plak tu, dasat2.Disket pun Marin pilih ikut spesikasi yang telah diberi oleh mak dia.Dia hanya membeli apa yang disuruh oleh ibunya sahaja.kalau aku, abis dah merembat choc, jajan dan sebagainya.hehe.Di kala adiknya Yutta keletihan sebab berjalan jauh, Marin sanggup menggendong adiknya.baik tak baik Marin ni.Marin jugak merajuk dengan adik die sbb Yutta ini degil, tak mau dengar cakap.tengok gelagat diorang ni memang kelakar.tapi apa yang aku nk utarakan di sini, sikap bertanggungjawab yang ada pada kanak-kanak Jepun.memang tabik spring la kat diorang ni.dan satu lagi, sikap kesopanan yang ada pada mereka.memang ucapan arigato gozaimasu tu tak lekang dari mulut depa.menghormati orang tua pulak tu.aku rasa aku tak macam tu dulu.huhu…
Camne orang Jepun didik anak mereka jadi camtu?ini yang kita kena belajar.pada zaman sekarang ni, bukan mudah nak didik anak dengan segala cabaran yang wujud pada alaf 21 ni.kalau kamu semua ada masa, sila tengok rancangan nie k.tak rugi.n u will see why.=)).
p/s: kat Malaysia budak2 takleh jalan keseorangan.nnti kene culik.

Wednesday, September 29, 2010

Pendiam itu sifatku

Bagi sesiapa yang baru bertemu saya buat pertama kali, memang mereka akan cop saya sebagai pendiam yang amat. Bagi mereka yang  dah jemu bertemu dengan saya, mereka akan berkata ‘ Ko pendiam?’ dan akan disusuli dengan gelak tawa sinis.hehe.
Kalau anda berjumpa saya dengan adik saya, we are like 2 different species.adik saya suka bercakap.saya pula sebaliknya.
Saya masih ingat lagi, masa darjah dua, bersekolah di Assunta, cikgu pernah bagi anugerah budak yang pendiam pada saya.maksudnya saya budak baik la tu.haha.perasan btul.masuk bakul angkat sendiri.masa darjah enam plak, rakan sekelas pernah cakap kat saya ‘dalam mulut saya ada emas’ sebab jarang bercakap.
Kalau saya berjumpa dengan orang yang saya kurang rapat atau pertama kali berjumpa, saya lebih suka mendengar dari bercakap.bercakap pun bila perlu bagi pandangan sahaja.
Saya jadi nervous, jantung berdegup laju bila jumpa orang baru sebab perlu fikir nak cakap topic pe.tak keruan saya.hehe.(macam la byk kawan baru ko jumpa.haha).sebabnya saya ni pendiam orangnya bila dengan orang yang kurang dikenali.
Even dengan cousins dan pak cik, mak cik pun saya kurang bercakap.kronik betul penyakit saya nie.bagus ke tak pendiam ni?bagaimana harus diubah sifat ini?could anyone please help me?
kalau diam camni blh jadik gile aku.hahahah

Angan-angan dalam mencari pasangan

Bagi sesiapa yang lahir tahun 80an dan suka sangat tengok tv dan berangan mcm saya, anda pasti penah dengar  tajuk lagu di atas.lagu nyanyian Raja Ema di kala waktu kegemilangan beliau pada kahir 80an.kalau dengar lirik tersebut, tentulah disebut ciri2 yang perlu ada pada pasangan pilihan.ok, apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam pasangan hidup saya?ecehh.macam buat iklan plak kan.hehe.sekadar berkongsi pendapat dan hasil pembacaan dan pemerhatian saya.kat tv pun ada banyak membincangkan pasal hal ini.bagi saya, proses pemilihan bakal pasangan hidup adalah penting bagi perempuan.PERLU MEMILIH .memilih yang terbaik untuk diri kita.oleh itu, sila buang tanggapan perempuan itu memilih k.antara ciri2 yang perlu ada :
1)      
  1.     Pegangan agama.yang ini memang amat penting.Dalam Islam, pegangan agama adalah amat penting dalam memilih pasangan sehidup semati.apabila calon kita ada pegangan yang kukuh dalam agama, insyaALLAH bahtera perkahwinan yang dibina akan bahagia.saya tidaklah bermaksud seseorang lelaki tersebut kena menjadi ustaz baru boleh kahwin, cukupla tahu apa yang halal dan haram dan menjalankan segala perintah-NYA.agama ini kita boleh belajar dan boleh tambah ilmu sedikit demi sedikit tapi kena berguru la.guru pun kena pilih yang betul , mengajar ilmu menepati syariat, jangan pi ikut Rasul Melayu pulak, memang sesat sepanjang jalan.jangan pula hanya belajar melalui buku sebabnya ada guru lain yang mengajar iaitu syaitan.
  2.       Bertanggungjawab.sifat ini mesti dan perlu ada.boleh tengok hubungan bakal suami dengan family.kalau hubungan dengan family ok dan mantap, insyaALLAH teruna idaman boleh menjadi peneraju rumah tangga yang baik.
  3.     .      Baik akhlak.penting ini.panas baran dan suka naik tangan harus dielakkan.
  4.          Terima kamu seadanya.he love u for who u r.
  5.      .Komunikasi yang berkesan.penting ini.kebanyakan kes penceraian skrg berlaku sebab kurang berkomunikasi.cari yang boleh ngam dgn korang.you can talk almost about everything to him.and of course, kena juga cari pendengar yang setia dan sedia member feedback yang bagus dan bernas.
  6.      Dan sifat2 lain yang dirasakan perlu.lain orang lain kriteria yang dicari.hehe
apcerewet tak wishlist sifat2 bakal suami saya?haha.mak saya pernah berkata 'kalau jumpa yang menepati satu atau dua ciri tu, dah cukup.tak perlu nk cari yang perfecto'.-wink-wink-

Sunday, September 19, 2010

RAYA wrap up!!!!

arini dah masuk 10 syawal dah.sekejap jek masa berlalu.rasa baru semalam melalui 1 syawal.ooo, sangat merindukan saat2 berkumpul bersama-sama saudara mara dan sahabat handai.bagi aku, raya kali ini sangat luar biasa.
1. pertamanya sebab aku masih dapat duit raya lagik.muahahaha.yela, secara logik memang aku layak lagi dapat duit raya sebab tak bekerja lagi.hehe

2. hampir semua pak cik dan mak cik berkumpul secara serentak di rumah mak cik aku kat Tok Sira.seingat aku, raya sebelum ni, tak penah la plak dtg secara serentak cmni.meriah weiii.sampai nk makan pun kene tggu turn.hehe...sejak kematian arwah Tok dan To'ki aku, kami semua secara wajib akan berkumpul di Tok Sira iaitu rumah Mak Anjang aku ni (gelaran diberi). hidangan wajib yang mesti ada Laksa Johor.memang tu yang kiterorg serbu.ooo, pada raya pertama, aku tak menang tangan kot.tolong Mak Anjang aku di dapur.amacam, boleh tercalon menantu pilihan tak aku ni?muahahaha.

3. untuk pertama kalinya, ada sesi fotografi keluarga.ada OP lagik tu.dont play play...tapi free jek.hahaha.sape lagi kalau bukan adik ku.

4. buat BBQ Edisi Khas Raya di TC.hehe.lain daripada yang lain.masing2 ada tugasan memasak.aku kena buat pemanis mulut, ema kena marinate ayam, aswa kene goreng makaroni, yamie kena ambil alih mak cik jual naget dan hot dog.hehe.ecah beli jajan.walaupun kehadiran hanya 5 orang tetapi meriah.len kali kita boleh  anjur edisi lebih besar lagik.boleh ajak orang lain.wink-wink.

5. raya ke 8, aku ikut mak aku pulang ke kampung iaitu di Bukit Pasir, Muar, Johor.tak penah aku tau mak aku ada kampung.tetiba declare ada kampung.isk-isk.pergi sana pun sbbb ada kenduri kawen sepupu mak aku.tak sangka aku ni berasal dari MUAR.tapi aku bukan orang JAWA, aku keturunan BUGIS tau.hahaha.(beria nk deny Im not JAWA..haha).hmm, setibanya di sana, terasa macam dalam program JEJAK KASIH plak.perjumpaan keluarga TOK JAIS.serius aku tak kenal sesape pun except mak aku, mak cik aku, dan adala bbrp org cousin mak aku yang pernah aku jumpa sebelum ni.dan jangan korang tak tau, buat pertama kalinya aku dapat berjumpa TO'KI SEDARA aku yang umurnya lebih muda dari mak aku.haha.tak pelik kan?dapat jugak jumpa TOK SEDARA aku yang bermastautin di Spore dan KL.first time kot aku jumpa.huhu.sabar jek la.aku rasa patutnya kena buat famili reunion.barula boleh kenal sedara mara dgn lebih dekat dan merapatkan silaturrahim.dan aku juga merasa sebak.alangkah bagusnya jika arwah To'Ki dan Tok aku masih ada lagi.oo, tetiba perasaan rindu melanda.  

aku rasa itu sajala kesimpulan yang dapat dinukilkan hasil pengembaraan raya aku kali ini.gambar???korang tengok jek la kat blog adik aku ini http://sha-suka-latte.blogspot.com/.ada banyakkkkkk gambar.chooww!!wassalam.

Sunday, September 12, 2010

dari jauh kupohon kemaafan

mesti kamu semua pernah mendengar tajuk lagu di atas kan?hehe.aku pernah menangis sambil menyanyi lagu ini.punyala sengal.ingatkan nyanyi nak hiburkan hati yang sedang berduka lara berpuasa dan beraya di tempat orang.sedar2 jek air panas mengalir keluar dari mata.haa, sah la tu aku nangis.aku pun silap, pi pilih lagu sedih, mestilah sedih.cuba nyanyi lagu Jalil Hamid, sure happy go lucky jek.haha.
kejadian ini berlaku 3 tahun lepas.sewaktu di Moscow.sedihla kena beraya di tempat orang, tempat yang asing.tapi semua itu aku anggap dugaan dan pengalaman.yela, bila lagi nak merasa berpuasa dan beraya di tempat orang.kami di Moscow beraya sehari lebih awal dari Malaysia.hehe.best2.aku dari awal lagi dah tau kene beraya kat sana, awal2 dah angkut 2 pasang baju raya..(ooppss, baju konvo tak jadi sebenarnya) ke sana.penting tu nak amik mood raya kt sana.hmm, awal pagi raya, kami menuju ke Kedutaan Besar Russia utk solat hari raya aidilfitri.ramai sungguh student malaysia kat Moscow ni.so takdela terasa berada di tempat asing sgt.tiba part yang paling syahdu, apabila takbir raya bergema, automatik air mata bergenang.terkenang kat mak ayah adik di tanah air.felo aku pun sama jugak menangis, ingat kat husband dia.tiba part yang paling best iaitu MAKAN!!!! mestilah best wei, duk kt perantauan, mana nk jumpa sgt nasik, daging ayam dan sebagainya.asyik makan ikan jek.tapi ALHAMDULILLAH.at least tak lapar kebuluran.hehe.masa kat sana, ada macam2 hidangan, sama seperti di Malaysia.at least terubat sket kerinduan kt makanan tanah air.kat sini la jugak first time aku makan kambing golek.soodaaappp!!!tak pening kepala pun makan.hahaha.
hari raya kedua kami menyerang kedutaan lagik.makan lagik.hmm, seswai la dgn musim yang menjelma, nk masuk winter.kena makan byk2.hehe.aku kt sana tak lama.raya ke 3 dah berangkat pulang ke tanah air.tiba pada hari berikutnya.famili menyambut ketibaan aku di kuantan.sampai di rumah, soto sedia terhidang.yummy!!terima kasih mak dan adik!!!

                                   

minal aidil wal faizin




Salam Lebaran.

Ampun dan maaf dipinta jika ada terkasar bahasa dan perlakuan.Harap dimaafkan.
Semoga Aidilfitri kali ini membawa pengertian yang bermakna kepada kita semua.

Saturday, July 31, 2010

kejadian minggu terakhir Julai

Salam semua.Hmm, apa aktiviti saya sepanjang minggu terakhir Julai?hehe.tiada apa2 yang menarik sebenarnya.saje jek nk buat gempak.sepanjang minggu ini, saya tidak menjengah ke lab.bertapa di rumah.bertungkus lumus menyiapkan bab 2 tesis master saya iaitu kajian perpustakaan atau lebih dikenali sbg literature review.pheww...penat sebenarnya sebab saya kena translate to BM.Allah je yang tahu perasaan saya menterjemah ayat2 tersebut ke BM.mencari bahasa atau perkataan yang seswai.menyambung ayat,menyesuaikan ayat.adoiiiiii......kadang2 sejam ngadap perenggan yang sama.tak gerak2.saya ni yang byk berangan atau saya agak lambat membuat keje atau saya byk berfikir semasa menaip?saya pun tak pasti.kawan saya kata saya ni banyak berfikir benda lain.sbb tu lambat sket.hehe.tapi alhamdulillah.sekarang bab 2 80% dah siap.nk kena touch up sket2 sebelum bg kat supervisor untuk disemak.pastu kita beralih ke bab pengenalan dan menulis artikel jurnal.huuuu..banyak lagik ni perjalanan saya...berusaha SHIELA!!!!!

Oh ye, hari Khamis lepas.berlaku gangguan teknikal PUTRA LRT.adeyh, ni kali ke berapa dah ni rosak.tensen gua.dahla rosak time peak hour.orang baru balik keje.ramai la orang.huhu.dahla pose kan.berkurang agaknya pahala pose sebab sumpah seranah.marah dekat RapidKL sbb tak efisyen menghadapi situasi.buat pengumuman tu biar terang sket.setiap orang lain intrepretasi.haisshhh.nasib baik ada akak sorang ni, bagitau apa yang patut kiteorg buat.aku pun follow dia jek la.lagik satu aku marah btul kalau ada org potong line.ingat dia sorg je ke nk cepat.tak nampak ke orang lain tgh beratur.ko tak blh sabar ke hah????dahla potong depan aku.mmg tak beradap btul.no manners!!!!!sedap sungguh nampaknya.aku sound secara perlahan jek.tak reti nk beratur ke kak.mmg mencabar tahap kesabaran aku ni.ni keje orang asing.iskkk..aku sempat memberi jelingan maut kat dia.sepatutnya aku sound kuat kat dia.tp aku ni bukan berani sgt pun.marah dalam hati jek.isk..kurang pahala pose.huhu.

ok.semalam.jumaat.aku pergi ke umbi.rindu plak tetiba.hahaha.plan nk cabut awal sbb takde keje nk buat.so aku balik masa org solat Jumaat.sesampai aku kat stesen komuter, ternampak beberapa orang lelaki yang pada telahan aku ialah orang melayu Islam, berada di stesen komuter Bandar Tasik Selatan.jam aku menghampiri pukul 2.huhu.depa ni tak pi solat jumaat ke?aku sanggggattttt benci pada golongan lelaki yang tak pergi solat jumaat.ke diorang ni uzur syariee????adoiii.abis tu cmne.lelaki cmni ke yang perempuan nk jadikan calon suami?tak berupaya nk menunaikan perintah Islam.kalau ini pun tak mampu, apatah lagi membimbing keluarga kelak.aku rasa kekurangan pendidikan agama menjadi salah satu faktor penceraian semakin meningkat.nakhoda tanpa ilmu yang cukup maka kapal yang dibawa akan terpesong entah ke mana.aku bukanlah inginkan seseorang yang perlu serba-serbi tahu hal agama from A to Z.aku tidak meminta yang sempurna.tidak.cukuplah sekadar mengetahui apa yang halal dan haram.serta ,mengikut ajaran dan perintah YANG MAHA ESA.aku pun seorg insan biasa, yang punya kekurangan ilmu agama jugak.ada buat salah jugak.aku mengaku aku pun jahil.kita saling melengkapi.ilmu itu kita blh cari.berguru dengan orang yang betul ajarannya berlandaskan AL-Quran dan Hadith.itu sajalah peninggalan Rasullullah SAW kepada umatnya.setiap pengakhiran doa, aku selalu berdoa, semoga aku dipertemukan dengan seseorang yang mampu membimbing aku ke jalan yang diredhai oleh-NYA.semoga dimakbulkan.amin.
dalam hadis ada menyebut, jika kita memilih seseorang itu disebabkan agama yang dimiliki, insyaALLAH, kita akan terselamat.=)

berjimba-jimba di Bukit Cerakah

Salam semua.Apakah maksud berjimba-jimba ni sebenarnya?Saya pun kurang pasti apakah maksud tersebut.huhu.Pakat tiru orang jek.Nampaknya bermaksud berseronok-seronok.hehe.Last week, saya dan housemate saya, Neny berjimba-jimba di Bukit Cerakah bersama2 dengan Na iaitu bekas housemate kami serta kawan se'arkitek'( maksudnya satu kursus masa zaman belajar dolu2 ) Neny dan Na iaitu Mar. Camne blh timbul idea nak ke Bukit Cerakah?Semuanya idea Neny. Saya hanya menurut perintah.Memandangkan saya tidak pernah lagi sampai ke situ maka saya bersetuju dengan cadangan Neny.Kami sungguh bersemangat ingin meneroka Bukit Cerakah.Maka pada hari kejadian iaitu bersamaan 25 Julai 2010, selepas Subuh, kami bertungkus lumus menyiapkan bekalan makanan untuk dibawa ke Bukit Cerakah.Neny menyediakan Makaroni Goreng manakala saya pula menyiapkan Roti Bersalut Telur dengan Kacang Panggang dengan Sos Tomato.Tepat pada pukul 930 pagi, kami menaiki kereta Myvi Mar berwarna kelabu, terus menuju ke Shah Alam dan mengambil Na di Seksyen 7.Malang tidak berbau bagi kami tersesat hampir sejam walaupun mengikut peta yang telah di'google' dari Google Map.Berpandukan kepada 'back up map', alhamdulillah, akhirnya kami sampai juga di Bukit Cerakah Shah Alam. Kami sangat teruja. Tidak sabar rasanya ingin menikmati keindahan alam panorama yang sungguh mendamaikan hati. Bayaran masuk ke taman rekreasi ini ialah RM3. Perkhidmatan basikal juga disediakan.Sewa amat berpatutan, bagi basikal lama RM3/jam dan basikal baru RM5/jam dan RM1 akan dicaj untuk pertambahan satu jam yang berikutnya.Kami tidak ketinggalan menyewa basikal. Rasa seperti kembali ke zaman kanak-kanak.Seronok tidak terkata.Di bawah ini saya lampirkan gambar-gambar yang sempat kami ambil.Biarkan gambar-gambar ini berkata-kata.
p/s: entri yang mengikut bahasa melayu betul.akibat mengadap tesis.ahhahahaa

Sawah padi pun ada.Malangnya belum menguning.


Di dalam Rumah 4 Musim. Sekarang musim panas.



Kami dengan basikal yang disewa 



Semasa menunggu ketibaan bas yang disediakan oleh pihak pengurusan

Bergambar di Rumah Perlis

tasik yang mendamaikan






Thursday, July 22, 2010

P.L.E.A.S.E

Dear determination, motivation, spirit and soul,

Please bear and stay put with me for the next 5 months.Sebab saya amat memerlukan sokongan dan semangat daripada anda semua untuk menjayakan tesis saya.saya mudah fragile sekarang.mudah lemah.nampak luaran macam kental, tapi sebenarnya tidak.Ya ALLAH, kuatkan semangatku untuk mengharungi hari2 yang mendatang.Tabahkan hatiku mengharungi segala ujian yang KAU berikan.

Jangan berhenti berharap.Setiap sesuatu yang berlaku, ada hikmahnya.ALLAH know what is the best for you.DIA Maha Mengetahui.Bergantung haraplah kepada-NYA, dengan banyakkan berdoa.

Wayang Hari Rabu



semalam hari rabu.hari ini hari khamis.lusa hari jumaat.tulat hari sabtu.yahooo!!!weekend menjelma.hahaha.apa aku melalut ni.ok, apa istimewa hari rabu ni?ohhoo, bagi kaki wayang ( untuk wayang berjenama Golden Screen Cinema sahaja.harap  maklum ), hari rabu sangat istimewa kerana harga tiket wayang yang ditawarkan sangatlah berpatutan bagi orang yang tiada pendapatan tetap macam aku.hehe.murah.tengok weekend mau RM12 tu.kerja lab belum start lagik.malas nk ke lab.ada urusan yang perlu disetelkan di midvalley.so apa lagi.wayang seround.kali ni menonton wayang tidak keseorangan kerana ditemani rakan serumah.ohhh, apa cerita yang mau ditonton?dari awal lagi aku dah target nak tengok INCEPTION, lakonan Abg Leo.aku bukanlah peminat setia beliau.serius.memandangkan beliau pernah tersenarai dalam pelakon lelaki terbaik dalam Oscar, so teringin nk tengok lakonan beliau.best ke tak best ke suam2 kuku.selama 2 jam setengah menonton dalam bilik gelap yang sejuk beku dingin tu,apa yang dapat aku katakan filem ini memang SUPERB BEB.gua cakap sama lu.hehe.Lakonan Abg Leo dan yang lain memang hebat.mula2 dah memeningkan kepala otak aku.sape masuk mimpi sape ni?macam2 soalan bermain dlm fikiran.mcm kene guna formula 1H4W jek.haha.memang lain daripada yang lain.membawa kita ke suatu dimensi yang berbeza.malas nk komen banyak2.sila tonton.fully recommended.moral of the film, tak salah nak bermimpi, menikmati alam mimpi, asalkan kita tau yang mana realiti dan fantasi.(haha.takde modal nk tulis pe).

p/s:saya suka eames.boleh menyamar watak orang lain.super duper cool.=))

Saturday, June 26, 2010

ngomelan!!!!

Hari ini saya menaiki komuter ke KL Sentral setelah selesai menguruskan perkara di UKM Bangi.Ingin pulang ke rumah.Berehat.Hampir 15 minit menunggu di zon merah jambu, komuter sampai.Nasib baik tak ramai orang.Nak menyatakan ketidakpuasan hati kepada golongan yang bergelar LELAKI.nak kata tak tau baca ABC,rasanya cm tak.nak kata kat board tu ada tulisan bahasa ITALY, tak jugak.tulisan BM, BI.harap2 faham la apa yang tertulis.rupa2nya tak.adeyh.DAH TAU KOC ITU HANYA UNTUK PEREMPUAN SAHAJA, KENAPA KORANG MASUK JUGAKKKK.KENAPA SUSAH SANGAT NAK PAHAM NI.SENANG JEK ARAHAN DIA.JANGAN MASUK DALAM KOC PEREMPUAN.ITU KHAS UNTUK PEREMPUAN.CAMNE LA NAK BUAT NI.RULES ARE MEANT TO BE BROKEN KOT AGAKNYA PRINSIP MEREKA.KE NAK KENA MAIN REVERSE PSIKOLOGI.KENA CADANGKAN KAT PIHAK KTM,TULIS 'KALAU ANDA RASAKAN ANDA SEORANG WANITA, SILA MASUK'.BENGANG BETUL.

waka-waka eh eh...

salam piala dunia semua.yeah, piala dunia kembali lagi.kejohanan 4 tahun sekali.amat dinanti2kan oleh semua peminat bola sepak di serata dunia.kali ini, afrika selatan menjadi tuan rumah.edisi ke berapa saya pun tak tahu.hehe.soalan, kamu semua layan tak piala dunia ni @ bola sepak?saya?mestila layan.tapi setakat update team mana kalah dan menang je la.then buat perhitungan siapa yg bakal mara ke pusingan yg seterusnya.then discuss dengan kwn2 lelaki.bagi komen.kutuk team diorg(hehe..ini yang paling best skali).menonton siaran langsung itu bergantung kepada team apa yg lawan.kenapa saya ambil pusing pasal bola ni?padahal saya seorang perempuan.rata-rata kwn2 saya tidak berapa suka atau tidak suka langsung bola ni.ntahla ek.saya start involve dengan dunia bola pada tahun 1998.masa tu memang saya taula siapa pemain yang famous untuk setiap pasukan.giler ahh.saya memang suka bola sepak walaupun tak berapa faham sangat rules and regulation.hehe.pastu marah player bila tak jaringkan gol even peluang betul2 depan mata.hehe.tak sepatutnya cmtukan.at least player dh cuba sedaya upaya yang mungkin.bagi saya yg tak tau langsung bermain bola ni, baik tutup mulut dan tengok sahaja.

team favourite saya?kalau dulu, saya merupakan peminat setia brazil.tapi sekarang beralih arah ke portugal.kenapa pilih portugal?terus terang saya cakap sebab Cristiano Ronaldo.he is my favorite player.sebabnya dia tinggi dan gagah perkasa.haha.adeyh.rosak2.boleh plak cmtu.perempuan.bukan tengok sangat cara team main.lebih kepada player hensem atau tidak.hehe.hey, tapi at least kiteorg hayati jugak game walaupun semata2 nak tgk jejaka idaman kalbu k.

                             Gambar 1: CR sedang warm up menjelang match dengan Brazil.

okla, kepada sesiapa yg tidak minat bola, boleh pupuk dr sekarang.tak susah pun nk paham.bila bola masuk jaring, jerit je golllllllllllllllllllll!!!!!hahahah.

P/S: saya suka tengok iklan piala dunia.menarik!!!

Sunday, June 13, 2010

weekenders

salam sume..just quick review about my weekend.
1) owhh..sekarang tgh layan baca novel 'Where rainbow end' karya Cecilia Ahern. junior di lab yang perkenalkan.sesiapa yang mengenali saya, umum mengetahui saya bukanlah hantu novel BI.sebab baca sket jek dh boring.huhu.tapi bila saya baca buku ini, wow!!! lain daripada yang lain.memang best.cara dia bercerita memang superb.memang tak boring le wa cakap sama lu.hihi.recommended book k.carila kat mph.ada satu lagi tajuk lain tapi cerita sama ( saya rasala ), Love, Rosie.
                                                  inila bukunya..grab it fast while stock last.haha

2) semalam merajinkan diri ke lab.buat gel agarose electrophoresis.hasilnya, hmm, tersalah estimate gel daaa.abis jatuh longkang product.kene buat lagik senin ni.chaiyok!!!

3)semalam, utk pertama kalinya, naik komuter koc pink.wow..selamat rasanya dari gangguan pandangan mata liar.huhu.siap ada guard lagik.bagus2.ini yang wanita mahukan.keselamatan.tapi yang tak bestnya, ada jugak orang yang tak tau  nak baca signboard kat koc.dh terang2 tulis untuk wanita selamanya, lagi mau masuk.apadaaa..bikin gua panas je kan.ada guard yang akan menghalau kaum adam jika mereka masuk.masukla kalau taktau malu...bertindak mengikut arahan.

4)semalam jugak, keboringan yang melampau.rasa kosong dan sunyi.so after pulun di lab, merayau jap kat MidValley.jalan tak tentu hala.huhu.masuk mph jap.tgk2 buku.baca2 buku.then adala terbaca buku ni.lupa plak tajuknya.sempat menilik tajuk2 yang ada.pastu terbaca 10 perkara yang menunjukkan seseorang itu wajib berkahwin.salah satunya merasa kesunyian yang amat sangat walaupun dikelilingi ramai orang.apakah???saya termasuk ke?hehe.gatal.

5)rasanya jgn berjalan di shopping mall ketika anda sedang keboringan dan kesedihan.kerana akhirnya anda akan grab sesuatu yang tidak dirancang.aisehman...hehe

6)owh tak sabarnye harini.bakal berjumpa dengan Mr B.cant hardly wait though.=))).

Sunday, June 6, 2010

killing me softly.....

sape penah dengar lagu di atas???sila angkat kening anda!!!ala2 ziana zain gitu..haha.yang aku nk bebel kat sini bukan la pasal lagu tersebut tapi tajuk lagu tersebut ada kena mengena dengan aku skrg ni..huhu...these particular question has killing me softly deep down in my soul..chewwahhh..for example:

" Kawan-kawan awak semua dah kawen, along bila lagi?"
"Carila seorang boyfriend.takkan takde doktor yang tersangkut kot?"
"Betul ke takde bf?memilih sangat kot kamu ni?"
adeyh.soalan2 cmnila malas nak jawab.bikin hati gua panas jek kan kadang2.bagi aku senang jek.Jodoh tak sampai lagi.ALLAH ada plan yang terbaik untuk aku.sebab tu tak sampai seru lagi.
think POSITIVE.be POSITIVE.
 
 

pencapaian terbaru!!!!

yes!!!akhirnya saya berjaya keluar dari 'kotak' yang saya bina selama ini.akhirnya, saya berjaya minum susu putih@fresh milk.hehe, berjaya minum susu putih pun dikira hebat ke?umumnya saya bukanlah seorang peminat minum susu putih.amat benci susu putih.terasa nak muntah je kan minum susu putih tu.saya hanya akan minum susu yang ada perasa and choc milk is my favourite since i were a little girl.saya pun tak tau sejak bile saya alergik dengan susu putih.sedangkan dulu masa kecil around 4 years old, minum susu nespray.saya anak nespray k.bukan dumex.hahaha.haa, mesti nak tau kan susu pe saya minum.tak nak tau saya nk bagitau jugak.saya tak ingatla nama penuh susu tersebut, tapi apa yg saya tahu, it's from marigold, low lactosa.kandungan 'low lactosa' ini la yang menyebabkan susu itu tak seperti susu sangat.rasa tak seperti susu biasa yg ada di pasaran,adeyh.apa saya explain ni.sesuai untuk orang yang alergik bau susu cam saya ni.hehe.so bila saya minum susu ni, tak terasa nk muntah pun.rasa cm ada campuran coklat plak.hmm,mainan perasaan saya agaknya.mana mungkin putih bertukar menjadi cokelat.haha.rasa susu ni sgt best.saya pilih jenama ni pun sbb kawan saya yg suggest.so saya beli...thennn..=)))...saya tergerak hati nak minum susu ni pun pasal duk tengok iklan anlene, pasal osteoporosis, reput tulang.ambil langkah berjaga2.hehe.dari situ, saya amik inisiatif minum susu putih walaupun kdg2 saya minum juga susu cokelat.well, prevention is better than cure.


ok..inila dia kotak susu.kandungan laktosa rendah.

Friday, May 21, 2010

akhirnya!!!!

yezza..akhirnya aku berjaya membaiki segala kesilapan yang aku buat.hehe.mcm buat experiment pula rasanya.
alamak...time passed by so fast..even without we realized it.its already 3rd week of may.Ya ALLAH, cepatnya masa berlalu.terasa baru semalam menyambut hari pekerja.hikhik.mcm la aku ni pekerja kan.ok, berbalik pada cerita asal.semalam sesi muhasabah diri.apa yang aku buat sepanjang 3 minggu yang berlalu.terasa aku banyak membuang masa.sedih.sedih dengan diri sendiri.sesungguhnya hari ini lebih teruk dari semalam.depressed mode.dengan experiment yang tak menjadi.tesis still tergendala.begitu juga dengan manuskrip.made my day even worst.hmmm....
kadang-kadang aku terasa iri hati dengan sahabat2 yang ada peluang untuk menikmati hidup mereka.hujung minggu terisi dengan menonton wayang gambar, berlibur bersama-sama teman.aku?kalau keluar teringat dengan sisa kerja yang bertimbun.tambah pula kesuntukan kewangan.perlu untuk tidak susahkan kedua ibu bapa aku.tapi aku bersyukur dengan apa yang aku ada.Alhamdulillah.sekurangnya aku lebih bernasib baik daripada mereka yang tidak punya apa-apa.cuba untuk tidak merungut.live life to the fullest!!!!

niat di hati

aiseh..niat di hati nak cantikkan blog..tapi apa sudah jadik ni..aiseh..nk paste gambo takleh ni...aiseh...suka benor bereksperimen...huhu..apa dah jadi ni?kembalikan blog aku..walaupun aku jarang berblogging..tapi kembalikan semula blog aku...esp nk post gambar.aiseh..kalau tukar template, ada efek ke pada kebolehan blog nk post gambar.buntu mode rite now.

Sunday, May 16, 2010

I gotta feeling

i've gotta feeling for this song.tetiba je suka gila kat lagu ni setelah mendengarnya dalam drama 'Glee'.padahal lagu ni punya la lama dan banyak kali la aku dengar tapi buat donno je.liriknya...hmm...saya suka!!!!

Hello by Lionel Richie

I've been alone with you inside my mind
And in my dreams I've kissed your lips a thousand times
I sometimes see you pass outside my door
Hello, is it me you're looking for?

I can see it in your eyes
I can see it in your smile
You're all I've ever wanted, (and) my arms are open wide
'Cause you know just what to say
And you know just what to do
And I want to tell you so much, I love you ...

I long to see the sunlight in your hair
And tell you time and time again how much I care
Sometimes I feel my heart will overflow
Hello, I've just got to let you know

'Cause I wonder where you are
And I wonder what you do
Are you somewhere feeling lonely, or is someone loving you?
Tell me how to win your heart
For I haven't got a clue
But let me start by saying, I love you ...

Hello, is it me you're looking for?
'Cause I wonder where you are
And I wonder what you do
Are you somewhere feeling lonely or is someone loving you?
Tell me how to win your heart
For I haven't got a clue
But let me start by saying ... I love you

Sunday, April 25, 2010

terjah!!!!

sambung balik.sesi khas ketika dalam kereta.menuju ke felda tersang.sesi wawancara terjah ni dilakukan oleh wartawan terjah kita tak lain tak bukan cik ema.masuk2 kete jek, aku dh kena tanya soalan.soalan apa itu,rahsia.kena diskusi secara tertutup.takleh terbuka.kerana melibatkan individu2 yang amat berbahaya.haha.ema,ko ni mmg seswai btul jadi wartawan hiburan.soklan direct je kan.abis sume rahsia aku masa lampau diketahui korang.aku ingat korang tau.haha.my dirty little secret.hehe.korang tak tanya jadi aku takde la nk cerita.itu style aku.so nak tau rahsia lagi,rajin2 la tanya, sebab aku takkan buka mulut kalau tiada yang bertanya melainkan aku sendiri secara sukarelawati ingin bercerita.ok guys....roger n out.

cerita pada minggu ini.

assalamualaikum.wah2,skrg rajin betul update blog.yela,seminggu sekali update.kira rajin la tu dari sebulan sekali.hehe.apa cerita ek?haaa, minggu ni merupakan minggu yang agak tertekan bagi aku.labwork buat tak jadi.aiseh.kena troubleshoot balik.bertambah banyak la keje aku yang sedia byk tu.byk pulak faktor yang kena troubleshoot.lagi memang bertambah tekanan aku.huhuhu.rasa cm jatuh dari langit ke bumi je perasaan ini.kenapa timbul perasaan ni?sebab aku bandingkan nasib aku dengan kawan2 lab yang lain.yang buat keje@protokol@method samam seperti aku.mmg mereka ada yang kena troubleshoot, tapi rasanya tak seteruk aku.ada buat untuk pertama kali terus jadi.kadang2 aku rasa cm loser pun ada.buat kerja tak jadi.huhu.ini yang membuat jiwa aku merana.aiseh.jalan yang harus aku lalui berliku, cm ular kena pukul.aku sangat down.menangis.ALLAH menduga aku lagi sekali lagi.menurut kajian Dr Fadzillah Kamsah, orang yang yang bulan April ni, bermotivasi tinggi,pandai bagi motivasi kat orang (haha..yeke.aku pun kurang pasti).mengambil sifat tersebut,aku menpsiko diri aku dengan cara tersendiri.huhu.ALLAH nak aku pandai troubleshoot experiment ini.sbb itu DIA uji aku.aku pun ada teringat ayat al-Quran, tak sure dari surah mana.yang bermaksud 'ALLAH takkan menguji umatnya dengan sesuatu yang tak tertanggung oleh umat-NYA'.maksudnya,ALLAH sekarang uji aku dengan sesuatu yang boleh aku hadapi.InsyaALLAH,dengan keizinan dari-NYA.sedari itu.motivasi diri sudah kembali walaupun bukan 100%.alhamdulillah.sedang mengumpul semangat untuk bangkit kembali.or kena cari semangat lain ni?haha.

ok.enough about work.kita cite pasal jalan2 cari makan pula.pada selasa lepas,untuk pertama kalinya aku makan di Victoria Station.itupun atas kesudian sepupuku belanja aku.satu perkara yang seronok, aku dapat berjumpa ayah saudara yang sudah lama tidak ketemu.hmm,wow,pertama kali aku tengok menu dia,mak datuk bapak la mahal.since cousin aku yang belanja.aku pun order yang mahal.haha,sungguh kejam ko shiela.ala,sekali sekala kan.victoria station ni faymes dengan beef steak.aku ni bukan penggemar daging sgt tapi order jela nak merasa kehebatan beef steak Victoria Station.aku order sizzling beef steak.hmm, now makan time.mmg berasap la kan.nama pun sizzling.apa rasa?tawar.haha.daging pun agak kering.maybe kuah dia tak berapa nk byk sgt kot.sbb tu kering.jenuh jugak la nk abiskan.orang dh belanja.kena la abiskan.hikhik.lain kali tak nk tempah dah beef steak.mmg bukan taste aku.huh,abis diet aku.selama ni mmg avoid atau kurangkan makan daging merah.tapi sekali sekala,apa salahnya kan.hehe.

next?ok.cite psl hal semlm.pegi wedding farid di felda tersang,raub.raub?haha.selama hayat aku, aku tak penah smpi raub.seingat aku, aku just pass thru raub sbb nk ke kl dr kelantan.itu sahaja.bentong pun sama jugak.bdr yg sgt asing bg aku.smpi ada org kata, aku ni orang pahang ke bukan?haha.sedih je dengar pernyataan tersebut.aku ke bentong dengan menaiki bas di pekeliling.dh tak tau sgt perjalanan ni,kena ramah mulut bertanya orang.nasib baik akak konduktor tiket bas tu baik.ramah.hmm,orang phg mmg ramah tamah orangnya.hehe.aku naik bas pkl 1130.dijangkas smpi pkl 1230.sempat tido seround dlm bus.ni mmg jadi tabiat aku.masuk bas tido.haha.adeyh, ko ni takleh jadi co pilot ni.smpi kt bentong 1240 cmtu.jumpa dgn yamie n ema.pastu kami trus ke felda tersang.perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam dr bentong ke felda tersang.mak aii,jauh gile.takpe.demi kawan yg lama tak jumpa.smpi rumah pengantin lebih kurg pkl 230.tgk2 cm lengang je.kalo kat kg,pkl 230 tu mmg takde sgt org.kalau kat bdr, time ni la peak hour.hehe.yang menariknya, siap ada band tu lagik.tapi band bawa lagu rock.aiseh, tak seswai dengan tema kita pada hari ni.tapi takpe,janji semua happy.

aku rasa setakat itu sahaja.tammat suda.

Sunday, April 18, 2010

kehilangan yang pertama

sudah 10 tahun lamanya,pada tarikh 17 april 2000, buat pertama kalinya aku merasai perasaan kehilangan seseorang yang kita sayang dan rapat.pada tarikh ini, kawan sepermainan, merangkap kawan karib dan juga jiran sebelah rumahku, telah kembali menemui Pencipta Yang Maha Esa.Pergi takkan kembali.Fathi Auni bt Mohd Kamal.

Pada awal pagi 17 April,masa itu aku, mak dan adik aku tidur di rumah nenek aku,menemani nenek aku.kerana sehari sebelumnya, datukku mengalami strok dan berada dalam keadaan koma di Hospital Pakar Kuantan.tetiba mak aku mendapat panggilan telefon dari ayah aku.mak aku kelihatan terkejut dan sedih.mak aku memberitahu aku dan adikku bahawa Fathi sudah tiada.Aku terpaku dan termangu.Menangis.Ya Allah,betul ke berita yang aku terima ini.Aku seakan2 tak dapat menerima kenyataan.Kami pun bergegas pulang ke rumah.sepanjang perjalanan,dalam hati menyatakan semua ini dusta.orang lain yang meninggal.cuba untuk menenangkan perasaan.menidakkan suatu kebenaran.sampai di rumah, kelihatan ramai orang di rumah Fathi.ternyata berita itu betul.semakin deras air mata jatuh.aku masuk ke rumahnya.terkujur tubuh arwah.duduk di sisi arwah.tapi tak dapat membaca Yaasin untuknya.red zone.kelihatan mama Fathi di sebelah.Along (abang arwah) di kaki arwah.memicit-micit kaki arwah.sayu perasaan ketika itu.aku rasa sungguh ralat dan terkilan.kerana seminggu tak berjumpa arwah.arwah sibuk dengan latihan hoki.aku sempat melambai tangan ketika arwah keluar bersama keluarganya.titik.tiada lagi perjumpaan selepas itu.
tiada kata2 terakhir.tiada apa yang dapat menghalang jika ajal sudah tiba.tiada amaran terakhir.
aku hanya mampu menyedekahkan al-Fatihah dan Yaasin buat sahabat karibku,Fathi Auni bt Mohamed Kamal.semoga rohnya berada di kalangan orang-orang yang beriman.truthly, we miss u.Al-Fatihah.

Saturday, April 10, 2010

Cinta Bella dan Edward

Ohhhooo..saya baru menonton filem ini. Housemate memasang cerita tersebut. Disebabkan terlalu bosan, tiada mood nk buat kerja dan wireless yang senget ni buat hal, maka saya pun tumpang sekaki. Ramai yang memperkatakan tentang kehebatan saga twilight ini. Saya tidak tahu apa-apa. Cuma yang saya tahu heronya iaitu Edward Cullen handsome orangnya. Itu bukan saya yang cakap. Orang lain yang cakap. Hehe…filem yang pertama berjudul Twilight saya tak pernah tonton pun. Mesti anda kata saya ketinggalan bas kan.hehe. ada masa saya akan tonton jugak. Nak tau jugak apa kehebatan filem tersebut sampai orang menonton 2 3 kali. Ohhhooo..saya bukan nak tulis pasal filem tersebut. Saya nak sentuh pasal cinta Bella Swan dan Edward Cullen. Saya tersentuh melihat tahap kedalaman cinta mereka. Tapi saya agak bengang jugak dengan Bella sebab buat sesuatu benda itu tanpa berfikir. Bertindak bodoh semata – mata ingin menarik perhatian Edward. Ya, bagi kaca mata saya bodohla…tapi bagi Bella tidak. Perbuatan bodoh itu la yang membolehkan Edward menjelma dan Bella dapat menemuinya walau seketika Cuma….ohhhoo..ada banyak lagi perkara yang Bella sanggup lakukan demi menemui cinta Edward….



Realiti dalam hidup kita?adakah sebegitu?pendapat anda?jawapan saya YAAA. Secara mantiknya .Kita sanggup melakukan apa saja demi orang yang tercinta.berkorban apa saja. Saya sudah melihat banyak contoh di sekitar saya termasuk pengalaman diri sendiri.haha.Tapi jangan salah anggap pula k. kena tau jugak bentuk pengorbanan itu. Jangan terkorban maruah sudahla. No No No. Yes, manusia boleh jadi buta kerana cinta. Seperti Bella yang sanggup menjadi vampire supaya dapat hidup bersama dengan Edward. Kalau kita di tempat Bella, adakah kita akan melakukan perkara yang sama?hehe..

p/s: Owhh..entri yang sangat entah apa2.

Monday, April 5, 2010

My Wishlist...

hehe.saje je poyo tulis post ni.walaupun secara realitinya tak tau bile blh dapat..huhu.
1) saya nk ada orang hantar bunga lily plus coklat (pastikan ditanggung halal k) ke lab saya di HUKM.huhu.best tu.

2) nk candle light dinner kat restoran berputar di menara KL malam esok.pastu nk ada org jemput saya dengan limo.

3) nk hand bag.yang jarang orang pakai.

4) saya nk kasut jugak. dh lama usha wedges.tapi takut nk pakai.hahah

5) saya nak...saya nak...saya nak...saya nk jumpa bakal BF saya.huhu.agak2 dapat ke tahun ni?hm,hanya ALLAh yang tahu.

Sunday, April 4, 2010

sepanjang 25 tahun ini....

assalamualaikum.tgk pada tajuk tu cm seryes je kan.hikhik.seperti yang semua sedia maklum,esok adalah genap 26 tahun saya dilahirkan ke dunia ini (yakni Hospital Besar Kuantan).kehkeh,cm semua org tau je sok ari jadi ko kan shiela.hehe.apa salahnya,sekali sekala perasan glamorous gitu.

sepanjang 25 tahun ini.....
syukur alhamdulillah ke hadrat-MU ya ALLAH..kerana umur masih dipanjangkan oleh Allah s.w.t. belum cukup rasanya bekalan amalan di dunia untuk aku bawa ke alam akhirat yang kekal abadi.terlalu sedikit.InsyaAllah,akan kutingkatkan usaha, mendekatkan diri pada-MU, ya Rabbi,pemilik seluruh alam.

sepanjang 25 tahun ini.....
banyak pengalaman..suka-duka..tangis tawa bergembira.baru kenal siapa kawan siapa lawan.siapa yang akan ada di sisi anda ketika anda susah dan gembira.pengalaman hidup banyak mengajar aku.mengajar aku erti tabah.sentiasa perlu kuat.u gotta be strong.only the strong can live.agi idup agi ngelaban.

sepanjang 25 tahun ini....
terima kasih tak terhingga kepada famili ku yang tercinta, mak, abah, dan adik tersayang sentiasa memberi sokongan dan dorongan atas apa yang saya lakukan.sentiasa bersama saya ketika susah dan senang.
terima kasih kepada kwn2 yang tercinta.1)KAKIs 2)F7 3)Housemate Kondo.
Saya tidak merasa kesunyian kerana saya ada KAMU.selalu mendengar masalah merepek saya,memberi nasihat kaunseling tak bertauliah (kdg2 berguna jugak,hehe)..dan banyak lagi.

sesungguhnya saya tidak dapat membalas segala jasa kalian.hanya ALLAh sajalah yang dapat membalas jasa anda semua.

Wednesday, March 31, 2010

menjelang tiba!!!!

Bila April tibaHati mula berkata
Setahun lamanya
Perkenalan kita
Ku tanya padamu
Kapankah hatimu
Akan ku miliki
Selama abadi

Di April yang itu
Kau katakan padaku
Sabarlah menanti
Takkan lama lagi
Kau senyum bermakna
Padaku kau pinta
Berikanlah oh waktu
Kenalilah dirimu

Bila bila April
Aku menantimu, aku menantimu
Dan bila April, bila April

Dapatku pastikan, cintaku ini
Dan bila, bila April
Bibirku pasti akan bertanya
Kapankah kau milik ku..

P/S: sila ambil perhatian kepada kata yang telah di'highlight'kan. bait-bait kata yg lain sila abaikan.tiada kena mengena dengan kisah kehidupan penulis.

Monday, February 22, 2010

Diam bukan bermakna membisu

assalamualaikum.hye u guys!!!eceh,cm ramai je kot yg baca blog ini sampai sapa 'u guys'.adeyh.takpela shiela,janji rock.oohh,sudah lama ku tak update blog ini.bukan tiada topik yang ingin diketengahkan tapi kekangan masa.aku terpaksa menyetelkan keje yang lebih penting.banyak plak tu.isk2.inilah nasib student master,hehe.

nk update pe ek?sepnjg bulan lepas n bulan ni, biasala.semangat waja cm roller coaster.sekejap di atas,sekejap di bawah.life is like a roller coaster.owh,i need a boaster la.bf perhaps?siapa nk jadi bf saya?aduyai...shiela..shiela...jgn la jadi gile cmnie..haha.

hmm,lately..hatiku berdebar2..asyik memikirkan tentang dirinya...tak keruan sungguh..setiap saat menanti kehadirannya di YM n FB..hmm..adakah aku t'lah jatuh cinta?adeyh..susah btul nk menafsirkan perasaan ini.masih terlalu awal untuk menyatakan perasaan yang bersarang di hati.just wait n see.biar masa menentukan hubungan kami.


oh lagi satu.sekarang ni tengah menggatal nk kawen.adeyh.calon takdak.berangan nk kawen.tapi blh tak nk aim kawen tahun ni.aminn...
'oh mama...saya mau kawen..kawen dengan siapa...dengan siapa saja'

gambar di bwh merupakan gambar-gambar perkahwinan teman rapatku di kolej sewaku pengajian di UM.Kami ber7, 5 sudah bergelar isteri orang, baru seorang telah bergelar ibu.yang lagi 4,belum ada rezeki lagi.haa,yang berdua bujang trang tang tang tu,tak tau la bila.tapi kami telah sepakat mau enjoy dulu.betul tak syud?hm,nasib baik kawan2 KAKIs tiada ura2 ingin menamatkan zaman bujang pada tahun.tapi angin sepoi-sepoi bahasa telah menghembuskan bayu dari kuantan, mengatakan salah seorang ahli KAKIs akan mengikat tali kasut...eh tali pertunangan.haha.siapakah gerangan tuan empunya badan.kita tgguu!!!!





-tammat suda-

Saturday, January 23, 2010

kelu lidahku membisu...

22 Januari 2010. waktu kejadian sekitar 2205-2230. perbualan dengan ibunda terchenta.aku bercerita tentang pemergianku ke skudai johor,menghadiri majlis perkahwinan kawan baik sewaktu di 5th college pada 14 feb ini.aku juga menyatakan hasrat ingin ke alor star,menghadiri walimatulurus juga,sejurus selepas kenduri di johor.wow,dari selatan ke utara.memang aku bersemangat.tetiba terpacul soalan dari ibunda.

Ibunda : semangat awk ek pergi kenduri kawan.dari selatan ke utara. kawan awk sume
kawen. kamu bile lagi? cuba maniskan muka.banyak kan senyuman.jangan masam
je.jangan jadi so reserved. ( aku simpulkan perbualan ibunda dalam ayat
ringkas ).

Aku : ??? (sebenarnya dah bergenang air mata ni)

tiada siapa menolak perasaan ingin menyayangi dan disayangi.fitrah manusia.Allah cipta fitrah tersebut.aku agak malang dalam hubungan dua hala berlainan jenis ni.taktau la sebab pe.kenal orang yang salah.kenal perisik negara yang aku tak tau di mana dia berada.kenal dengan non muslim yang pastinya aku menolak secara baik kerana aku tidak mampu membimbing dengan sempurna ke jalan Islam.kenal dengan seseorang yg hanya menjadikan aku sebagai tempat berlabuh,sebelum menuju ke destinasi yang seterusnya(wah,,hebat betul metafora).aku ada terfikir,apa ciri2 perempuan yang lelaki inginkan?apa sebenarnya yang mereka mahukan?kesempurnaan ke?
aku hanya mampu memujuk hatiku,belum tiba masanya untuk aku berjumpa dengan my soulmate.Allah tak izinkan lagi.adakalanya aku putus asa.tapi Allah benci pada orang yang cepat berputus asa.perlu usaha.tapi usaha macam mana yang perlu aku lakukan?kehidupan seharian amatlah jarang berjumpa lelaki kecuali rakan sekerja.tolong berikan panduan.ke nak ke buat seperti ini :

'pengumuman,pengumuman siapa yang punya anak bilang aku
aku yang tengah malu, sama teman-temanku
kerna cuma diriku yang tak laku-laku'

-tammat suda-